Tajuk kali ni... mungkin x layak untuk ditulis oleh budak sekolah yang poyo cam aku. Aku tau aku x pernah tengok dunia luar tapi budaya kita hidup sekarang ni dah bagitau apa sebenarnya yang berlaku. Setelah membaca serta surfing di internet serta beberapa buah buku tebal yang membosankan(meleis mana pernah baca buku), aku dapat conclude satu bende, yakni nya tajuk post kali ni. hm... disebabkan aku ni penulis yang x kreatif maka typing aku kali ni mungkin susah untuk difahami. Anyway, read on...
Semuanya bermula bila aku perasan sesuatu, sejak technology yang mencanak-canak cangihnya keluar. Then aku tengok semua orang mula pakai mende tu. Contoh yang paling baik ialah henpon canggih. Henpon zaman skang... uhh... dah serupa satelit pulak aku tengok, dengan touchscreen ny, dengan internet ny, dengan uh... enath apa lagi a. Serious aku x pandai guna henpon satelit ni. Dalam masa yang sama aku terfikir. Henpon. Gunanya untuk contact seseorang yang jauh. Jadi kenapa pulak perlu nya sistem yang macam satelit ni? Dan jawapan yang aku akan dapat ialah: ''aku x boleh hidup tanpa tech'' atau ''bende ni la yang membuatkan hidup kau senang, kau nak hidup zaman batu ke?'' hahahahaha... nampak game die. Anyway x semua orang nampak, sebab budaya konsumerisme ni la yang membutakan mata kita. Bila dah cinta memanglah buta. Cam aku, nampak je pen yang smart(aku kan artist), terus beli, dan aku terus buta tengok dompet aku. pfft.
Dan aku nampak budaya konsumerism ni bawak banyak gile perubahan dalam hidup budak2 zaman skang. Aku bagi contoh. Zaman aku kecik dulu, permainan aku ialah, main basikal, masuk kebun orang, panjat pokok, racing basikal, ah macam2 a projek. Tapi budak skang... cam x de life pulak aku tengok. Kalau dulu aku petang keluar buat projek, skang budak2 main tweet ke pebende a dgn geleksi teb die. Sungguh fragile dibandingkan dengan kitorang yang hardcore ni. Then kau nampak beza budaya budak2 kitorang dengan budak sekarang? hahaha... iphone tu gosok atas lantai je. pfft. Itu aku x citer lagi pasal budaya konsumerism yang lain. Ah! ada satu contoh yang baik. Gua ada sorang member ni. Cam bese a anak orang kaya. Die memang minat giler dengan skate. Ok gua men skate gua beli yang affordable punye. Jenama tu yang biasa2 punya a. Tapi member gua ni pulak, nak yang high quality, dengan jenama mahal punya. Padahal jenama je mahal, quality sama. So then jadi membazir. kalau takat nak tunjuk ''aku ada banyak duet, tengok aku pakai luois vuiiton'' kat orang kau beli yang bese punye pn sama jugak function die. Ini dah melebihi keperluan dah ni(ceh, ayat sosialis pulak...). Dan budaya ni lead to pembaziran which is when I was in kindergarden they called it membazir tu kawan syaitoon. hahahahahahahahah... dunia oh dunia.
Bila semua orang dah bernafsu tu, sah x kan habis, kecuali bila ditangkis dengan akal. Then aku terfikir, kalau budaya ni terus mendapat permintaan yang tinggi, well let say, kayu. Orang sekarang yang kaya2 nak jati, cengal, rumah kat us sume kayu, ok x yah g jauh sangat, kat malaysia je pn, bape banyak pembalak haram boleh kau kira? Then bila permintaan meningkat, mesti a bahan mentah makin sikit. Then lead to the mass extinction bile hutan dah x de. Dan jangan terpengaruh dengan lagu cintan kau tu ''whitout you i kenot live'' bullshit sungguh, Oxygen ke perempuan yang bagi kau hidup? pfft. Nampak die punye game. Bila source dah x de mula la ekonomi jatuh, dan bila ekonomi jatuh, hilang keje. Si kapitalis ni peduli hapa, dah orang tu dah x berguna pada die, buang je la, peduli apa keluarga die mampos ke apa. Asal pekerja die bagi untung die baik dengan pekerja. Dan memang sifat natural kapitalis untuk menindas orang bawahan. Die peduli apa lain sume mampos asal die untung diam a die.
