Powered By Blogger

Tuesday, August 21, 2012

Raya oh Raya

   Argh... tahun 2012 ni mula la satu perubahan yang ketara dalam hidup aku. Tahun keluarga aku x balik kampung. Pasal 1st, tahun ni aku dah banyak kali balik kampung. 2nd, abang sedara aku nak g Kelantan kahwin 4 hari bulan. So membazir a dah turun Johor pastu naik Kelantan lagi. Mak aih. Sangat berbeza budaya. Hah anyway, let me tell you something bout raya yang kita x berapa nak bother sangat. 

   Entah kenapa sejak2 ni aku dah x bape nak sambut raya sangat. Mungkin sejak aku mengetahui bahawa Ramadhan tu lagi hebat daripada Syawal, aku lagi menghargai bulan puasa. Bulan paling zombie bagi semua umat Islam. Mana x nya dah x makan x minum selama 13jam tiap hari selama 29 hari(kat Artik 20 jam). Anyway puasa ni baik untuk kesihatan sebenarnya. Setahun kita seksa usus kita makan bnde pelik2, bagi la sebulan cuti kan. Cam x kan a kita nak kerja 24jam tanpa rehat. Tu dah menyalahi human's right dah tu. 

   Dengan kasih sayang Allah, Dia bagi kita sehari untuk sambut kemenangan kita berlawan dengan nafsu. Aku suka Ramadhan, tapi biasa a lumrah manusia untuk x pandai menghargai sesuatu sampai die hilang depan mata kita. Dulu Ramadhan Allah sunat kan kita solat tarawih, kita berlengah2. Dalam seminggu bape kali rongak. Kalam Allah tu jangan citer a, entah bape kerat je mukasurat yang kita baca. Mungkin cuma budak surau je kot yang baca Al- Quran. Dan kita juga disuruh menjaga akhlak masa puasa. Tapi anehnya, sebulan dalam setahun dimana Iblis dan Setan sume kena kurung kat Neraka, kita masih lagi citer pasa Maria Ozawa. Alah dah nampak nafsu nya. 

   Entah ke mana akal kita yang sepatutnya kita guna. Then bila seminggu nak raya, kita makin lupa diri. Dan macam biasa a kapitalis pn x mau lepaskan peluang untuk mengaut keuntungan. Dan kat sini lah Melayu Islam mula mengamalkan sikap konsumerism tanpa had. Aku paham, Rasulullah ada menyunnatkan supaya pakai baju yang cantik2 dan kemas2 time menyambut kemenangan. Tapi yang aku x pahamnya, kenapa kita x de sikap modest? semua nak kasi lebih daripada orang lain. Dan cuma bila raya je la Melayu menjadi Melayu. Kita selalu anggap yang pakai baju Melayu ni Yizlumik. 

   Tapi hei, aku terfikir kalau aku pakai baju Jawa time raya, apa rasanya feeling die? Jadi dari sini datangnya kehebatan Melayu. Merojakkan budaya Melayu dengan Islam. Aku terfikir. Dulu2 orang pakai baju Melayu tiap hari. Tapi zaman ipad ni Melayu pakai baju Melayu time raya dengan nak pergi Masjid je. Jadi kita nampak yang bagi Meleis baju Melayu ni baju Islam. Aneh. Orang Hui kat China x de pn pakai baju dorang time raya. Jadi kita boleh nampak kat situ keunikan Melayu. Then kita bersiap2 lebih2 nak raya ni gaya cam seronok je nak tinggalkan Ramadhan? Betapa aku menyesal bila aku terpaksa menyambut raya dengan amalan yang x seberapa ni. Aku rasa aku x layak sambut raya.

   Paling aku pelik. Kenapa main mercun? ya... semua rakyat kan kena main mercun. Baru a Papa 1Malaysia suka. Cina main mercun. India main mercun. Melayu pn nak ikut main mercun. Mercun tu Cina punya. Anehnya bila orang bangsa dengan agama lain main mercun Meleis mesti marah. Padahal die la yang paling kuat main mercun time raya. Lagi aneh Cina yang main mercun macam perang x de pn kes masuk hospital putus tangan main mercun. Tapi kalau Eid, mesti Meleis yang banyak putus tangan. Then Meleis mesti raya lebih2. Padahal sebenarnya 1 hari je patut disambut. Yang Raya Aidiladha yang patut disambut besar-besaran pulak x disambut dengan meriah. hahahahaha... budaya oh budaya.

''Weh Black, gua tau a lu jeles pasal lu x raya tahun ni kan?''

''Ah sukahati gua a''

Ok nampaknya aku kena chow. Anyway, 

SELAMAT MENYAMBUT KEMENANGAN BERPUASA SELAM SEBULAN!! 

No comments:

Post a Comment