Aku memang x dapat bayangkan hidup aku tanpa bende ni. Ianya sesuatu yang terlalu abstrak untuk ditulis walaupun apa2 tulisan pn. Tulisan Cyrillic? Phoenician? Arab? Greek? Latin? x mungkin. Ia cuma boleh di rasai melalui pengalaman yang hanya boleh dialami bila kita bersama2 orang2 yang kita sayang berkongsi dunia mereka. Jadi apa yang dimaksudkan ialah, sah2, Persahabatan. Friendship dalam bahasa Inggeris, Freunschaft dalam bahasa Jerman. Aku secara jujurnya memang macam x boleh hidup tanpa komrad2 kat sebelah aku. Aku selalu tengok, dalam alam budak sekolah, persahabatan dengan perkapelan ialah dua bende yang sering diperdebatkan untuk menentukan mana satu yang lagi hebat dan mana satu yang lagi untung. Kalau kau tanya aku, well, orang lain yang tentukan aku ni sahabat die ke tak, jadi teruskan membaca typing aku, dan tentukanlah sendiri aku ni jenis orang yang camne.
Bagi aku sahabat tu bukan nya orang yang kau teegur kat kedai mamak pastu layan Marlboro sama2 pastu citer pasal Maria Ozawa. X. Bukan sekadar tu je sahabat bermaksud. Sahabat ialah kawan yang kau sentiasa mendampingi die dan orang yang kau boleh citer segala-galanya, citer yang orang lain x tau. Sahabat jugak orang yang tau isi dalam kau. X macam kapel, kau cuma kongsi kebahagiaan bersama, tapi bila dah ada masalah punya susah nak selesaikan(bukan gaduh2 sayang). Sahabat pulak, bukan je orang yang layan Marlboro dengan kau je, tapi sahabat ialah orang yang sentiasa menerima kau x kira camne buruk nya kedaan kau. Contoh kalau budak sekolah dah nak main sayang2, pastu satu hari tetibe kesayangan die buat hal, terus gaduh pastu amek masa lama gila nak bertolak ansur. Aku x kata semua la tapi sesetengah memang camtu. Tapi sahabat, kau gaduh la camne pn, offer Marlboro sebatang terus ok. Aku selalu tengok dan selalu buat, bila orang kena reject ke baru lepas break ke, yang dorang cari siapa? sahabat. Tu la aku pelik budak sekolah main kapel tapi x pandai memahami dan percaya antara satu sama lain. Baru masalah sikit dah nak gaduh. Bila ada masalah dengan member buat cam x ada masalah besar pn.
Anyway setakat mana pn aku hargai sahabat x semestinya aku akan melekat kat die selama-lama nya. Aku sentiasa bersedia, kalau takat yamcha sama2 kat mamak gelak2 tu, ok tu kawan aku. Tapi aku x kan percaya kan die 100/100, itupun kalau die boleh dengar masalah aku. Kalau die boleh dengar citer kau, itulah orang yang kita panggil sahabat. Then seterusnya kau kena pandai untuk pastikan kepercayaan kau. kang mana la tau in case kena tiaw ke nanti. Yang segan jap lagi kita jugak, bukan die. Anyway bukan aku x percaya sesiapa, tapi memang aku x pernah percaya sesiapa pn.
''habis tu Black yang lu punya komrad tu mende?''
Dari kiri: Black(aku), Fish, Mok, Bo, Shark/Obes
Oh ya! Ya ya ya ya! Itu lah die, geng aku, G7. Cuma slack DF x jadi pengawas. Kalau x lengkap lah gambar geng kitorang. Ya sememangnya aku. Yang paling gile tu. Orang selalu kata, dorang tu abang aku. hahahah... rasanya dorang dah memang cam brader aku. Dan kenapa aku boleh melekat dengan dorang? walaupun jauh2? Dan kenapa dorang aku 100/100 percaya? Senang. Kitorang memang dah lama berjuang bersama-sama. Sejak aku fom 2 dipaksa jadi pengawas, sejak tu la aku baik dengan Bo dengan Mok. Then time fom 3, Obes dengan Fish pulak jadi pengawas. Fom 4 DF bajet nak jadi sekali, tapi die pindah sek teknik. So G7 kitorang x all prefect a. x yah citer, kitorang memang dah banyak buat projek sama2. Cakap je apa kitorang buat, sume nye legal. Bese a pengwas korup. hahahahahahahaha... Bila dah berjuang sama2, dari situ a wujudnya mutual trust.
dari kiri: Black, DF/Caucasian, Bo
Sejak fom 4, kitorang dah bawak haluan masing2, Bo, the only I called bestfriend, blah pergi Teknik Seremban. DF g teknik KL. Obes ikut ayah die kat bintulu Sarawak. Tinggal aku, Mok dgn Fish. Aku tinggal lapor diri kat Teknik Sepang, tapi aku reject, bese a, demi seorang perempuan... dan merekalah orang yang aku panggil komrad. Orang2 x berotak yang berjuang dengan aku. Oh ya, then aku paling benci kalau ada orang kata, ''aku dah lama a kenal die, aku tau a die jenis camne'' ya kau tau jenis camne sebab kau dah lama lepak dengan orang tu. Tapi ada beza antara kenal dan paham. Bagi aku komrad juga ornag yang kau paham pasal orang tu. komrad sentiasa ada bila kau memerlukan. Pasal tu, komrad x perlukan 10 tahun untuk kenal kau. So apa maksud persahabatan bagi aku? senang. Ia adalah satu pengembaraan yang berlandaskan matlamat yang sama dimana kau akan berjuang hingga saat akhir, an adventure to the eternity.
''ni apa pulak?''
''.......................................''
Enough said.
No comments:
Post a Comment