Sunday, September 30, 2012

Gaia






   Peh. Hari tu aku tengok a citer Passage to Malaysia kat Discovery TLC channel 707(byond ke apa sama je). Citer pasal Borneo. Then dengan hos die Denise Keller pergi kat Lost World of Sabah a, Sandakan, Gua Mulu kat Sarawak. Ini mengingatkan aku masa zaman aku sekolah rendah lagi masa aku masih seorang budak kecik yang bodoh dan innocent. Hahah. Aku ingat lagi dulu masa aku darjah 3.



   Tengokkan ni membuat kan aku teringat zaman kanak2 aku yang bodoh dulu. Hahah. Time tu aku environmentalist lagi. Dek kerana lagu yang popular time tu, lagu Gaia. Zainal Abidin yang nyanyi. Somehow lagu tu terus masuk telinga right to my neuron. Biasa a budak2. Mengaji dah semudah Alif Ba Ta apa lagi lagu kan. Terus zaappp!! masuk! Then aku terus terpengaruh dengan lagu tu. Terus aku jadi environmentalist sepenuh masa. Lagi2 time tu masa aku darjah 4 ada jerebu paling besar dalam dekad lepas. Memang hangin a aku.





   Haih. Camni lah lebih kurang time tu punya jerebu, cuma lagi teruk, almost zero visiblity. Boleh dikatakan time tu semua orang kalau nak keluar rumah wajib pakai mask. Gila apa. Tu pasal la sedikit sebanyak mempengaruhi aku punya kesihatan. Nah kau tu pasal mata aku merah. Sebaik x kena katarak. Punya lah pung pang pung pang aku kutuk2 Indon pasal jerebu tu. Habis jerebu je aku habis kan masa lepak2 kat kebun orang. Panjat pokok. Haha.. sama2 member semua sekepala memang sedap a.



   Bila member sume sama buat projek memang senang a keje aku. Dulu kitorang memang menggelabah. Aku ingat lagi dulu a ada apek bakar sampah kat kebun die. Tetibe entah sapa yang bagi idea kitorang boleh pulak padam api tu. hahahahahah... sebaik apek tu x de kat situ time tu. Mesra alam x bertempat. Paling menggelabah aku a, serious bajet giler. Dek sebab terpengaruh dengan novel Tombiruo dengan lagu Gaia aku bercita-cita nak duduk kat hutan Keningau bila besar nanti. Menggelabah sungguh. Hahahahha... umo 9 tahun dah baca novel 500mukasurat. Bagak gempak.


   Then entah aku tengok kat tv apa entah, citer pasal Sabah. Citer die lebih kurang a dengan Passage to Malaysia yang citer pasal Borneo tu. TV1 kot. Then aku bercita2 nak buat rumah kat dalam hutan, rumah kayu cam pondok kat US tu, pastu mula a menggelabah x mau ada paip air, guna air sungai, rumah pulak takat natural air vent, pastu eletrik guna solar. Pfft. Tetibe kat garaj ada Evo 7. hahahahhaha... kekasih kedua aku semestinya a kereta. Then aku menggelabah giler bila tengok tv ke orang cakap pasal pencemaran. Punya a pung pang pung pang. Tapi habuk.


   So sebagai budak kecik yang menggelabah aku dengan menggelabah nya nak jadi tombiruo. haha. Serious. Aku pikir aku dah banyak kali masuk kem pengakap dengan lencana bertampal sana-sini kira boleh survive a? haha. Sebenarnya survival ni bergantung pada keinginan. Kalau keinginan nak hidup tinggi, hidup a. Beza survivorman hidup bukan untuk consume, tapi atas dasar keperluan. Makan bila perlu eh eh. masuk lak topik lain. Dan tempat impian aku, kat The Lost World of Sabah. Time tu itulah tanah suci aku, sebelum bertukar kepada litar Sepang sekarang ni. Kononnya kat situ aman, jauh dari dunia luar, x de peperangan. Tengok a kau bila dah besar dah x pikir pn pasal tu. haha.  

   Anyway, tu sume cuma sebahagian dari sejarah hidup aku. Dan cam biasa a, kalau namanya Aku, mana ada nya nak suka kan tengok zaman kanak2 aku? hahaha... menggelabah sungguh(sampai sekarang pn) zaman kanak2 aku. Kalau aku ada mesin masa aku nak je belasah aku yang dulu. Fuh. Rasanya aku dah kering nak tulis apa. So paham2 je a, anyway, CHOW.


  


Old Man At The Bustop

There at the bustop,
In the middle of life in the fast lane,
There stand an old man,
Look stinky yes he was,
But his clothes is clean as Dato Seri,
Except for hugo boss he smells,
Respect is far away from him, 
He's no Dato' nor engineer,
He's just a garbage collector,
Only nature would off his hat to him,

Here at the bustop I'm waiting,
5 minutes still no bus,
He stepped close to me,
He shut up the silent,
With his story of his life,
Of the hardness being a proletriat,
Just to give a picture of how good being a teen.
 Telling the youngster the age of that should not be wasted,

His words is too complicated,
In youth's sense might be ridiculous,
Yet only for the blind,
It's this 5 minutes of gold,
Taught me to be a human,
As where I sit right now,
My hat offs to you,
Old man at the bustop.