So sekarang, siapa penyebab semua ni? Well the second I blame is CAPITALIST. Kenapa second? nanti aku citer. Lumrah kapitalism simple, keuntungan yang diperoleh dari produksi maksima oleh tenaga buruh yang dikawal secara persendirian. Nampak game die? x nampak? google. Atau cari la buku2 Adam Smith ke Taylor. Kapitalism ni basically bila kau berniaga, 1st: modal 2nd: market 3rd: try dapat keuntungan or die 4th: bayar balik modal. Itu hukum perniagaan kapitalism(betulkan kalau aku salah). Then untuk mengaut keuntungan bila market dah banyak kapitalis akan menggunakan pekerja untuk maximize production. Sebab tu kau tengok kereta zaman sekarang fragile dpd kete zaman 50's(american). Dan sebabkan nak jimat kos, si kapitalis akan menggunankan kreativitinya untuk mengaut keuntungan. Ok aku bagi contoh, separuh daripada American is obese. Sebab? Diet. Diet dorang apa? pagi: sausage tengahari: burger malam: air gas. Bagi orang yang minum air gas setahun sekali cam aku ni amatlah hebat untuk tengok orang yang minum air gas tiap hari. Dan lunch kat kedai mamak amatlah pelik untuk tengok orang lunch kat Burger King tiap hari. Jeng jeng jeng... nampak permainan kapitalis kat situ? ya... Kapitalis nampak market orang suka makan burger, dan untuk membunuh pesaing2 die, si kapitalis ni buat sesuatu yang sedap. Dan x kan a die nak guna ayam organik kot? memang lembab a nak tunggu. Dah a keding. So penternak ayam akan bagi ayam tu hormon. Then kornag makan burger tu sampai menjilat lantai. Dan dengan nafsu konsumerism korang maka gemuk lah kornag tanpa si kapitalis tu risau akan kesihatan korang.
So skang ni kapitalism membawa kesan sampingan kalau berleluasa. Tengok je la. Kilang punya besar tapi alam sekitar menanggung keperitan. Pencemaran ada di mana2 je. Manusia ye la boleh survive tapi camne pulak dengan binatang2 sume? Pastu konsumer2 mula la nak environmental friendly boikot itu ini. pfft. Oh satu lagi, syarikat minyak pn bukan berusaha sangat pn nak buat minyak yang mesra alam pasal die tau kete2 yang mesra alam ni market belum besar lagi. At the end, kapitalism x dapat nak bayar kemusnahan yang dorang buat kalau dorang terus mengejar keuntungan(kapitalis nak rugi ke?).
Dan orang pertama yang aku salahkan ialah, DIRI SENDIRI. Kapitalism ialah pure democracy, tapi demokrasi berdasarkan konsumerism. So bila ada demand ada la kapitalism. Dah kau yang nak sangat henpon satelit, beg buaya, ke hapa bende pele2 tu sume. Tapi kau kena bayar la drawback die. Kapitalism cume 'menunaikan' hajat kau je, asalkan die bahagia dan kau bahagia, tapi alam sekitar melarat menanggungnya. pfft. hahahahahahahahah. So camne nak menyelesaikan kemelut ni? ok camni.
Pekerja memainkan peranan penting dalam hal ni, sebab pekerja dok merana tapi bos goyang kaki kat atas. So pekerja kena bersatu. Ok aku bagi situasi. Ada satu negara ni, dua parti politik, A dan B. Si A ni dah lama memerintah, pastu ada banyak duit, kaut dari pekerja2 die. B ni pulak baru nak memerintah, perform, tapi si A yakni diktator banyak klentong rakyat kata B ni x buat keje a apa a. Tapi rakyat bukan mudah nak ditipu. Rakyat tau A ni korup, so rakyat percayakan B. Pada masa yang sama B ni x de duit, so rakyat pn kurang percaya pasal no money no talk a, x de developement. So nak tak nak rakyat terpaksa pilih A... dan A terus memerintah secara diktator, dan rakyat menderita. So bermula dari pkerje kemudian rakyat, dorang start mogok. Kemudian memberontak. Dan lepas menjatuhkan kerajaan, rakyat dan pekerja akan mengambil alih kerajaan dan menukar sistem yang sedia ada. Step seterusnya pulak ialah menentukan sistem yang baru.
Dan itulah die simulasinya. Dan itu juga lah macamana negara sosialis dibentuk. Pekerja dan rakyat akan menentukan nasib negara seterusnya. Tapi kebanyakannya x berjaya menentukan nasib negara, pasal tu sume nye epic fail. DAN. Jangan kau kata negara komunis pernah wujud. X ada istilah 'negara komunis', tapi ada istilah 'dunia komunis'. Anyway aku x sokong mana2 pn, cuma itu lah ramalan post-capitalism. Cuma aku lebih bias kepada socialism. DAN. Mcam hukum yin yang, semua bende mesti seimbang.
(ini hero aku)
Ya. Socialism dan Capitalism, ada baik buruk ny. Dalam judging aku communism yang eloknya dari segi social die, tapi x seronok, capitalism pulak penipu 100/100. Dan apa yang boleh kita tunggu ialah menanti penyelamata di akhir zaman nanti...
aku suka! and, aku setuju! lebih2 lagi yang menyebabkan PENCEMARAN ALAM tu! haha. ayam tu, aku dah tengok kat youtube. kejam sungguh.
ReplyDeletehahaha... kenapa x mau memberontak dan tunjuk perasaan?
Deletesiapa kata aku tak nak? anyway, kerajaan dah buat pelbagai cara nak selamatkan alam. tapi, kita sendiri yang merosakkan alam tu. macam sia2 je kita hidup untuk memusnahkan alam. kan?
Deleteoh... pencemaran alam membunuh sukan bermotor... huhu...
ReplyDeletesukan bermotor tulahh yang menyebabkan pencemaran alam, pak cik. -.-
ReplyDeleteblog ni bole mnybabkn ahnaf irsyad mnjadi smakin mob...
ReplyDeletehahahahahaha.... syahmi gua tau lu kat situ.
ReplyDelete