Powered By Blogger

Friday, August 24, 2012

Beza Budak Kelas 'Bawah' dengan 'Atas' Part 1

   Semua dah maklum, sekolah ni tempat belajar. Dan kat sekolah kita bukan layan buku je sebenarnya in fact sekolah mengajar kota cara nak hidup kat dunia yang kejam serta x berperikemanusiaan ni. Tapi bergantung la kepada cara kau sekolah. Dan cara kita bersekolah juga berbeza jika kita ni 'kelas atas' atau 'kelas bawah'. Selalu budak kelas 'atas' ni mesti bajet dan bias dengan budak kelas 'bawah'. Anyway kat bawah ni ialah list beza antara dua 'darjat' ni.

Budak Kelas 'Atas':
  • Pandai, tapi kat buku sekolah je a
  • Social rendah kalau kelas atas betul2 atas
  • Berlagak kalau die kelas science stream
  • Kalau belajar macam x de life
  • Target periksa cuma nak dapat A tapi x nampak kenapa nak A
  • Suka tanya soalan bocor
  • Cuma nampak kat sekolah je tapi x pernah nampak kat luar
  • Keje nak jadi engenier je, macam x de bnde lain nak jadi
  • Kalau buat karangan idea sume celup internet dan buku sekolah
  • Bosan, x banyak cakap, surau, x social
  • Kadang2 life cuma kat buku sekolah sampai Pope pn x tau mende
  • Bila lalu kat depan kelas dorang rasa cam lalu kat kampung zombie
  • Cikgu yang ajar dorang sume x sporting dan belagak
  • Pengawas, pengerusi kelab ke bagai mesti dok kat sini, bosan sungguh 
  • Cikgu sume bagi pangkat besar kat dorang
   Secara jujurnya, ini ukuran kasar untuk menunjukkan sikap tipikal budak kelas atas. Anyway x semua pn camtu. Sesetengah sporting tapi kebanyakannya camni. Contoh paling bagus ialah ketua pengawas sekolah aku. Ah peduli apa kalau aku x menjaga status quo KP sek aku sebab matlamat aku cuma nak bagi gambaran bahawa janganlah korang ada KP yang cam ni. Ok. Aku pn pelik, kenapa cikgu bias sangat dengan budak kelas 'bawah' ni. Kenapa cikgu pilih ketua orang yang NERD, Pandai tapi kat buku je, X Social, Bias, dan orang yang dapat banyak A?

   Memang x dinafikan kita perlukan ketua yang pandai tapi kenapa judge kehebatan orang dengan markah periksa? tu bangang namanya. What we need is someone who have been in combat and have strong leadership, not someone who have brain of a dictionary who never leave his desk. Kalau takat muka jambu mulut manis tapi leadership haram, baik campak laut je. Dulu unit disiplin sek aku time bagus. Sekarang dah jadi diktator. Diktator yang buta. Aku ingat lagi time tu aku fom 2. Time tu KP kitorang memang gempak. Anehnya die kelas sains 2, which is kelas 'bawah' untuk aliran sains.

   Then die budak PKBM. Kalau dengar PKBM kau paham la kan apa maksud aku. Leadership dengan setia kawan tu memang x lari a. Dan geng2 die sume pn budak unit beruniform, hah! kau tau a kalau kontinjen sekolah jadi pengawas. Memang rule the school a. Cikgu disiplin kitorang dulu pandai. Mula demo, tanya budak2 siapa yang layak. Then guru berdisiplin approve die punye leadership, terus approve. Tapi sekarang bangang. Then tahun 2010 terus jatuh sedikit demi sedikit unit pengawas. Tahun tu perkauman. Pasal calon paling hebat Cainis. Dah a hensem, pandai, koko pn hebat, sukan lagi x yah citer, and best of all, semua orang sayang die serta die merendah diri. Itu baru ciri2 pemimpin hebat yang educated.