Your Innocent Love

You came to my life,
Giving me your innocent love,
That blind me away,
That take away my philosophy.

Your innocent love,
Rescued me away from the edge,
Rocking away all the misery,
I thank you, maiden, for loving me.

You're taken I don't realized,
Your innocent love blind my eyes,
To love you become a sin,
Is that why you pretend to stay away from me?

As wise as I am should I knew,
To not ever love someone,
As I knew what will happen,
So that's what my philosophy is all about right?

For the sake of your happiness,
Should be concluded with a decision,
Though ever I still need you,
Should I leave you girl?

I've broke my promise,
I shouldn't ever come close to any girl,
I just made a big mistake,
As I'm just loving you...

Friday, September 28, 2012

Citer Sorang Pengawas(ke pengganas....?)

   Lama jugak aku dah x tulis kat blog ni. Entah la mungkin aku x de masa kot(budak sekolah sibuk sangat ke?). Yela kan baru habis trial. Then lepas trial pulak aku sibuk dengan hal2 lain. Pasal sekolah punya hal jugak. Time cikgu bagi aku keje yang last2 menet baru nak kasi. Mau aku dengan geng x tido malam menyiapkannya. Tapi sayang... haha. Anyway, akhirnya aku dah boleh conclude dah citer hikayat pengawas aku.

 Zur Helza, Paan, Wan, Afif, Fish, Black
 
   Hm... Frankly masa aku kat SMKTPG aku sebenarnya anti giler dengan baju2 biru ni. Dah a keje mengacau aku buat projek je, kaki ngadu pulak tu. Aku tau dulu aku kantoi sampai kena busted pasal ada malaon2 baju biru yang petik nama aku. shila... ops. X guna. Aku cukup panas menengok pengawas ni. Paling menggelabah time perhimpunan. Aku pelik. Budak2 punya a panas gile kena jemur pengawas sempoi je lepak kat port2 yang cool. pfft. Pastu bajet pulak depan aku. Tapi semuanya berubah bila aku pindah Kajang, SMK Taman Jasmin 2.



   Then bila aku pindah Jasmin, hidup aku still the same. Untuk sebulan. Aku pn x tau kenapa. Keputusan aku teruk. Rekod disiplin berlambak. Tapi cikgu boleh pulak target aku jadi pengawas. Then sejak tu ramai la pengawas kejar2 aku. Rasa cam kena kejar paparazo pulak. Then KP pulak kejar aku. Pujuk2 aku. Pujuk punya pujuk aku still x mau baju biru. Tetibe anjing KP paling setia pulak offer aku. Mula aku x terima. Memang aku x mau terima pn. Then tawaran tutup. YAHOO! aku dah bebas. Ya untuk 3 hari. Minggu depannya hari isnin, Aku dengan syok nya still pakai baju putih. Tetibe budak2 nya(pengawas lerr...) bising2 kat aku. WA... OPS. APA? APAHAL NI? Pengawas2 sume tanya aku(walaupun aku x kenal dorang) 'mana baju biru kau?' Uhhh... Boleh aku ulang? 'Kau bukan dah jadi pengawas ke?'

   'Bukti?'
   'Kau tengok kat jadual bertugas ada nama kau.'
   '?!!'

   Aku cari KP. Tanya die. 'Pe citer bro?' 

   'A'ah kau ni spoil a. Pasal kau x pakai baju pengawas?'

   Ok. Aku sekarang officially seorang pengawas. Esok, aku masuk kelas. Dengan baju biru yang aku beli last menet. Malam tadi. 'Wah... Black, kau nampak segak a.' Dan berbagai lagi pujian serta sarkasan yang aku dengar. Aku x ingat apa tapi yang pastinya berbunyi 'uuuuhhhhh' dan 'aaaahhhh'. Lebih kurang a. Esoknya aku terus jadi anak murid KP, Aiman. Macam2 a skill pengawas yang die ajar aku. Aku belajar sesuatu. Baru aku tau. Haih. Betapa susah nya bila aku membanteras 'diri aku' sendiri. Baru aku tau betapa susah nya dorang selama ni. Sakainya melayan budak2 hardcore ni bila kau seorang pengawas cuma pengawas yang hebat cam aku dan komrad je yang tau. Kau x yah citer. Memang suwey.

   Then Aku yang sememangnya ramai yang cari pasal tanpa sebab bertambah lagi pencari pasal. Bajet a. Budak baru sial a. Berlagak a. Ok. Itu la yang aku dapat. Dah a aku budak baru. jadi pengawas pulak tu. Mau budak2 nya panas giler dengan aku. Then x hairan a kalau tengok aku kena tiaw ke apa suma. Dah a budak baru. Jadi pengawas. Pengawas yang bertanggungjawab pulak tu. Selalu port2 yang panas2 aku yang kena bertugas kat situ. Budak2 rokok, port budak2 delinquent lepak. Aku yang kena settle dorang. Then kat situ a aku jumpa komrad aku, Mok. Aku 1st jumpa die kat surau time solat jumaat. Tapi takat kenal2 je a. X kawan pn. Then start kawan bila kitorang sama2 bertugas. Haha. Zaman aku dulu kat kantin port paling panas. X yah citer. Budak2 buat projek sume kat situ. Yang peliknya kat belakang tempat sampah jugak dorang buat port. Apa kebabian... ops. Apa kehalnya kat belakang sampah jugak kau nak layan marlboro(budak sekolah layan pine la der...)?

