Powered By Blogger
Showing posts with label ROCKS. Show all posts
Showing posts with label ROCKS. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Always


Monday, December 24, 2012

Best of 2012: Greatest Songs

   Gua cakap straight. Gua x boleh dengar lagu2 yang dinyanyikan oleh band ROCK yang ditubuhkan pada tahun 1991. Gua pn x tau kenapa. Die punya muzik semacam x ngam dengan gelombang otak gua. X tau pulak a mana tau kalau lepas sejam gua dengar lagu zaman sekarang gua boleh kena kanser. Ceh... mengarut je gua ni. Anyway, disebabkan 2012 dah nak habis, jadi ada baiknya gua listkan lagu2 yang terbaik pernah gua dengar tahun 2012 ni. Maksud gua bukan lagu yang keluar tahun 2012, tapi lagu yang gua kenal pada tahun 2012.


10. HIGH ENOUGH, DAMN YANKEES- Kalau x silap gua, inila die lagu yang palng best pernah gua dengar. Sumpah. Gua memang rekemen habis la kat lu orang. Lagu ni sumpah die punya muzik, vocal die selari. Dinyanyikan dengan penuh semangat. No wonder a kalau nak difikirkan yang Damn Yankees ni kan ROCK supergroup, jadi dorang punya ahli pn kira dah berpengalaman a nak buat lagu. X yah citer lebih, tekan play, dan lu orang senyap mendengar lagu yang giler best ni.


9. IN THESE ARMS, BON JOVI- Gua kenal lagu ni masa gua beli album Bon Jovi yang Live at Madison Square Garden tu. Kalau nak diikutkan gua memang x into sangat lagu ni. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri... Yap. Gua mengaku gua benci dengar lagu jiwang pasal gua takut satu hari nanti gua jadi watak utama dalam lagu jiwang pulak. Yela lagu jiwang selalunya mesti sedih2 kan. Anyway gua rasa lega jugak jadi hero lagu ni pasal x lasedih, instead lagu ni memahami perasaan gua. Apa yang gua rasa sekarang ni...


8. LONELY NIGHTS, SCORPIONS- gua rasa gua lewat setahun. Pasal kalau nak diikut kan lagu ni bersesuaian dengan apa yang gua rasa lepas orang tu x sama sekolah lagi. Rasa lain. Then, itu x penting, gua cuma x suka lirik lagu jiwang, tapi gua suka muzik2 lagu jiwang. Nak buat camne dah Klaus Meine memang pandai buat lagu kan, tu x campur lagi gorengan Rudolf Schenker. Band ni memang gua tabik la sama lu. All hail Scorpions! Dah dekat 50 tahun dah band ni wujud still gua rasa fresh lagi muzik dorang. Lirik pn x yah citer, mencengkan jiwa. Melekat macam gam uhu. 


7. MAN OF SORROW, BRUCE DICKINSON- 1st time gua dengar lagu ni gua ingat Iron Maiden. Ye memang Bruce Dickinson yang nyanyi tapi inilah die antara lagu die yang paling best time die nyanyi secara solo. Gua memang suka lagu2 metal yang camni. Die punya muzik die x pening kepala tapi sedap didengar. Die ada element2 power metal sikit. Tu yang bunyi die lembut. Anyway, setau aku vocal Bruce Dickinson a yang jadi base untuk power metal punya vocal styling. Dan, lagu ni is best to represent! Memang bikin segan la woi kata minat metal tapi x suka lagu ni. 


6. CAN'T LET YOU GO, BLACKMORE'S RAINBOW- Gua... memang tabik la. Speechless gua dengar lagu ni. Selama lagu ni berkumandang selama tu la gua pasang tenlinga besar2, dengar, dan hayati setiap saat lagu ni berkumandang. Perfect. Berkali dengar pn x bosan2 lagu ni. Gua suka alunan muzik classical dalam lagu ni sangat sesuai dengan suara Joe Lynn Turner. Gua rasa Rainbow paling sedap ni la die time zaman Joe Lynn Turner. Gua rasa Blackmore punya gitar memang ngam dengan suara Lynn Turner. Inilah die, lagu yang sesuai didengarkan oleh lelaki sejati yang perempuan die buat tipu die. Serious, lagu ni manly. Inilah die lelaki kalau betul2 sayang memang hebat.


