Powered By Blogger
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Nilai Kemanusiaan

   Aku pernah dengar, orang selalu kata, ''Lelaki cuma diuji bila die dah ada segalanya. Harta, Takhta, Wanita. Itu bukan nilai kejayaan lelaki, tapi ujian.'' Macam biasa, bila dah dikurniakan otak yang pandai cepat je aku proses dan aku paham. Tapikan, walaupun aku paham, kenapa aku masih buat jugak anyway? Maksud aku kenapa bila aku dah ada semuanya, aku still serabut? Persoalannya, adakah aku betul2 paham apa maksud quote tadi?

   Right now aku boleh a dalam hierarki social aku sume aku ada. Keluarga, kawan dan perempuan. Aku still ingat masa aku masih lagi xde kawan. Dunia aku kosong. Rasanya macam kau dah buat macam2 untuk hilangkan rasa bosan. Tapi sedar2 je 10 aktiviti aku buat tu aku cuma spend x sampai 1 jam pn. Aku rasa teramat bosan. Rasa cam nak bunuh diri. Tapi the best thing is keje kau jadi bagus, kau tumpukan 100/100 tumpuan kau kat keje. Jadinya itu kelebihan orang sunyi. 

   Then bila dah masuk sekolah menengah, aku mula belajar apa itu persahabatan. Ok persahabatan mungkin cuma wujud dalam manga je. Tapi bagi aku, persahabatan ialah sesuatu yang perlu. Xde manusia yang nak hidup sorang. Bila aku dah dapat kawan ni, hidup aku berubah. Kalau dulu xde life, sekarang ada a orang ajak kau buat sesuatu. Buat 10 aktiviti tau2 je dah 10 jam. Rasanya dah x sunyi lagi. Nak bercakap pn seronok. Sedikit demi sedikit, seolah2 perasaan kemanusiaan tu bertambah.

   Aku belajar macamana nak senyum, apalagi ketawa. Buat sesuatu pn bersemangat. Rasanya cam... Aku x dapat nak sebut dalam perkataan. Tapi die seronok. Kau boleh buat apa je yang kau nak a camtu a rasa die. Fast forward kepada zaman dimana akhirnya aku memahami maksud kewujudan perempuan... Yes. Hidup aku berubah lagi sekali. Bila dah ada perempuan ni, seriously aku x pernah rasa perasaan ni. Die bukan sesuatu yang aku boleh describe. Yang aku tau, pleasure. Seolah2 ada semangat baru yang sentiasa mendorong aku. Kalau dengan member ialah untuk kita buat apa je yang kita nak, makanya perempuan ialah sentiasa memberi sokongan kepada kita.

   X kira apa yang aku buat, die mesti akan sokong. Kalau salah, die tegur. Kalau betul die encourage lagi supaya lagi betul. Best of all, aku boleh menangis tanpa rasa apa2. Maksud aku kalau aku dah giler stress aku ada orang untuk aku keluarkan airmata. Die punya terharu tu, aku x dapat nak gambarkan. Seolah2 kalau dunia sume rejek aku, tapi die still x berputus asa dengan aku. Die still bagi semangat. Masa semua orang x boleh nak tolong aku die still there buat apa yang termampu. Yes. Itulah setakat mana kasih sayang Annisa kat aku. Kalau aku call die, die tanya pasal aku. Walaupun cam membebel(kinda annoying). Tapi bersifat keibuan. Yes.

   Perempuan bukan je Ibu kita, tapi kawan kita jugak. Everything. That's why, hidup aku x sempurna kalau xde perempuan(not nescesarily kekasih). Tapi memang, dalam hidup aku, aku rasa Annisa sangat penting. Yes. That's why die ialah kekasih aku. Bila aku marah, die cuba tenangkan aku(dengan cara yang amat comel, of course), kalau aku tengah frust, die buat bende yang kebudak2kan(cuba kau tengok gelagat bayi a), then kalau ada masanya aku x tahan dengan apa yang aku hadapi, aku x boleh kawal emosi aku.

   Aku x tau kenapa, tapi kalau kat depan Annisa, aku mudah tunjukkan my true color. Kau boleh a kata die ialah breakpoint kepada ego aku. At some point, aku akan menangis. Seolah2 cuma die sorang ialah tempat aku menangis. Bila aku menangis, die pujuk aku, die lapkan airmata aku. Aku x tau kenapa. Tapi die seolah2 terus melupakan segala bende x elok aku buat kat die, walaupun baru beberapa minit yang lepas. Aku terharu. Aku x tau camne lagi nak ucapkan terima kasih. Nilainya terlalu tinggi.

   Then aku start rasa merendah diri. Bila die dah curahkan segala kasih saang kat aku, aku rasa bersalah. Sebab aku rasa apa yang aku curahkan kat die x setimpal dengan apa yang die bagi kat aku. Aku rasa aku dah macam hilang perasaan kemanusiaan. Caring sangat ke aku ni? Adakah kau perlukan lagi apa yang aku perlu bagi? Ataupun memang aku x pernah buat bende tu? Aku terasa diri aku ni macam kejam. Seolah2 aku macam x buat tanggungjawab aku snediri. Bukan ke aku ni lelaki. Kenapa aku x buat apa yang aku patutnya perlu buat? Mungkin inilah die yang dimaksudkan dengan bila lelaki dah ada semuanya itulah masanya die diuji.