   Sejak aku jumpa Mok baru aku tau keindahan jadi pengawas. Asalannya kat kantin x de a KP ke cikgu suruh bertugas time sebelum masuk kelas. Tapi cam bese a. Mok ni pandai berkata2. Padahal bukan tiap hari budak2 buat projek kat belakang kantin boleh pulak die cakap kat KP yang kat kantin ni port panas. Then akhirnya KP pn approve a. So dari situ bermulalah hidup baru aku sebagai pengawas yang 'bertanggungjawab'. Then aku time rehat KP letak aku kat belakang blok. Port panas jugak. Kat sini la aku jumpa member aku, yang sememangnya member pertama aku kat Jasmin ni, Bo. Asalnya aku jumpa die kat kelas. Tetibe sama kepala die suka kete, terus hi-5. Hahaha. Bila dah sama tempat berjuang, mula a skillnya. Dari situ kitorang share suka-duka persahabatan.

   Dan bermula kat sinilah, proto Sulphur-Cross Link Team dibentuk. Asalannya Aku, Bo dengan Mok. Paling x leh blah ni a time yaasiin. Malas nak baca yasin punya pasal, lepak surau. Alasan, budak ponteng. Mulanya KP suruh kitorang bertugas kat sana. So kitorang lepak a sana. Tapi bukan tugasan tetap a. Then time KP x suruh bertugas kat surau Mok dengan sempoi nya kelentong KP lagi, kat surau itulah, inilah. Then KP approve. Hahahahha... sejak tu bermula lah rutin gelap aku. Dari situlah semua cerita2 epik kitorang bermula. Tahun depannya, 2010. Aku fom 3. Tetibe member kitorang, Shark dengan Fish jadi pengawas. Patutnya DF pn jadi pengawas jugak. Tapi die malas. So Aku, Bo, Mok, Shark/Obes dengan Fish sekarang satu kepala satu uniform, buat projek2 yang gempak2. Hahahahahaha... Paling aku ingat a time lepas PMR. Time tu merdeka kejap. Time tula kitorang start buat projek. Paling x leh blah a time tu. Pengawas pn x de beza dengan budak2 bese.

   Datang pukul 9, pukul 9.30 kat mapley. Pastu balik. hahaha... Then kitorang sangat cool. Ok anyway tu sambung nanti part 2. Zaman kegemilangan kitorang, tahun 2010...

 

Sunday, September 23, 2012

Things Popped Up When I Think ________

1. Things Popped Up When I Think USA




2.  Things Popped Up When I Think UK




3. Things Popped Up When I Think German




4. Things Popped Up When I Think Japan




5. Things Popped Up When I Think South Korea

6. Things Popped Up When I Think China




7. Things Popped Up When I Think Russia

8. Things Popped Up When I Think Arab
 

9. Things Popped Up When I Think Malaysia



10. Things Popped Up When I Think India




11. Things Popped Up When I Think Australia





12. Things Popped Up When I Think New Zealand




13. Things Popped Up When I Think Belgium




14. Things Popped Up When I Think Italy




15. Things Popped Up When I Think France




16. Things Popped Up When I Think Canada




17. Things Popped Up When I Think Holland




18. Things Popped Up When I Think North Korea




19. Things Popped Up When I Think Singapore




20. Things Popped Up When I Think Mexico


Sunday, September 16, 2012

WHY WHY? TELL ME WHY?!!

   Aku x paham. Kalau nak diikutkan post ni dah lama aku nak post. Tapi x teringat. Biasa a time komputer jauh dari tangan idea banyak, time internet dah bukak kosong pulak kotak minda ni. Anyway tajuk kali ni sangat2 lah personal bagi aku. Ah bedal je a. 

   Dipendekkan citernya dulu gini, masa aku sekolah rendah aku sangat2 lah pandai. Terima kasih kepada Cikgu Firdaus, aku jadi popular. Asalannya masa aku darjah 5 aku sangat lah nood subjek sains. Dok keje dapat markah bawah 50 je. Tambah ironik aku paling suka subjek sains. Buku aku dah khatam apa sume. Tapi kenapa masih x dapat A? Sampai darjah 6, ujian bulanan 1, aku still dapat markah noob lagi. Then satu hari Cikgu Firdaus buat a kuiz. Aku dengan hebatnya menjawab soalan2 yang x wujud dalam buku teks. So sejak tu terus cikgu panggil jenius. Aku pn sempoi je. Malas nak kembang. Disebabkan tu sume orang pn mula respek aku. Aku still dengan muka stone aku. 

   Bukan aku x hargai dorang punya pujian tapi kang orang kata aku berlagak pulak kan. (memang aku jenis orang berlagak pn) So aku pn diam je kalau orang puji. Terima kasih then kepada Cikgu Firdaus, sebabkan die aku pandai nak tackle soalan dengan cara menjawab yang betul. Selama ni baru aku sedar yang jawapan aku salah sebab x ikut protokol(pfft). Aku takat tambah 'semakin x semakin y', terus dapat 80 markah. Pfft. Sejak tu aku jadi pelajar yang paling genius kat sekolah. Semua panggil camtu. Cam biasa a bagi sesetengah orang respek, dan bagi selebihnya, yakninya meleis yang mengikut adat Melayu yakninya kuat jeles ke lain2, start a skillnya.

