Wednesday, February 20, 2013

Di Medan Perang Ini...

  Kawad! Kawad! Kawad!
Majulah engkau!
Jangan engkau hilang disiplin itu,
Nescaya gelaplah wawasan engkau!
Jangan engkau diam bila diarah!

Kawad! Kawad! Kawad!
Jangan engkau hilang tumpuan,
Kerna ini bukan syurga hatta dunia!
Hilangnya ia tumbanglah engkau,
Hanyut dibawa arus kesengsaraan!

Janganlah engkau melirik pandanganmu kebelakang,
Bukanlah kebahagiaan berada di belakang,
Ikutlah kata si Tua die hentian bas,
Ambillah peluang jika ia di depan mata!
Bukanlah mundur suatu pilihan!

Angkat maruahmu, hunuskan egomu!
Ingatlah engkau, ini dunia, bukan syurga!
Bukan kebahagiaan yang wujud, hanya kesengsaraan,
Jangan engkau pandang yang lain,
Nescaya diri jatuh sengsara!

Berjuanglah engkau!
Demi niat murni,
Utamakan dirimu, biarkan yang lain,
Sehingga engkau menemui kebahagiaan itu!
Majulah engkau!

Dunia ini bukanlah taman syurga,
Sedarlah engkau, dunia ini sebuah medan perang!
Berjuanglah engkau, demi kebebasan ini!
Tuntutlah ia kebahagiaan, 
Walau kejam manapun medan perang ini!

Tuesday, February 19, 2013

Dilema Proletriat

  Di medan ini, tiada apa ku lihat,
Tiada senyuman, jauh sekali kebahagiaan, 
Maka bintang ia pun tidaklah sejauhnya,
Hanya sekumpulan manusia,
Yang menghabiskan hidupnya untuk bekerja,

Bekerja! Bekerja! Bekerja!
Tiada selain itu dapat diungkapkan,
Adapun inilah dia manusia ini,
Hanya bekerja untuk menyara hidup,
Ditemani mesin pengeluaran,
Demi menjana pembuatan.

Demi apakah mereka bekerja?
Demi apakah segala pengeluaran ini?
Demi apakah segala ekonomi ini?
Maka ianya jawapan si Tuan Punya,
Adapun segala nasib,
Dialah yang mengawal segalanya.

Demi apakah si Tuan Punya mengawal ekonomi?
Demi apakah si proletriat ini bekerja?
Tiada selain ia: duit,
Hanya sementara ia membawa kebahagiaan,
Adapun ia dicintai si Tuan Punya,
Kerna duit, menjana kebahagiaan, walau sementara.

Hatta, tiada mampu si Tuan Punya,
Untuk mengerah tenaga menjana duit dengan,
Empat keratnya tiada cukup untuk nafsunya,
Maka datanglah ia sekumpulan manusia,
Bekerja untuk si Tuan Punya,
Maka jadilah mereka: Proletriat.

Mereka, sekumpulan Proletriat,
Tiadalah selain hidup mereka, hanya bekerja,
Tiada layanan bagi mereka,
Hanya arahan menjadi bualan!
Tiadalah mereka kebebasan, hanya diperhambakan!

Bekerja! Bekerja! Bekerja!
Tiada mengira masa,
Malam siang petang pagi,
Bukan lagi ia rutin,
Adapun inilah hidup mereka: Bekerja.

Demi cinta si Tuan Punya terhadap duit,
Ditindaslah mereka proletriat,
Digunakanlah si Tuan Punya kuasa kuantiti,
10 menjadi 100, 100 menjadi 1000,
Dimana falsafah kapitalism berkuasa.

Tiadalah ia untuk kepada Proletriat,
Dedikasi hidup mereka terhadap bekerja,
Demi pengeluaran untuk ekonomi,
Hanya kepada si Tuan Punya hak itu dipunyai,
Akan pulangan demikian.

Tiada tertahan akan tindasan ini,
Bangkitlah ia Proletriat nan beribu,
Menuntut hak menentang si Tuan Punya,
Tiada mengira bangsa agama dan umur,
Bersatulah mereka si proletriat.

Satu demi satu, tumbanglah tuan-tuan itu,
Jatuh air muka dek kebangkitan Proletriat,
Dimana prinsip kapitalism menjadi pembunuh ia sendiri,
Beribu Proletriat bekerja demi mereka,
Beribu jugala Proletriat menentang mereka.