5. COME AGAIN, DAMN YANKEES- Gua kasi tau sama lu orang. Damn Yankees ni memang sedap. Kalau dah nama ROCK supergroup, you got the best of both world. Then bagi gua lagu Come Again ni dorang punya masterpiece. Die punya muzik memang taste gua. Ada bunyi2 cowboy sikit. Then dimulai dengan acoustic gitar yang slow, that vocal die naik je, terus jadi heavy. Cara dorang gabungkan semua aspek tu la yang membuatkan gua sentiasa melekat dengan lagu ni. Kudo!


4. NOBODY'S HERO,BON JOVI- Bagi gua, lagu ni sememangnya mengangkat martabat seorang kawan. Gua tabik sama Bon Jovi sebab walaupun punya lovesick tapi masih menghormati kawan die. Yela, lagu ni bagi aku sememangnya lagu persahabatan yang paling cool. Die punya nada die, sama lirik die. Then here's the fact. Ni lagu aku dengan Annisa. Kalau lu orang nak tau kenapa, silalh dengar lagu yang hebat ni. Yap. Love you Annisa.


3. SHE'S GONE, STEELHEART- Macam yang gua cakap, gua benci lirik lagu jiwang pasal ni la. Gua benci jadi hero lagu jiwang yang lirik die looser. Memang sendiri mau tau a. Ok. Nak dengar lagu ni ada peraturan die. X de suka2 je tekan play. Kalau lu orang nak dengar lagu ni, set time dulu. Kalau boleh, tengah malam, time hujan. Then, lu pergi main hujan, nyanyilah lagu ni dengan penuh perasaan. Nescaya lu orang akan cinta lagu ni sampai lu orang jumpa awek baru. Anyway gua x buat pn camtu. Takat buat dalam bilik je...


 2. YOU ARE MY BESTFRIEND, QUEEN- X yah citer. Kalau dah nama Queen, then Freddy Mercury yang nyanyi, mesti best. Gua x tipu. Bila gua dengar lagu ni, gua akan teringat komrad2 gua. Gua akan rasa macam oh... besar jasa kawan kat kita ni ya. Then, lagu ni Brian May(yeke? sukahati gua je) tulis untuk bini die. hah! See! Im your comrade, your big bro, and balak(will?) Annisa. Here is another song for you. Very2 cool song. Just listen. 


1. THE PRICE, TWISTED SISTER- Gua dah banyak kali feature lagu ni. Jadi gua malas nak citer. Anyway, enjoy!

*Lagu2 yang gua list ni sume x ikut kedudukan mana paling best. Memang suka2 hati gua je nak letak kat nombor berapa lagu tu. 
  

Sunday, September 30, 2012

Your Innocent Love

You came to my life,
Giving me your innocent love,
That blind me away,
That take away my philosophy.

Your innocent love,
Rescued me away from the edge,
Rocking away all the misery,
I thank you, maiden, for loving me.

You're taken I don't realized,
Your innocent love blind my eyes,
To love you become a sin,
Is that why you pretend to stay away from me?

As wise as I am should I knew,
To not ever love someone,
As I knew what will happen,
So that's what my philosophy is all about right?

For the sake of your happiness,
Should be concluded with a decision,
Though ever I still need you,
Should I leave you girl?

I've broke my promise,
I shouldn't ever come close to any girl,
I just made a big mistake,
As I'm just loving you...