    Satu hari tu a, aku lepak2 dengan member aku kat kantin. Tetiba datang pulak geng ni. Tengok dah tau a. Die saja anjing2 aku tanya,''hahahah... best jadi orang genius?'' Aku tau die menganjing. Nada dah tau. Aku pn bodoh jawab, ''so?''. Satu perkataan Inggeris untuk menjatuhkan aku dalam mata meleis. Then dorang sume terus batak2 kata aku dah genius cakap omputeh a. Aku tanya member aku pasal dorang pelik. Die cakap, ''kau cakap omputeh buat apa? kan dah orang anggap kau berlagak.'' Aiseymen. Kenapa? Dah sampai kat telinga Cikgu Firdaus cerita yang dibelit-belit kan, terus jatuh aku. shilanat. 

   Sebenarnya bukan itu je masalahnya. Antara bnde yang meleis jadi x civilized bila tengok ialah:
  • orang dapat A++, ''berlagak seyh mamat tu'' kalau die salah cakap sikit.
  • orang yang tunjukkan sifat kepimpinan, ''peh... tu nak bajet gempak a tu,''. tapi kau x de konek pulak nak memimpin team kau.
  • orang suka(berani) menyuarakan pendapat, mesti kalau paradox sikit kena bash. Ataupun mesti ada orang kata die ni bising a apa sume.  
  • bila orang tu cakap pasal hukum apa sume, mesti ada orang kata, ''e'eh mamat ni, bajet alim pulak''. Jadi salah jadi orang yang kuat agama?
   Dalam keadaan ni, aku terus trauma. Aku terus x suka jadi orang jinies. Aku belajar sesuatu, yang kadang2 being at the top x semestinya menjamin kebahagiaan. Ramai je orang cari pasal. Ramai je orang x puas hati. Kenapa bila kita buat sesuatu yang betul dalam tv tapi nampak x betul dalam mata meleis? Bukankah kita diajar supaya being at the top? bukankah kita diajar supaya berani memimpin dan mengikut ajaran agama serta menasihati? So kenapa some of us pissed when someone try to show nilai kemanusiaan mereka? 

   Paling aku menyampah bila ada orang x puas hati bila kita lagi hebat dpd die. Lagi2 meleis, apa la bangang sangat nak tiaw orang yang lagi hebat dpd die? Siap kadang2 kalau budak sekolah yang x matang buat page anti-_________ lagi tu kat fesbuk. Bagak x leh blah. Jadi apa masalah meleis dengan orang yang lagi hebat dpd die? kenapa nak tiaw sampai main santau2? Kenapa x senang tengok kesenangan orang lain? kalau tau orang tu lagi hebat try la untuk improve diri sendiri. Kalau x cukup pandai try to be any wiser. Buktikan yang kau lagi hebat dpd die, bukan dengki2. Tu bangang namanya. 

   Here I coined an idiom; THERE'S NO SUCH THING AS GENIUS, THERE'S SUCH THING AS WORKHARD. Ya, aku x percayakan kewujudan genius-gifted-talented. Aku percaya keupayaan semua orang sama. Cuma camne die digunakan is the real matter dalam hal ni. Kalaupun kau bukan genius kenapa x berusaha? Cam aku dengan aku pandai lukis. Itu bukan bakat. dulu aku x pandai lukis. Tapi sebab aku dah habiskan 1000 batang pen dengan 100000 keping kertas, aku jadi apa yang aku sekarang ni pandai. As simple as that. Kita kena sporting, bukan menggelabah anyway. 

   Until next post, cheers! aku nak chow.

Friday, September 14, 2012

Perfect Vacation!





   Vakasi? ya... ini subjek yang menarik. Bila citer pasa vakasi ni semua nya rilek. Maksud aku kita boleh lari dari kerja serta soalan addmath untuk sebentar. Memang a matlamat sebenar vakasi ialah untuk menenangkan fikiran. Aku yakin kebanyakan daripada kita kalau citer pasal vakasi pantai mesti no 1 kan? Alah Langkawi tu mende?




   Aku pn x tau kenapa, tapi semua orang kata vakasi kat pantai menenangkan. Pastu rilek. Boleh tengok sunset. Poodah. Apa romantik sangat ni bagak x de kelas. Seriously aku benci pantai. Bagi aku, pantai ni kosong. X de mende. Apa yang kau nampak cuma horizon je. Dengan sunset. Aku memang x into dengan pantai kalau nak diikut kan. So apa jenis vakasi yang aku prefer?




   Untuk sesetengah orang mungkin bukan vakasi tapi rekreasi. Nak dibanding dengan pantai aku prefer hutan kalau nak diikutkan. Entah a kenapa makhluk pure Austronesian cam aku x suka pantai. Bukankah melayu dah redah 7 lautan? Boleh dikatakan bila aku lepak hutan rasa cam kat rumah sendiri. hahaha. Lama x panjat pokok. Berbanding pantai, kat hutan ada banyak bnde boleh buat. Cakap je apa. Contoh nya paintball guerilla, flying fox, apa sume a.