Diangkatlah ia maruah Proletriat,
Menuntut hak mereka sebagai manusia,
Bukanlah mereka keldai untuk dieksploitasikan,
Walaupun hamba ada masa untuk bersama dengan keluarga,
Bangkitlah mereka memberontak terhadap si Tuan Punya.

Tukul diangkat tajak dihunus,
Satu demi satu gugur si Tuan Punya,
Hatta tiadalah mereka terlawan dek kuantiti Proletriat,
Kini mereka bukan untuk mengaut keuntungan,
Tetapi untuk membahagikan keuntungan.

Kebangkitan ini, bukan sekadar kebangkitan,
Tumbangnya si Tuan Punya, bukanlah rugi,
Dilihat keganasan di balik kanan, membawa kebahagiaan di balik kiri,
Demi kebebasan Proletriat dibahagilah ia untuk dikongsi bersama,
Ayuh Proletriat, Bersatu!!

Saturday, February 16, 2013

Poket Loaded

   Entah secara jujurnya aku pn x tau nak letak tajuk apa untuk post ni pasal takut x sesuai dengan isi, ataupun kena bash. Ah bedal je a. Yang penting aku dah cukupkan syarat. Kalau post cam haram jadah sama lagi x bagus kan? At least isi bagus, orang still pleased lagi. Tapi tajuk, x kira bagus mana pn, isi kalau dah cam taik tetap taik jugak tajuk tu. Dipendekkan citernya tajuk ni mengajar kita untuk jangan nilai buku dpd cover die je. Eh  eh. Pahal aku ni? Nak tulis pasal tajuk ke apa ni? 

   Ok sedikit selingan. Anyway, ini pengalaman aku. Sejak aku berkawan dengan some of brat I know makes me feels somekind... hm. Later in this post aku cakap. Then, poket loaded= orang kaya. Tapi aku bukan nak citer pasal Bill Gates maupun Najib Razak sebab memang sume orang dah tau dorang kaya. Tapi citer sekarang ni, korang tau ke anak dorang? Haha. Then, anak orang kaya. Sejak aku pindah Kajang ni la kan, punya ramai aku kenal anak orang kaya. X yah tengok rekod dah tau. Kalau dah pakai baju Polo yang bukan macha selalu pakai tu, sah. 

   Sebenarnya aku x de masalah dengan orang kaya ni. Biarlah dorang nak pakai apa, beli apa, makan apa pasal itu duit dorang. X salah jadi kaya. Sebab kaya memang digalakkan dalam Islam anyway. Fakir boleh lead to something yang tak elok, same goes if terlalu kaya jugak anyway. Lagipun kalau kau bandingkan dengan orang miskin dengan kaya, bukankah yang kaya lagi nampak elok dan kemas kan? Islam menggalakkan penganutnya supaya kemas dan cantik, untuk menjaga maruah. Yang penting, ada hadnya. Jadi memang aku 100/100 x de masalah dengan orang kaya. Aku cuma ada masalah dengan anak orang kaya yang giler babi perangai die. 

   Sometimes, aku dah banyak jugak jumpa orang kaya tapi low profile. Member mak aku, ada 3 kedai sendiri, die pulak, manager Starbucks yang kat Metropoint Kajang tu. Tapi henpon, Nokia x de kaler 1110 pebendentah. Lupa. Yang pentingnya cuma boleh buat call dengan sms je. Paling2 pn main game ular. Baju? Hantar jahit kat mak aku x de a sutera bagai. Then ada jugak orang kaya yang memang menunjukkan kekayaan die tapi die x riak. Maksudnya barang die mahal la. Tapi perangai setill ok. Anehnya orang yang sederhana pulak selalu bajet2. Ironi sungguh. Ok itu antara jenis2 orang kaya.

   Nasi x semestinya tumpah kat kuah. Eh terbalik. Same goes anak semesti ikut perangai bapak. Ayah aku alim dengan ilmu agama. Tapi aku alim dengan ilmu ROCK bagai. Then, kadang2 anak orang kaya perangai boleh tahan bangsat. Bukan a, mungkin budaya dorang camtu, budaya rakyat average lain. Kalau kita main basikal jipang, dorang main BMX. Jadi untuk sesetengah anak orang average mungkin kata anak orang kaya berlagak pasal dorang jeles x de BMX ori.