Monday, August 20, 2012

Most Inspiring Song

Perkara ketiga yang mempengaruhi hidup aku, MUSIC. Seriously aku x kan dengar music2 biasa yang budak2 sekarang dengar. Serious, lagu yang keluar tahun 2012 cuma dua je aku kenal, Boyfriend- Justin Bieber dengan Lagu One Direction entah apa tajuknya. Itupun aku tau pasal banyak sangat publisiti. pfft. Kalau John Mellencamp dengar mesti panas giler. Ok cakap banyak pn x guna jugak. Anyway, kita dengar lagu dulu. Dan kali ni x perlukan 10 list lagi, cuma 5 lagu untuk mengubah hidup aku:

5. Comfortably Numb- Pink Floyd


Comment: Sebabkan aku dah pernah list kan lagu ni dalam list 10 Best Song #1 dulu. So rasanya korang cuma perlu tengok je la komen aku pasal lagu ni dulu.

4. Smell Like a Teen Spirit- Nirvana


Comment: Hahahahahaha!!! YAARRRGGHH!! Selain lagu psychedelic lagu2 grunge pn banyak mempengaruhi aku. sama cam lagu psychedelic, lagu ni pn dadah jugak. Bila dengar lagu ni(kali pertama x paham pasal Kurt Cobain mumbling2) serious semangat aku yang patah kembali. Feeling Rebel merasuk jiwa hingga ke saraf tunjang aku. Aku rasa cam aku sedar diri kenapa aku bodoh sangat dikawal oleh orang2 tua. hahahahah... bukak lagu ni kuat2 dan bagi aku sledgehammer, nescaya ada dinding yang pecah! 

3. I Want It All- Queen


Comment: Sama cam lagu Comfortably Numb, sila rujuk ni.

2. Nothing Else Matter- MetallicA


Comment: Antara album terbaik MetallicA, Black album lagu die sume gempak2 kecuali ada satu lagu yang agak controversial a. Anyway dalam Black album inilah lagu yang aku suka. Lagu ni pn bagi Feeling Rebel jugak cam lagu Nirvana beza musical style je. Dan lagu ni x de la pening2 sangat. Ballad to its core. Trust me, lagu ni memang cool. ''So close, no matter how far...'' Bak kata James Hetfield dalam lagu ni time die tengah rindu gelpren die hahahaha... nais song.

1. Eye of the Tiger- Survivor


Comment: Sapa yang hidup tahun 80's, dan x kenal lagu ni baik terjun laut Bering time bulan 12. Dude, lagu ni la lagu paling inspired aku dengar. Lagu ni bagi aku semangat time aku tengah kalah. Lagu ni diintroduced masa citer Rocky III keluar dulu. Tu pasal la citer Rocky terus naik. Terima kasih kepada Survivor. Dan lagu ni jugak la penyebab Survivor survive sampai sekarang haha. Dan lirik nye berkenaan dengan semangat kesukanan yang x mau kalah ibarat harimau menanti mangsa nya tanpa berlengah-lengah. Anyway, inilah lagu yang korang patut dengar kalau nak bakar semangat daripada dengar lagu Justin Bieber Never say Never die tu. pfft.

Best Ballads

Agak2 lama jugak aku x buat countdown list ni. Hm... bese a sibuk dengan hal2 lain sampai x sempat nak pikir lagu mana yang paling hebat. Tema untuk list kali ini ialah lagu Ballad, which is more civilized daripada lagu2 aku yang biasa. Jang an risau kali ni semua lagu dalam list sangat bersih. Anyway peduli a lirik, pasal aku dengar music je haha.

10. Stairway to Heaven- Led Zeppelin

Comment: Secara jujurnya, kali pertama aku dengar lagu ni sangat random. Aku saja a google; greatest guitar solo. Then keluar pulak Guitar World punya list 100 Greatest Guitar Solo. Random cari lagu. Jumpa banyak lagu best. Then no. 1 punya list, lagu ni. Aku pn dengar a, suaro Robert Plant kau x yah citer a. Epik. Boleh menangis bye dengar die punya suara. Tu aku belum citer lagi Jimmy Page goreng guitar Gibson Double Neck die. Fuh... x salah untuk kata yang solo paling hebat ada dalam lagu ni.