   Opposite dengan KP '09 yang kalau nak dibandingkan macam Komando dengan Bussinesman. Tapi sayang, die x terpilih pasal die bukan 'muslim'. Pfft. Then jadi pulak ketua yang ok tapi kinda dingin. Orang susah sikit nak dekat dengan die. Then ketua ikut tingkatan pulak sume memang kelas 'pandai' yang lemak. Memang jatuh a moral kitorang yang pengawas komando ni. 2011, dah tak boleh buat apa. 2012? terus runtuh. Sebab? leadership cam bodo. Kitorang patutnya ada sorang mamat ni, yang memang budak hot tapi die jenis x layan(pasal x sama taraf) tapi modest dan kawan dengan semua orang, berkarisma serta full package, tapi GB pilih yang nerd. Sebab yang hot tu ada gagal pekse sekali. Bodo die pilih bajet cam die je yang jadi pengawas macam die je yang lepak dengan kitorang.

   Aku sebagai pengawas komando seolah2 hilang kerja dengan bertanggungjawabnya cuba mengembalikan zaman kegemilangan tahun 2009, time 'Rejimen Aman' rule. Aku self-claimed sebagai KP, yakninya Ketua Pemberontak instead of Pengawas. Aku buat mesyuarat haram dan buat sesuatu yang cikgu x suruh. So sekarang kau nampak tu beza budak kelas 'atas' dengan 'bawah', dalam perspektif pengawas. Bagi aku budak atasan yang keje nak jadi enjenier ni layak jadi achai. Yela, enjenier keje die ikut cakap boss die je. Budak kelas 'bawahan' dalam mata 'enjenier2 muda' ni yakninya kelas seni, budak kelas bodo dibantainya. sialan. Bagi aku budak seni a patut rule. Sebabnya? budak seni lagi berperikemanusiaan serta lagi social. 

   Budak Kelas 'Bawah':


  • Pandai bersocial
  • Pandai berdikari
  • Ramah
  • Suka tolong cikgu
  • Menghormati guru
  • Suka meluangkan masa dengan cikgu 
  • Pandai dalam bidang2 kehidupan
  • Ada bakat yang hebat(bersukan, photographing, main muzik dan yang sewaktu)
  • Kat luar ada life
  • Pandai cari duit
  • Sporting
  • Xsuka baca buku sekolah tapi suka baca buku fakta dan kehidupan(novel ler....)
  • Cikgu2 yang ngaja kelas dorang sume suka kat dorang
   Dan kat sini nampak la die jurang perbezaan yang macam x de penghujung. Ya memang a budak2 gengster kelas bawah tapi cuba kau fikir, budak2 gengster kelas bawah sebab dornag ada life lain nak hidup. bukan buku je. Anyway beza antara budak sains dengan budak arts ni paling famous, Budak sains berlagak budak seni x. Tapi x sume a. Ada yang baik. But mostly so. Aku start menyampah masuk kelas 1st ni sejak fom 1. Aku masa tu bese a kawan budak atasan je. Perangai pn atasan. Aku ketua kelas. Dan aku juga x social. Then satu hari cikgu sume merajuk, siap boikot dengan kelas aku. Alasannya, ya sangat logik. Budak kelas kitorang berlagak. Bajet dah pergi tusyen kitorang dah pandai x yah buat keje yang cikgu bagi. pfft. Itulah yang aku maksudkan dengan menghormati cikgu. Kau bukan takat lalu depan cikgu pastu, 'Selamat pagi/petang Cikgu'. Orang yang x pernah keluar sekolah je camtu. Kau perlu tunjukkan yang kau menghormati maruah cikgu jugak.

  Then aku yang ketua kelas jugak kena. Tapi Cikgu Nurul, Cikgu betul. Memang betul cakap Cikgu saya ni berlagak nak mampos. Akhirnya bila saya lepak dengan budak kelas bawah saya paham apa yang cikgu maksudkan... Anyway, itulah die, masalah budak kelas atas yang paling ketara. Berlagak dengan cikgu. Kalau terserempak dengan cikgu takat tegur je, budak kelas 'bawah' x camtu, dorang buat lawak tanya khabar lagi. Then sejak tu aku terus cari segala makna nya duduk kelas 'bawah' ni... Seterusnya bersambung part 2.

No comments:

Post a Comment