   Then, budaya anak orang kaya ni selalunya berorintasikan duit. Selalunya hobi a. Then kadang2 aku aneh jugak. Dorang ni apa nilai duit bagi dorang? Hari ada a. Gaji pertama aku. Sikit je. X banyak pn. Then cam biasa a. Aku x tau nak buat apa dengan duit tu(mesti a aku ada simpan sikit). Member kaya aku dengar je, katanya:

''kau ni, dah ada gaji, ada duit, buat cara orang dah de duit. x tau nak buat apa pergi a berseronok.''

   Hm... then, aku masih lagi x biasa guna duit banyak2 ni. Kecuali kalau untuk keperluan. Dari situ kau boleh nampak yang duit ni bende biasa bagi dorang. Then ada lagi. Anak orang kaya ni kadang2 suka sangat ikut mainstream. Satu lagi, dorang macam menyamakan taraf orang biasa dengan taraf dorang. Contohnya:

''aku tengok kau dah lama sangat guna henpon ni, guna a henpon baru2 sikit''

''aku tengok kat rumah kau guna tv kotak, guna a tv plasma''

   Contohnya. Hm... Budak2 ni macam x tau pulak betapa peritnya nak cari duit. Duit tepi jalan, tapi camne kau nak amek, itu citer die. Dari sini korang boleh nampak yang dorang boleh mintak bende ni dari bapak dorang. Bila dah keje ni semacam aku dapat hidayah, yang duit ni bukan senang2 nak cari. Then kadang2 dorang buat cam duit ni senang2 sangat nak dapat. Cuba kalau dorang kat tempat orang yang x de duit. Cuba untuk paham kenapa dorang x buat itu, dorang x buat ini. Simple kan? 

   Anyway, biasa a. Ini bukan syurga. Ini dunia. Selagi diperintah manusia, selagi tu ada masalah. Tapi, itulah die yang seronoknya hidup kat dunia ni. rasanya aku pn dah x de mende sangat nak cakap. Until then, chow.

Friday, February 15, 2013

Banning Terhadap Budaya Urban

   Semalam February 14, biasa a. Valentine's day. X kisah kalau korang rayakan ke x. Tapi yang penting, kalau korang duduk kat Malaysia, reaksinya berbaur. Ada yang yang gembira dengan kekasih dorang, ada yang protes sebab bertentangan dengan agama, ada jugak yang x amek port. Tapi citer sekarang, ada bende terlintas kat fikiran aku. Yang pastinya, mesti berkaitan dengan yang protes sebab agama. Ya. Golongan serbanistas.

   Aku mula malas nak amek port pasal ni. Pasal dah bosan. Tiap tahun bende sama je. Ok sebelum aku mula citer, aku bagi situasi dulu. Valentine's day, hari dimana kita menyambut kekasih kita. Kalau ikut mindset Meleis dengan serbanistas yang berkitabkan Mastika dan Alter Rahsia Melayu pekebendentah akan cakap, sejarah Vale's day bermula lepas paderi Valentino disalib untuk menyokong tentera kristian menghalau orang islam dari Sepanyol masa zaman Ratu Isabella dulu. Anehnya x pernah wujud pn Valentine masa zaman Ratu Isabella. Then, menyebabkan maksiat(dah kau bercinta tolak agama, tu masalah kau).

   Tapi, aku mula angin bila hari ni, khutbah jumaat kata, cam biasa a:

''Jika melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu kaum, maka jadilah ia kaum itu''

   Hadis nabi yang aku yakini kesahihannya. Then, korang kena kaji sejarah Vale's day ikut dorang punya pandangan(barat la!). Korang kaji la macamana, x wujud pn sejarah macamana yang dikatakan Mastika atau yang aku tulis kat atas tu. 

''Woi! Ko tau x?! Freemason dengan Iluminati sengaja sembunyikan rahsia tu!''

''Fakta sebenar dah diselewengkan der. Sebab tu la citer die camni''

   Ayat meleis dengan serbanistas. Kolot sungguh! Cuba korang pikir sikit. Kalau dorang yan tulis, dorang mesti nak menangkan dorang. Dan kalau nak menangkan dorang, mesti a dorang akan cerita dengan jujur mengenai kemenangan dorang mengalahkan Islam kat Sepanyol. Tapi kalau dah x wujud dalam dokumen dorang, maknanya x wujud a sejarah tu anyway. Jadi Mastika sengaja menyelewengkan kepala otak korang sebenarnya.