9. Wasted Sunset- Deep Purple

Comment: Dulu time radio ada kat bilik aku lagi, tiap malam aku layan Arena ROCK Keras. X yah citer a x de orang bising pn pasal kat atas aku sorang je yang lepak kan. hahahaha... then tetibe aku tengah headbanging keluar pulak lagu ni. Suasana terus lain. Secara otomatis nya atmosfera terus berubah dari ribut ke angin sepoi2 bahasa Inggeris Tua. Suara Ian Gillan a paling x leh blah. Penuh emosi bila die nyanyi, walaupun dalam lagu Soldier of Fortune suara die lagi merdu a. Then dorang punya style music. Ah peduli a kalau ada serbanistas kata aku dengar lagu gereja bukan nya ada sunnah Jesus pn kata kena main organ kalau nak sembahyang. Anyway, lagu ni lagi hebat dpd lagu2 zaman sekarang.

8. Home Sweet Home- Motley Crue

Comment: Aku hipster. Tanpa aku sedari sebelum aku kenal perkataan tu. Dan raya jugak, semua orang balik kampung dengar lagu Balik Kampung- Sudirman, aku pulak dengar lagu Home Sweet Home- Motley Crue. Hahahaha... anyway, lagu ni sangat cool, bila kau dengar lagu ni semacam ada feeling yang membuatkan aku rindu tempat aku membesar...

7. November Rain- Guns 'n' Roses

Comment: X kisah a kalau video clip lagu ni wat shooting kat gereja kan. Anyway sama je pun dengan band2 nasyid wat video clip kat masjid. Beza dorang bercinta daripada berdakwah. So x de maknanya kau nak kutuk2. Opss... keluar tajuk pulak. Aku suka lagu ni digubah dengan menggabungkan unsur2 classical dengan ballad. Jadi there's no such thing as genius prefer classical rebellion person prefer ROCK music. Sebab bila dua2 diadun bersama x de rasa kuih salahbikin. Best of all, dengar a lagu ni sampai habis, pasal composition lagu ni x sama dengan lagu Justin Bieber.

6. I Still Love You- KISS

Comment: Kali pertama dengar, eh, x pernah aku dengar KISS nyanyi camni, selalu lagu2 berbunyi parti. Then bila dorang nyanyi lagu yang layan perasaan camni oh... sangat cool. X sangka Paul Stanley suara die boleh nyanyi lagu ni. Aku cuma terfikir, eh, Gene Simmons yang parti tu pn boleh layan lagu ni. hahahaha... walaupun aku pn dengar lagu ni. Biasa a sifat manusia.

5. She's Gone- Steelheart(...no relation with Metalheart)

Comment: Time mendung, gelap, hujan lebat, dan baru je kena reject sesuai la dengar lagu ni. Pastu berkurung dalam bilik duduk kat sudut cam orang kalah judi. Then nyanyi lagu ni kuat2 sepenuh jiwa. Nescaya tenanglah anda. Hahaha. aku selalu bayangkan, bila aku kena dump, then aku kat konsert nyanyi lagu ni sambil orang yang dump tu dengar lagu ni. hahahaha.. imaginasi sebentar.

4. Dry County- Bon Jovi

Comment: Sama dengan lagu Civil War dari segi tema dan sama dengan lagu November Rain dari segi composition. Dari slow moving ke solo guitar yang hebat. Lagu ni proved yang Bon Jovi bukan sekadar bunch of romeo who always broken heart. Dan jugak testament terhadap kehebatan Richie Sambora menggoreng guitar. Trust me, lagu ni memang hebat. Dan juga tema kemanusiaan sentiasa jadi bukti yang aku guna untuk menolak apa orang kata lagu ROCK ni sume buat pening kepala dan Satanic.