   Ahahahhahahah.... daripada aku menge-tan-kan muka aku kat Langkawi bek aku explore Taman Negara Endau Rompin. Dan, best of all, walaupun mandi sungai risiko terminum kencing orang kalau mandi kat bawah tu banyak, air die sejuk. Pastu pulak x de a panas cam kat pantai. Mata aku pn x silau. Then apa yang best sangat dengan hutan? sebab daripada tengok horizon yang cuma ada kaler biru kat hutan aku boleh nampak banyak bnde dari pokok ke binatang.




   Dan peluang kau tengok bnde yang wujud kat Discovery Channel sangatlah tinggi tanpa kau perlu bayar lebih. Kalau nak tengok jerung 300rm mari mau skuba. Udara kat hutan bagi aku yang paling bersih, dan air die jugak yang paling fresh boleh kau dapat. Dengar bunyi air yang mengalir tu... ahh... Eden! Oh ada satu port yang bagus untuk pergi hutan, memang x glemer a tapi kira cool jugak a. Dekat kedah pergi kat Sedim Canopy Bridge. Dan sungai die tempat kayak yang paling gempak sekali beb! Kat Malaysia tu! Singapore terus tawar aku.




   Hahahah... puncak tertinggi, 26m dari atas tanah, sepanjang 1 km, atas pokok. Boleh dikatakan, tempat ni kira underrated jugak a. Ditubuhkan oleh Sultan Kedah. Dan tempat ni ada banyak aktiviti recreational yang sangat2 lah taste aku. Accomodation ada chalet baru buat. Nak makan lak? hahahah... don't be a tourist, be a traveller! jadi lah sebahagian dpd masyarakat kampung ni dan dapat lah makan.




   Kenapa perlu pergi obersi nak vakasi? sedangkan kat Malaysia ni ada terlalu banyak example. Contohnya kat Taman Negara Mulu. Ya... inilah die tempat paling nak aku pergi sejak dulu. Dengan geologinya, hutannya. Fuh! Still virgin! Dan nak dibanding dengan Amazon, umur die 80juta tahun. Hutan Malaysia pulak? 120juta tahun. Plus hutan kat Malaysia ada semua spesis kat US sedangkan semua tu cuma x sampai 1/3 dpd yang ada kat Hutan Malaysia.




   Gua Mulu... gua paling besar kat dunia, belum diterokai sepenuhnya. Kat mana la boleh cari lagi tempat camni kan. Anyway, hutan lagi bagus sebenarnya dpd pantai. Tapi itu aku punya pendapat a. x tau korang punya camne. Papehal, cheers!

Kenapa Itu? Dan Kenapa Ini? #3

   Nampaknya time ni tersangat ramai menanyakan aku banyak soalan. Ala biasa a, aku kan lelaki misteri, kalau orang x banyak x tanya x nampak a misteri nya.

''habis tu kalau misteri buat apa kau citer kat blog?''

   Oh haha. Itu eah? sebenarnya x de makna pn misteri2 ni. Aku cuma lelaki yang biasa lagi lemah. Lagi2 dengan perempuan. Orang je yang label aku misteri. Ok aku bagitau pasal aku dah bosan dengan soalan yang sama. Dan orang tanya seolah-olah aku ni alien. Anyway, ini die soalan panas untuk kali ni:

''Kenapa lu benci sangat dengan kelas atas bro? lu pn duduk kelas atas jugak.''

   Crystal clear, post aku yang ni sangat2 lah controversial. Pasalnya sebab bese a, budak kelas atas mesti x mau kalah. Ya aku tau, x semua budak kelas atas surau, tapi, hakikatnya, well, dengar dulu citer aku, aku x kan buat kecoh tanpa sebab.

   Back then, maksud aku, dulu tahun 2008, masa aku fom 1 aku tau rasanya camne spesel jadi budak kelas KRK. Lebih tepat aku kat aliran agama. Kelas 1st beb. Boleh bajet2 spesel. Tapi aku x merasa a neraka kelas atas time sekolah rendah pasal masa tu aku bodoh dengan x pernah turun kelas lagi. Kelas pn ada 4 je batch '95. Anyway, citer start gini time aku fom 1.Biasa a, budak KRK kelas diasingkan. Budak2 kelas biasa kat tingkat 2, kelas bawah tingkat satu, kelas KRK kat atas sekali tingkat tiga. Pastu dapat port yang ada angin. Kira untung a. Spesel kononnya. Mula memang bangga. Tapi lepas 3 bulan jadi hina. 

   Aku dengan otak yang playful, memang x sealiran a dengan budak2 pandai ni. Ok kitorang pn bising jugak kan. Aku pn bising member aku pn bising dan satu kelas kitorang dulu pn bising. Sebabkan tu dulu aku masih naif, tu yang aku rasa kelas atas ni best. TAPI. Dorang bising, dorang pandai, dan dorang berlagak. Aku bising, aku kreatif dan aku modest. Crucial matter: aku ketua kelas. Aku ingat lagi. Dulu satu hari, cikgu kelas aku frust. Kenapa? Mula aku pn x tau. Pasal aku x la menggelabah sangat. Sekali bila ada sorang cikgu ni, cikgu Mastiah nama die, yang paling kuat gosip, cakap, 

''tu la ko sume terlalu berlagak, kan dah cikgu ko menangis. ko ni ketua kelas, pergi sana pujuk cikgu!''