   Then, hadis tu selalunya digunakan untuk ban aktiviti yang selalu diasosiasikan dengan budaya kuning. Contohnya, tahun baru. Dengan recently, Vale's day. Then bila cakap camtu, aku ada suara hati. Eh, habis tu maknanya kalau kita kahwin dengan penuh adat macam bersanding bagai, kita murtad a? Pasal bersanding kan budaya dari agama Hindu? Ok. Sekarang kau nampak gambarannya. Valentine's day, haroom. Alasannya, menyerupai budaya kristian. Dan sejarahnya diselewengkan oleh Mastika. Yang sebenar camni anyway

   Tapi x de pulak fatwa kata bersanding tu haram. Walaupun die dari agama Hindu. Oh lupa. Kalau budaya Melayu mesti otomatiknya Islamik kan? hahahaha... lupa pulak. Then, ini menunjukkan yang Melayu ni racist. Asal kristian-yahudi, haroom. Padahal korang main tweet tu pn, sapa yang buat tweet? fesbuk? Yahudi yang korang laknat sangat. Korang laknat die pn die lagi pandai dpd kau. Cuba pikir camni. Yahudi laknat, bak kata korang. Korang x rasa malu ke, orang yang dilaknati berjaya mengawal jadual kau, pemikiran bangsa yang terpilih macam Melayu ni huh? Korang x de ke cita2 nak jadi lagi hebat dpd Albert Einstein? Kata Yahudi taraf rendah. Then IQ kita masih lagi lagi rendah dpd orang Israel-Yahudi ni.

   Akhirnya, hadis ni disalahguna. Kalau nak guna hadis tu untuk ban budaya2 tu sume, kenapa x ban kebanyakan budaya Melayu? Bukankah Melayu banyak adapt budaya Hindu. Kalau itu korang x tau memang korang lupa daratan a. Anyway, dah memang ini perangai kita. Yang pastinya, aku x tau sampai bila Melayu akan berfikiran kolot camni. Hm... aku pn dah malas nak tulis ni. Anyway, chow. 

oh lupa nak bagi salam.

Shalomalaichem.

jawab alaichemshalom.

Thursday, February 14, 2013

February 14th: Not My Another Day...

   Tiap kali February 14th, aku kinda terasa. Alasannya sebab setiap tahun, February 14th semestinya tarikh keramat bagi aku. Mungkin untuk romance kapel yang x bape amek port pasal ceramah2 tu akan sambut Valentine's day. Then, bagi aku, berbanding percintaan, February 14th more like a story of a friendship, bagi aku. Kenapa?

   Simple. Ini kena trace back masa zaman aku sekolah dulu. Masa tu fom 4. Then biasa a. Kalau fom 4, itulah musimnya dimana budak2 Jasmin yang bagus2 pupus. Semua masuk emaresem a, SBP, Teknik. Aku x ketinggalan. Aku ada dapat tawaran g Teknik Sepang. Tapi aku decline. Alasan? Dina punya pasal. Penangan cinta. Anyway. Lepas 2011, geng aku baik2 ada 6 orang, jadi 3 orang. Obes, pindah Sarawak. Daniel, pindah Teknik KL. Dan... antara dorang semua, aku paling kamcing dengan Azam. 

   Dorang selalu kata, kat mana ada aku, kat situ Azam ada. Kira jiwa dah sebati a. Jiwa lain, tapi ada chemistry. Semacam sulphur-cross link. Pagi2 kitorang lepak port sama2. Rehat bertugas pn mesti tolong each other. Balik lepak mapley sama2. Tiap hari. Kalau x x sah. Mesti kena. Then satu hari, die dapat surat. Tawaran pergi Teknik kat Selangor bahagian ceruk atas sana aku x ingat mana. Ok. pfft. X guna. Sunyi. Tapi die mintak tukar Teknik Seremban. 

   February 14, 2011- Aku, Obes, Zaeiz, Azam. Lepak D'selera. Minum2 untuk kali terakhir, memberi penghormatan kat Azam. Sebagai kawan kitorang. Kawan baik aku. Hari last jugak, die pakai baju biru, sebagai pengawas kat sekolah Jasmin. Aku ingat lagi, die pakai songkok time tu. Dengan seluar hitam. Pagi2 aku dah menganjing die. 

''Ni 14 hb x de pape ke nak buat pape? paling kurang pn surat je a bro hahahahah...''