3. Sweet Child o' Mine- GnR

Comment: The most memorable opening ever! Bagi aku ni la opening yang paling cool die punya riff. Slash asalnya main suka hati je sweep picking. Then dorang kata cool, jadi a lagu ni. Dan x perlu cakap banyak, perkataan x mampu untuk describe lagu ni.

2. Nothing Else Matter- MetallicA

Comment: Lagu ni, really inspired me. Dengan music yang ringkas, lagu ni do more. Dan lagu ni sangat lah hebat bila kau dengar sampai habis. Lagi2 time solo guitar die. Walaupun suara James Hetfield x sedap bila live, tapi hey, audience ramai2 nyanyi terus jadi merdu bye. Masuk youtube, tengok la bape juta orang tengok. Sayang, orang zaman sekarang x reti menghargai music. Akhirnya Justin Bieber jugak dorang dengar... walaupun malaon tu minat MetallicA.

1. Wind of Change- Scorpion

Comment: Dan inilah die, list no 1. Wind of Change, Scorpion. Lagu ni x memeningkan kepala, dan gerenti lagi best dpd lagu Justin Bieber. Opening dimulai dengan Klaus Meine panggil setan(bersiul la...), dan diiringi dengan petikan merdu Rudolf Schenker punya guitar. Dan lyric die paling seronok. Citer pasal post kejatuhan Soviet Union. Then lyric die sangat2 lah mementingkan keamanan. Memang x syak, lagu ni ballada no 1 aku.

Tuesday, July 17, 2012

10 Best Song #1

   Aku baru 17 tahun. Sekolah pun tak habis lagi. Apalagi hormon pun belum stabil. Ironi nya bila it comes to music aku sangat well, matured(pui!). Ceh. Anyway sebab bila aku nyanyi lagu aku then bila member aku dengar, reaksi die mesti ''kau ni member kolej bapak aku ke? bapak aku je yang layan lagu2 camni.'' Ah bedal a. Asal music best aku layan a. Anyway here's my list of best song ever, for this time, fot me:

10. Aces High- Iron Maiden

   
   Hah! Siapa tak kenal Iron Maiden! Dah berzaman dah dorang main metal. sejak '75 lagi. Dan bila singles Aces High keluar tahun '84(ye kan?), nama Iron Maiden yang dah sememangnya top bertambah top lagi. Lagu ni aku suka pasal biasa a, bila topik pasal WW2 mesti hot, lagi2 bila citer pasal air-to-air combat. And this song tells it dengan begit hebat sekali, dengan bass dorang yang harmoni dengan segala instrumen membuatkan lagu ni so harmony, plus the solo is awesome!

9. Rocking In the Free World- Neil Young


   Seterusnya ialah genre fevret aku! Secara jujurnya aku memang suka sesuatu yang Americana(walaupun Neil Young orang Canada). Sebut je, kereta, motor anything. Anyway aku memang suka gila dengan lagu2 Heartland ROCK ni, tapi takat suka sesetengah je la, dan camna lagu ni boleh masuk dalam list aku? Sebab lirik die. Fuh. Memang humanity. Neil Young punya vocal sesuai dengan mesej yang die nak sampaikan. Dan die punya muzik die sangat cool!

8. The Price- Twisted Sister


   80's, zaman Glam Metal rules. Dan aku juga tak terlapas untuk minat kat band2 glam ni. Salah satunya ialah Twisted Sister. ROCKer dari Long Island ni lagu dorang sume cam biasa a lagu glam, semuanya partying. Dan dari semua batu ada satu permata yakni nya lagu The Price. Lagu ni die punya music dah a cool gile, dengan rentak yang rilek dan x bape nak pening sangat, ditambah lagi dengan inspiring lyric. Anyway the way he tunjukkan persoalan die sangat jelas, dan tepat ke hati pendengar. If only Justin Bieber could do this...