   Watafak. haizz... bnde yang aku x buat aku yang kena(masa tu aku x tau role ketua lagi). Then aku nampak cikgu tengah menangis, ahhh.... patut ke aku pujuk cikgu. Last2 aku biar(mental dah dikuasai budak kelas atas). Pasal cam biasa a, budak kelas atas baca buku bukan pengalaman. Mengikut kajian saintifik orang menangis biar kan sampai die reda. Aku pikir elok a. Tapi, cam biasa, pengalaman lebih berharga dpd buku. Aku sepatutnya tunjukkan yang kelas kitorang baik dengan menunjukkan keikhlasan kitorang. Orang kalau die sedih walaupun die akan halau orang yang tengah pujuk die, tapi bila reda dia akan start berfikir secara rasional. Dia akan pikir, ''oh, budak ni betul2 ikhlas nak pujuk aku''. 

   So cikgu aku terus frust. Sampai citer kat Cikgu Nurul, antara cikgu paling hebat pernah aku jumpa, die cakap dengan aku,

''tu la, ko ni berlagak sangat, ko patutnya x berlagak dengan cikgu ko''

   So dekat seminggu cikgu kitorang x masuk, tanpa kitorang tau. Then minggu depan die masuk balik kelas kitorang, baru kitorang tau, sebab apa.

''kamu semua dah tusyen kan? jadi x payah saya ajar kamu lagi. kamu kan lagi pandai daripada saya. Kamu dah belajar kat tusyen jadi x yah a kamu buat latihan saya.''

   Dengan nada yang sebak cikgu math aku cakap camtu. Akhirnya sejak tu aku sedar, kata2 cikgu sains aku, Cikgu Nurul dengan cikgu KH aku, Cikgu Heriati.

''kamu tau x, kelas ni saya panggil 1L, Satu Lembab.''

   Kitorang yang sememangnya pandai x paham maksud cikgu. Kitorang bengangm menyampah dengan cikgu. Tapi aku akhirnya paham, itupun time aku form 2, bila kawan2 aku semua(aku x pernah kawan dengan orang sama kelas aku) berkumpul dalam satu kelas time tu. Member aku, Ijam yang baik dengan Cikgu Heriati aku lepak sama dorang akhirnya aku paham maksud cikgu. Ya kelas atas memang lembab. Kelas atas cuma tau buku je. Kelas atas x tau buat kerja. Dan kelas atas social cam sakai. Kelas atas x pandai buat member dengan cikgu. Bila aku fom 2 Cikgu Heriati tu dah jadi member aku. Aku boleh selamba ponteng dalam kelas die mengajar. Dan akhirnya, itulah die yang aku belajar bila aku dah x masuk kelas spesel.

   Then, aku ingat lagi, ok ni bukan salah aku sepenuhnya a. Kalau nak diikutkan aku benci masuk kelas aliran agama. Pasal kena amek Bahasa Arab. Aku dah a lemah bahasa arab. Awal2 lagi cikgu aku dah warning, kalau x yakin drop je masuk kelas biasa. Then aku mintak ayah aku drop. Ayah aku x bagi. So aku terpaksa belajar basarab selama setahun, yang 80/100 waktu kelas aku ada kat Linda Corner. Cikgu Nurul pulak cakap kat aku,

''Ngko ni gagal je basarab baik ko drop je, x yah nak berlagak sangat.''

   Ya Cikgu! memang saya nak drop! Aku sepatutnya cakap camtu, tapi time tu aku bodoh lagi, x pandai memberontak. So aku diam je. Tahun depannya, aku kena drop kelas secara paksa. Dalam kepala aku melompat sampai ke musytari, tapi dalam mata cikgu, ayah mak aku, sangat hina. Memang diketahui yang kelas KRK memang x akan ditukar kelas. Tapi aku dengan ajaib nya turun kelas. Then mula a cikgu sume hina aku. Dan ayat Cikgu Nurul paling pedas;

''Tu la, dulu aku suruh ngko drop ngko x mau berlagak sangat.''

   Time ni aku dah ada kawan, aku berani a cakap kenapa, tapi die buat bodo je. Then kat rumah pn sama je. pfft. Bak kata Cikgu BM aku sekrang Cikgu Hasbi, kelas atas ni takut nak pikir luar kotak. hahahhaha... Baru perasan ke cikgu? Anyway, buku bukan nilai sebenar kita bersekolah. Ia adalah camne kita guna kan otak kita untuk menjadi manusia.

   Then, dah puas hati kan? 
   
   Chow.
   

Thursday, September 13, 2012

Top 10 #1: Greatest Skyline

   
   Skyline dan GT-R. Kalau 10 tahun yang lepas kereta ni ialah kereta yang sama, cuma GT-R ialah varian kepada Nissan Skyline. Tapi untuk R35, sorry, x kan include dalam list ni pasal die bukan lagi Skyline. Anyway, inilah kereta yang patut korang admire dpd Ferrari, nak tau, google.