   Yap. Lepas die pindah je aku terus sunyi. Member2 lain x de sama dengan die. Semacam kalau lepak dengan Azam cool je. Yap. Satu2nya lelaki yang aku anggap sebagai, x lain x bukan. Kawan baik.

*salute!

   Oh ya. citer x habis lagi.

   Then. To my dear. O'Thou thee I loved! Annisa Shazleen. Happy birthday, may Allah bless thou. Seriously, kali pertama die cakap besday die February 14, aku perasaan aku berbaur. Menganjing, pasal ingat main2 hari sama dengan Vale's Day. Terasa, sebab tarikh yang aku celebrate masa zaman sekolah sebagai hari turning point dalam persahabatan aku. Yap, Annisa. May aku ulang lagi? Ya. Aku sayangkan kau, dan, selamat hari jadi. Sayang.

   Sebagai satu2nya perampuan yang aku betul2 sayang. Sebagai kekasih. Kawan. Adik. Sebagai seorang perempuan, Annisa memang bermakna bagi aku. Aku x pernah ada perempuan yang tengok aku macamana die tengok aku. Sebab selama ni perempuan x pernah recognize aku punya personality, yela, aku ni dingin, kejam. The reason aku x bape nak kamcing sangat dengan perempuan. Tapi Annisa... die tengok aku dari dalam. Die terima aku sebagai lelaki yang bukan macam orang lain anggap. Thank you sayang. Thanks, and, happy birthday!

Wednesday, February 13, 2013

Budak Sekolah: Crush

   Kali pertama aku dengar perkataan 'crush' dari mulut budak sekolah. Kepala aku mula berpusing pekebende la malaon ni merepek. Crush= musnah. Kalau nak dikaitkan dengan cinta, Crush yang aku tau Crush album Bon Jovi yang ada lagu It's My Life dengan Thank You(Annisa) For Loving Me. Aku tanya Mok mende, katanya, 'crush'= someone suka kat orang tu tapi orang tu x tau. 

*facepalm.

   Uh. Ok. Tu masalah korang. Then, masa zaman fesbuk 'crush' masih lagi belum mainstream. Bila tweeter dah naik dan budak2 hot move on, perkataan 'crush' terus jugak naik. Citer sekarang ni aku x kisah kau nak suka sapa tapi bende sekarang, aneh. Ok sekarang back to the main topic. Kalau dah suka kat orang tu tapi die x tau, serupa dengan kau berak x keluar tahi. Nak cinta ni serupa dengan kau nak apa yang kau nak. Kau mesti berusaha untuk dapatkan die, bukan berusaha untuk TENGOK die. 

   Aku x tau a ni strategi dorang untuk dapat awek ke apa, tapi tweet pasal kerash selalunya camni:

''rindu crush, hihihihi... comel la die.''

''lalu depan kelas crush, die pandang, *malu tutup muka''

''me: i love you crush: me too, tapi i dah berpunya me: *fake smile''

   Antara ayat tweeter yang sah bangang dan x masuk akal aku. Aneh. Apa nya yang nak dibanggakan kalau die bukan milik kita? Bikin die segan je. Then, ayat2 bangang yang nampak sangat budak sekolahnya bertambah bangang bila macam yang aku type kat atas. Oh ya. Ada lagi yang lagi bangang aku jumpa. Dan bertambah segan orang tu aku kenal. Ayatnya camni:

''mana crush ni?''

''aku suka die''

''rindu crush''

''sayang crush''

   Bertambah bangang bila malaon ni x cuba pn untuk rapatkan diri die dengan kerash die. Aku dulu yela, tapi bila dah matured aku terus mulakan plan. Xde a menunggu hujan taik anjing. Ni x. Budak2 sekolah ni memang... entah. Mental dorang sangat aneh. Ok mungkin ayah aku tengok aku die kata mental aku aneh jugak kot. Semestinya. Then, yang aku nampak, budak2 ni menunggu kerash die berpunya orang lain. Pastu meraung kat tengah pasar. Macam drama Siam. pfft.

   Jadi apa yang aku nak sampaikan sebenarnya? Simple. Silalah menegakkan penis anda dan straight jumpa perempuan yang anda suka. Ataupun, make a plan to impress her. At least kau kewujudan kau die perasan. Anyway, sementara menunggu Valentine's day ni, Semoga berjaya, Pahlawan Cinta!     

''