7. Civil War- Guns 'N' Roses
   GnR mungkin popular giler(walaupun lagu lain cam November Rain pn popular) dengan lagu Sweet Child o' Mine. Sapa x boleh lupa kan die punye intro yang cool tu kan? haha. Anyway bila citer pasal GnR aku x layan sangat Sweet Child o' Mine lepas aku layan lagu Civil War. Dengan intro citer pasal kekalahan Britian, kepada chorus yang mengutuk golongan pemerintah yang corrupt, lagu ni membawakan kita kepada zaman di mana semua ROCKer serta anak muda(Grunge) bangkit menentang kerajaan! thumbs up to them!

6. Living on a Prayer- Bon Jovi
   Bagi budak sekolah yang layan Justin Bieber ke Korea Selatan punya pop ke ataupun One Direction mungkin kenal Bon Jovi dengan lagu It's My Life yang keluar tahun '99 dulu. Tapi bagi budak sekolah yang hipster cam aku yang layan lagu pakcik kenal band ni melalui lagu Living on a Prayer. Tanyalah pakcik makcik kau yang remajanya tahun 80's dan suka pakai skinny, lagu ni mesti dorang kenal. Aku suka lagu ni pasal nak kata jiwang, memang jiwang tapi dalam bentuk yang lain. Lirik die x menggunakan diri penyanyi die untuk citer pasal cinta tapi buat cerita yang epik pasal keperitan hidup Tommy dengan Gina. Citer ok cuma lirik die tu aku bagi 3 bintang je a. OOOOO'OOOOO! LIVING ON A PRAYER! 

5. God Gave ROCK'n'ROLL To You II- KISS
   Aku peduli apa kalau kau nak kutu Gene Simmons tu Jews ke setan ke apa ke yang penting die main muzik lagi hebat dpd Justin Bieber. Ya. Inilah beza pemuzik zaman dulu2 dengan Justin Bieber dan yang segenerasi dengannya. Aku amek contoh Glam ROCK a. Every band is one of a kind, and KISS really proof it! Dorang punya penampilan atas stage memang original. Dan dorang berani pakai pakaian yang bodo2 atas stage depan 30k orang terlompat-lompat cam monyet, bak kata serbanistas. Maybe dorang a bit di luar tabii di mata serbanistas tapi hey, seni itu represent sifat manusia kan? Ok la anyway lagu ni memang inspired! Aku suka lyric die yang citer pasal orang yang susah dan x de keje tapi pandai main gitar. Ya! Dan menjadi ROCKSTAR is the best option you got when you have no sertifikasi! Thumbs up to KISS sebab popularkan balik lagu ni!

4. Can't Let You Go- Blackmore's R-A-I-N-B-O-W
   Aku suka Ritchie Blackmore punya stail. Dan sebabnya ialah pada zamannya(dan sekarang era Justin Bieber) ialah die punya muzik unik. X ramai pn gitaris yang boleh menggabungkan music classical dengan metal ni. Kalau Yngwie Malmsteen mungkin heavy sikit tapi Blackmore punya lagi catchy dan civilized sikit. Salah satu nya lagu ni, Can't Let You Go, keluar ada dalam 29 tahun lepas, 11 tahun lagi tua dpd Justin Bieber. Then lagu ni dimulakan dengan keyboard solo(memandai je aku ni) yang bunyi ala-ala lagu gereja bak kata serbanistas. Peduli a x pernah pn ada aku dengar ada sunnah Jesus kata nak sembahyang kena main organ. Then disambung dengan riff yang typically 80's sekali dengan vocal mantap(lupa penyanyi die pasal Rainbow suka tukar2 orang) penyanyi die yang bunyi sangat ROCK dan cool, bagi budak sekolah yang pelik cam aku ni. X lupa lyric diie walaupun simple tetap seronok untuk dengar serta mempunyai 'jiwa'.