10. TOP SECRET DRAG R



Aku secara jujurnya x ingat kereta ni dibuat tahun bila tapi aku sure, ini lah antara kereta yang legendary. Kenapa legend? 1000HP, 9 second/400m, on street tires, dan still street legal.



Antara sebab kenapa aku suka kereta ni, sebab keter ni dibuat zaman 90's dulu, time teknologi x bape nak maju cam sekarang. Dan 1000hp masa zaman supercar paling power cuma lebih kurang 500hp! 


 Tapi kenapa tempat ke-10? senang, x dinamik. Bagi aku drag ni perlumbaan yang x dinamik. Dan kereta ni dibuat untuk drag. Kira ok a untuk kereta drag masuk list aku.

9. NISMO Z-TUNE



Aku yakin, dalam list ni inilah Skyline yang paling di admire sekali. Cuma 20 je dibuat. Dan believe it, this thing is street-legalized racing car!



Mana x nya, carbon fibre contoh nya, driveshaft, tranny tunnel, apalgi aku pn x ingat, everywhere! Paling x leh blah enjin die, yang derived directly dari Super GT, dipanggil sebagai RB26DETT Z2, produced 500hp, dari factory.



Dalamnya, well, mungkin untuk purist cam aku x selesa, alcantara apa sume, yang cuma sesuai untuk douchbag yang pakai merc pullman. Jadi kenapa no 9 untuk kereta yang hebat ni? sebab, factory buat, lacks of personality. Dan kaler die buat aku sakit mata(aku silau).

8. AMUSE CARBON R



Aku yakin, peminat Skyline yang main GT mesti tau kereta ni. Bagi aku ni antara GT-R yang sangat extreme. 900lb daripada berat asal R34 dah dibuang dengan penggunaan carbon yang banyak. 



Enjin pulak, x banyak, komponen dalaman masih stock, tapi turbo dah tukar HKS GT-RS. Power? 520hp. Suspensin pulak masih mengekalkan geometry asal dari kilang, dengan custom Bilstein damper. 



Amazingly, dengan kebanyakan bnde2 stock masih intact dalam kereta ni, boleh buat 57sec kat Tsukuba, dan possiblity untuk 56sec amatlah tinggi. Dengar tu, less weight= speed. Tapi kenapa tempat ke-8? Sayangnya kereta ni hilang entah ke mana, dan katanya kat Norway(Gatebil la...). Kita cuma boleh menikmati kereta ni kat game GT je la nampaknya...

7. TOP SECRET COMPETIZIONE R



Aku terjumpa ni kat cam bese a, Speedhunters. So kenapa kereta ni masuk dalam list? Sebab bagi aku inilah apa yang street sleeper patut jadi, Dan kereta ni jugak dah personalized ikut owner die punya taste. Nak tau citer lebih, ni die. Bagi aku ini lah contoh paling bagus untuk jadikan kereta ni x nampak humble sangat sebagai street legal dan x ganas sangat sebagai track terror. Kenapa no 7? Sebab kereta lepas ni jauh lebih hebat dari kereta ni...

6. NISMO LE MANS R33 SKYLINE GT-R


Kereta racing yang kotor, bagi aku ialah kereta yang sangat hebat. Maksud aku, manly. Mana x nya, bila kereta atas track kotor, itu menunjukkan yang kecantikan bukan kemenangan. Dan, apa yang lagi bagus dpd Nissan Skyline GT-R yang kotor dekat Circuit de la Sarthe? hahaha... tahun '95, Nissan masuk 2 Skyline kat Le Mans, #22 & #23.



Dipendekkan citernya, #22, yang lagi x canggih dpd #23, dapat ranking lagi tinggi, no 10 overall, no 5 dalam kelas GT1. Pencapaian yang terlalu hebat untuk sedan yang dikelilingi Mclaren F1 GT-R. hahahahhahahaha.... sekarang baru kau tau siapa yang hebat? 



So dengan pencapaian yang membanggakan, kenapa LM Skyline GT-R dapat no 6? hm... Sebabnya, pencapaian kereta ni akhirnya diambil alih oleh Nissan R390 GT1, yang sememangnya puposely built for LM, cuma 2 je yang wujud.

5. BLITZ D1 ER34 SKYLINE



List sebelum ni semuanya, GT-R, walaupun aku mention 'Skyline'. Jadi ini lah die kenapa aku mention 'Skyline'. Anyway, bagi aku kereta ni sememangnya hebat, membuktikan yang varian ER34 bukan sekadar hiasan. Walaupun memang dah diketahui kalau GT-R untuk gripping, Skyline untuk drifting, tapi Nomuken mempopularkan role Skyline ke tahap yang kita ketahui sekarang.



Kalau nak diikutkan memang x de makna nak citer pasal racing history kereta ni untuk berlagak2, sebab drifting it's all bout crowd's fun, jadi disebabkan kereta ni berjaya menarik perhatian audience, maka die hebat. Dan dengan -+500hp bawah hood, memang x dinafikan yang kereta ni sememangnya cool!



