Powered By Blogger

Monday, August 6, 2012

Maruah si Hati Besi

   Aku tak tau camne nak mula citer ni. Aku memang dah lama nak post pasal bende ni tapi cume terfikir adakah perlu untuk aku sampaikan. Selama ni aku rasa aku x perlu nak cerita pasal kang orang kata aku menggelabah pulak bajet power ke apa sume. Bese a budak sekolah bajet cam orang matang. Nampak hebat sikit mula a ada orang nak cari pasal. Aku pn tak tau a kenapa budak sekolah x boleh tengok orang di respek sikit. Anyway balik kepada cerita, selama hidup aku sebagai budak sekolah aku ada falsafah yang aku jadi kan maruah. Dan aku berbangga hidup dengannya.

   Citer mula dari aku form 1 dulu, lama dah, mungkin cultural shock sebab baru masuk sekolah menengah, aku jadi menggelabah sikit. Anyway aku x a main kejar2 cam budak2 zaman sekarang. Hm... ramai dah maklum, dulu, hidup aku berlandaskan kepada persahabatan 100/100. Kiranya aku x kan mengkhianati kawan ke berkapel ke sume bagai a. Then satu hari, aku ingat lagi time tu kelas Arab yang sememangnya kau benci giler, ustazah pn suruh aku dengan sorang budak perempuan yang aku menyampah, pasal die sangat2 lah keperempuanan(well, pinky) gi depan speaking Arab. ttttuuutttt* sungguh. Pastu pulak satu kelas bahan, ''weh black ada awek, wooooo'' pfft. esoknya satu sekolah bahan. Dan masa tu jugak lah aku melafazkan kata2 yang paling bodoh sepanjang 5 tahun ni.

''Aku janji dalam masa 5 tahun ni aku x kan jatuh cinta, x kan ada awek, x kan ada kapel!!''
    
   Depan semua orang aku cakap camtu, apa lagi, diam a. Esok terus elok balik. Dan sejak tu aku mula berfalsafah. Time x matang lagi falsafah aku bodoh. Falsafah lelaki sejati yang langsung x lelaki sejati. Bodohnya falsafah tu langsung x matang. Ia berbunyi: 1. lelaki sejati x boleh kapel 2. lelaki sejati x perlukan perempuan 3. lelaki sejati sayangkan sahabatnya. Dulu ye a bunyi cool. Tapi sekarang, peh... rasa nak gelakkan diri sendiri pulak. hahahahahahahahahahaha... Dan sejak tu aku hidup dengan lelaki2 je kat belakang aku. Then bila tengok member sume dah kapel, makin tinggi a ego aku. Aku tahan, tahan, tahan dan tahan. Luar bajet ganas, tapi dalam huhuhuhu... ''pasal aku sorang je yang x de awek...'' ''Black, rilek brader, ingat lu punye prinsip,'' entah tetibe skizo pulak ada suara misteri kata camtu. 

   Then aku terkenal sebagai orang yang prinsip aku nyatakan. Pastu time form 2, dari Telok Panglima Garang ke Kajang, dari kuala balik ke hulu. Sekolah baru aku, SMK Taman Jasmin 2. Mula masa jejak pertama, dengan bajet nya aku berkata, ''Tiadalah akan gua berkapel sampai gua habis sekolah''. Bajet. Dengan hati yang kering serta maruah yang telah aku bina, serta dengan bajet nya aku melangkah ke kelas yang ditetapkan. Aku masuk. Aku lapor diri kat cikgu. Then aku tertoleh satu sudut. BBBBBBAAAAANNNNNNGGGGGG!!!!!!! WHOA!! DID I SEE AN ANGEL?! Secara automatik nya ternampak a aku seorang srikandi, yang indah rupanya lagi rupawan pekertinya, syahadan cair hatiku yang keras laksana besi ini. Akhirnya, hati aku kalah sejak azali. Memang perempuan dah dicipta untuk mencairkan hati lelaki.

   Dengan serta merta nya srikandi itu, D, dapat secret admirer. Tapi, sebagai lelaki yang bermaruah(pfft), aku tahan, aku x akan kapel. ya. Aku tahan perasaan tu, walaupun time tu aku masih belum ada kawan. Tapi cam bese a, budak sekolah. Asal ada crush mesti sambil lalu kapel dengan pmpuan lain kan? ya itulah cerita seterusnya. Dan dengan officialnya aku dalam geng aku jadi orang pertama yang ada kapel. Kenapa begitu? bila2 aku cerita. Tapi x tahan. Tahan cuma 3 bulan je. Lepas kat myspace die tulis nama die ''I'm with Black'', aku terus malu. Terus demi maruah aku dump die. hahahahahahahahah... adat berkapel mesti kena break kan? bese a budak sekolah berkapel orang dah dewasa bercinta. Fast foward tahun 2010, aku form 3, aku still crush dengan D. Dan aku ada sorang member yang boleh baca fikiran dengan eye contact je.

   Nama mamat tu, well let just call him, DF. DF ni dengan seronok nya mengetahui tanpa aku perasan bahawa aku secretly admired D. hahahaha... ajaib sungguh die tu. Dan satu hari, kat tusyen(aku pernah sama tusyen dengan D), D tanya aku, aku suka siapa? BBBBBBBBBBWWWWWWWWRRRRRRRRREEEEECCCCCCCCCCCKKKKKKKKK!!!!!!! FUH! Time tu peluang! Aku dah hampir nak peluk die then kata ''I like you girl''. Tapi, demi maruah bodoh tu, aku rahsiakan je. Tapi aku dapat no die hahaha. Pastu dalam beberapa hari, akhirnya aku mengaku jugak. Dan itu lah die, event that force me to reformat my philosophy. Sejak tu, tanpa falsafah, aku kebuntuan tanpa arah, cuma ikut mana member aku pergi. 

   Dan sejak tu aku menjadi matang sikit. Aku muhasabah diri. Aku cari mana kelemahan aku. Aku cuba untuk tak menjadi narcissist. Aku tanya diri aku, ''Adakah aku melepaskan peluang demi ketidakmatangan aku?'' Akhirnya aku sedar. Aku mengabaikan kebahagiaan sendiri demi maruah yang x logik. Aku sedar kebodohan sendiri. Sejak tu, aku cuba belajar untuk menerima perempuan dalam hidup aku. Cuba untuk jadi gentle. ya. Ia proses yang panjang. 2 tahun and still in progress. Tapi it's absorbing. Aku start memahami persoalan yang berkulat dalam kepala aku selama 5 tahun; Cinta. Dan aku dah boleh melayan perempuan. Dulu sebabkan prinsip bodoh tu aku jadi anti-perempuan tanpa sebab, aku mengabaikan kebahagiaan demi sesuatu yang elusif. Dan sekarang bolehlah dikatakan dalam peringkat kedua reformation, yakni nya menerima kewujudan semua perempuan yang wujud.

   So sekarang apakah falsafah yang menjadi maruah aku? 1. 'Perempuan' no satu dalam hidup lelaki 2. Sahabat akan berjuang di samping lelaki 3. Cinta itu nikmat. Dan itu lah matlamat perjuangan aku sekarang. Dan aku akan cuba untuk mempertahankan orang lain daripada diri sendiri. Aku akan terima segala kutukan dan akan berubah secara progresif. Dan, aku akan mempertahankan mereka yang menjadi kebanggaan aku.  


''weh Black, orang bosan a dengar lu punya citer!''

''yela, gua nak chow a ni...''

No comments:

Post a Comment