3. I Want It All- Queen
   Kalau band dari British sememangnya hebat. Kalau nak list kat sini... hm... sebut je, Black Sabbath, Led Zep, Judas Priest, Elton John, Beatles, The Kinks, The Rolling Stone and the list goes on and on, x lepas Queen. Ya! Dan x lepas juga cerita yang penuh controversial Farokh Bulsara kena AIDS. Lagu ni keluar tahun '89, kiranya tahun tu AIDS die dah teruk a. Dan lagu ni sangat menyatakan yang die x mau mati. haha. Anyway lagu ni sangat bertepatan dengan keadaan aku skang ni, ya, x sampai setahun aku akan tinggalkan sekolah. Lyric yang inspired, ditambah dengan alunan melodi yang sungguh... ah kau dengar je la. Feeling die cuma tuhan je yang tahu. haha. X lupa, aku suka solo gitar die. Like no other...

2. Comfortably Numb- Pink Floyd
   Heh, alang2 singgah tahun 80's, apakata kita reverse a decade back. 70's merupakan zaman di mana band British mencapai kegemilangan die. Dan ini lah decade di mana ia menjadi pengasas kepada macam2 muzik yang sakai2 yang wujud di zaman Justin Bieber dan K-Pop ni. Pink Floyd ni bolehla dikatakan antara greatest band ever exist in radio. Dan jika korang ni pn seorang yang suka dengar lagu2 legend ini la lagu yang sesuai. haha. Bila aku frust gila ke tengah at the rock bottom ini lah awek kedua aku. Die punya lyric more like friend in need. Dengar je lagu ni rasa nya cam ada orang tanya masalah aku, dan bila aku jawab die balas dengan solo gitar yang tersangat hebat. Aku rasa x de yang setara dengan solo gitar lagu ni, mungkin orang kata Stairway to Heaven paling hebat, tapi tu orang kata, bukan aku kata. Aku berani bet, kalau korang x layan Justin Bieber, ini lah lagu yang akan x membuatkan korang cari lagu lain!

   Sekarang kita ada 9 lagu hebat yang jauh lagi hebat dari K-Pop dan Justin Bieber serta mana2 modern rockers. Dan memang taste aku untuk cuma layan lagu ROCK, yang band die ditubuh kan sebelum tahun '90. Bagi aku lepas tahun '95, muzik ROCK boleh kata fully reformat jadi whole new wave of ROCK music. puii. Aku terus allergic dengar lagu zaman skang. Then apa yang pertama? well, read on.

1. Meniti Titian Usang- Search
   Cinta Buatan Malaysia! heh! Itu lah yang boleh aku komen untuk list ni. kalau semua kat atas tu lagu mat saleh, nah sekarang aku bagi lagu melayu no. 1. Bukan senang aku nak bagi Melayu ni rank yang tinggi2(not sebab aku Jawa). Dan lagu ni ialah bukti yang lagu Melayu yang hebat semuanya wujud, cuma Meleis memang suka lagu2 yang jiwang, jadi lagu2 cam Dajal, 1511- BPR, Derita Bangsa- May, Dilema Orang Kita- Kris and so on tu macam x pernah wujud dalam sejarah musik Melayu. Dan sebagai hipster cuma(member budak sekolah aku ramai x tau lagu ni) aku je yang tau lagu ni haha. If you want to describe me, this song is it. Lagu ni citer pasal penderitaan yang dialami oleh seorang malaon dan yang paling aku suka, die x mintak awek die tolong, tapi kawan die. Ya.... Itulah nilai sebenar kenapa lagu ni dapat no satu! X lupa selain lyric lagu ni ada music yang bagus untuk backup. Cakap pasal solo gitar, solo yang kedua is one of the best! haha, yang semestinya orang akan cakap; wah, dengar pulak kau lagu2 Melayu ni eah. 

Dah ngantuk? ok chow.