Tapi kenapa no 5? senang, sebab kereta ni x setanding dengan competitor Toyota die...(kata drifting crowd yang tetntukan).

4. CALSONIC IMPUL SKYLINE R32



Menengokkan kereta ni, aku terfikir 3 bende, raksasa atas track, Gr. A, dengan Kazuyoshi Hoshino. Dan disebabkan game GT(sekali lagi...) kereta ni menjadi legendary. Atas track, x de yang boleh kejar kereta ni. Walaupun raksasa sebelum ni, Ford Sierra Cosworth jadi makanan GT-R.



4wd, 542hp, dan kemenangan x sudah. Raksasa, bukan Godzilla ni bukan setakat menang, menang, menang, dan menang, tapi membuat kan perlumbaan Gr. A cam JTCC defunct! Dan hikmahnya dapatlah sekrang aku tengok Super GT. Kereta ni memberikan impak kepada culture jalanan kereta Jepun.



Pak cik tua ni Kazuyoshi Hoshino, Japan's fastest man, dan orang belakang kereta ni. Tapi kenapa no 4? Kenapa? Sebabnya kereta selepas ni lebih kurang sama dengan Calsonic, tapi impak die lagi besar.

3. GR. 5 TOMICA R30 SKYLINE



Inilah, kalau nak dikatakan, kereta paling cantik dalam mata aku. Maksud aku macam Komando Gerak Khas on steroid. Semua 'kehodohan' kereta ni serves a purpose. Dan, Gr.5 dikategori sebagai gila, cam Porsche Moby Dick, tapi kereta ni took it to a next level. X de lagi kereta yang setara dengan R30 ni. Pemandu die, x lain kalau bukan Masahiro Hasemi. 



Keganasan kereta ni terserlah tiap kali turun gear. Api keluar! Then power die, tahun 80's, kereta ni lagi power dan laju dpd F1. 2.0l 4 silinder, LZ20B based on FJ20ET, 570hp@7800rpm! yap. Dan power die sangat ganas. Amazingly, kereta ni bawak budaya bosozoku ke tahap yang lebih gila. Kereta ni buat budaya beb! 



So kenapa kereta ni dapat no 3? sebab kereta ni sekarang dah x de purpose. Dan cume kat event2 tertentu je rindu kepada kereta ni dilepaskan. Anyway, walau apa pun, kereta ni tetap attention grabber!

2. AUTO SELECT YELLOW SHARK R34



No doubt, salah satu daripada time attack car dari Jepang antaranya yang paling hebat ialah kereta ni. Kereta ni x banyak kat Tsubkuba, pasal Auto Select dari Kansai. Dan dengan style orang Kansai, kereta ni diubah secara unorthodox dpd Tokyo. Dengan enjin yang sangat2 mahal, yakninya OS Giken RB3150DETT, dan turbo yang besar kelapa, displacement 3.15l, kereta ni ada lebih kurang 800hp.



Macam biasa, kereta ni bukan hanya ada power, tapi dikatakan handling kereta ni pn sangat bagus. Bagi aku, Auto Select punya canard dengan lip memang yang paling ganas. Plus, kereta ni bunyi hebat. Inilah apa yang RB patut bunyi. Kereta ni sekarang is constantly being develop. 



Dan inilah die, kereta yang paling ganas atas track, maksud aku, rupa die. Sebab drivability die x lah savage. Anyway kenapa no 2? sebab, kereta lepas ni membuatkan semua Skyline punya owner dengan peminat tergamam...

1. RUUD RACING R34 SKYLINE 



Anehnya, Skyline yang paling hebat dalam list aku bukan datang dari Jepang, tapi Norway. Well x kisah a pasal kalau kau nak cari Evo yang gempak2 pn bukan kat Jepang, tapi kat UK. Kereta ni, sangat spesel. Dan sangat lah paradox bagi semua Skyliner. Ok. Kita tahu, enjin Amerika dalam kereta Jepang adalah isu sensitif. Contohnya, V8 dalam S2000, Skyline, MX-5, Supra dan even MR-S! 



So kenapa dengan V8 dengan Skyline ni? well, inilah die.



Apa ni? kereta ni ada enjin ke x? jawapannya, ya. Enjin ni bukan ada kat dalam hood, tapi kat dalam keretanya. Tapi enjin apa? Ya aku memang emo mulanya bila tau. Enjinnya ialah Chevrolet small block NASCAR V8! Ok. ni, walaupun amek masa, tapi enjin ni x sebodoh LSx dan aku kira boleh appreciate lagi, Kereta ni gain my respect bila aku tengok build die. Ini bukannya build yang biasa kita tengok.



Asalannya kaler kuning, kereta ni ada -+800hp@-+9000rpm! Kereta ni selalu dapat podium finish kat Rudskogen. Kat Gatebil, kereta ni one-of-a-kind. Aku boleh kata kalau inilah kereta yang paling hebat, no doubt. Dan semuanya functional. Nak tau lebih, ni. So kenapa no 1? Sebab kereta ni lain dari yang lain, kerja yang dijalankan x pernah sama dengan mana2 skyline yang pernah wujud kat dunia ni, dan inilah kereta yang paling cool sekali dengan kena kat taste aku. Macamana rasanya kalau kereta ni pergi Tsukuba?