   Aku rasa aku paham akhirnya. Mungkin bila dah ada semuanya, itulah masanya tanggungjawab lelaki makin bertambah. Contohnya kalau aku ada diri aku je, diri aku je aku perlu please, dengan diri aku je aku ada masalah, apa sume a. Tapi bila ada semuanya, once aku buat salah kat dornag, habis. Apalagi, semuanya sekali aku kena tanggung. Jadi ini mungkin salah satu daripada apa yang dimaksudkan dengan quotenya. Anyway, perjalanan aku masih panjang. Aku masih muda. Ini mungkin cuma satu bab dalam diri aku. Dan berguna untuk masa depan. Dan, perjalanan harus diteruskan!

*Annisa, terima kasih sebba sentiasa cuba untuk pleased aku. Aku mintak maaf kalau selama ni aku mintak kau lebih2. Aku cuma x nampak. Aku harap aku boleh buat sesuatu pulak untuk kau. Dengan, aku harap kau boleh buatkan aku seorang lelaki sejati. 

**''Kau kena accept diri Annisa macamana kurang pn die. Kau patut belajar bersyukur dengan apa yang die ada dan terima die no matter what''- Aishah

***Annisa, aku harap lepas ni kita akan sama2 lalu kat jalan yang kita nak dengan hadapi semua with full courage. 

Passion Ialah Xde Life?

   Kali ni aku nak citer apsal passion pulak. Ok aku memang passionate kalau sembang pasal kereta. Rasanya malas nak ulang kenapa aku suka kereta, tapi disebabkan passionate terhadap kereta aku citer jugak. hahahaha... Cuba korang pikir macamana pile of screw, metal dengan fiber boleh bergerak ke 186mph? Yea... itulah die mistery yang menyebabkan kau suka kereta. Aku anggap passion ni ialah sesuatu yang hebat. Sesuatu yang orang x akan paham dan melambangkan diri kita sendiri. Rasa berbeza dengan orang lain kalau ada passion ni. 

   Tapi kan, bila dah passion mesti a akan jatuh cinta kan? Yes. Betul passion ialah cinta. Korang pernah terpikir x yang kalau korang buat je sesuatu bende orang kata xde life? Contoh macam member aku. Die minat giler dengan Iron Man. Masa Iron Man 3 keluar hari tu die dah tengok yang biasa, 3D dengan IMAX. Aku kata a: 

''Get a life, dude! You waste all your money on nothing!''

   Die jawab:

''This is my life. This is what I've been passionate. If you are passionate surely you don't mind to spend every penny you have in your piggy bank!''

   Sejak dari tu aku mula tanya diri aku. Ok kalau passion ialah cinta, makanya aku boleh a kata aku bercinta dengan kereta kan? Maknanya aku will do anything just to have fun with car(ok bajet cam aku dah de kereta sendiri je). Anyway, itu ok lagi. Aku ada contoh yang terbaik:

http://kisahcintaizamnady.blogspot.com/

   Ok tengok nama blog korang dah tau. Blog ni ialah 100/100 citer pasal kisah cinta dua manusia berlainan jantina. Kalau korang baca a die punya blog karangan serupa bahagian B SPM punya BM. Tatabahasa die kalah DBP. Puisi mengalahkan Latif Mohiden punya sajak. Setiap inci ayat tu memang x yah citer. Berbunga2. Jadi korang boleh expect yang cinta die terhadap kekasih berlainan jantina die tu terlalu tinggi lalu menjadi inspirasi untuk buat ayat berbunga2 camtu.

   Wow... Inilah passion. Yes. Passion ialah kau berada dalam dunia kau sendiri bersama sesuatu atau orang yang kau cintai. Jadi dia akan dedicate everything he have just to enjoy his life. Lalu terjadilah sesuatu seperti blog di atas... Ok kalau dalam bahasa mat kereta orang kutuk kau habiskan beribu2 bikin kereta padahal kegunaan untuk bergerak dari titik A ke B je. Orang x paham. Tapi kita paham. Dan passion juga ialah kepuasan. Makanya untuk memuaskan hati adalah untuk buat apa yang die passionate for. Jadinya xde istilah xde life kat sini.

   Jangan nak jadi taste-police sangat. Kau ada life kau sendiri, tetibe kau nak tegur die xde life. Itu life die. Bukan life korang. Kalau korang rasa apa yang die buat tu harm korang, baru bersuara. Nak menyampah silakan, tapi dalam hati. Same goes kalau aku kutuk apa yang kau minat mesti kau melenting. Jadinya xde istilah xde life kalau melibatkan passion, tapi ialah i live my own live, you live yours. Simple. BTW dari sini aku tertanya sesuatu. Apakah itu yang dimaksudkan dengan life?

   Well, secara kasarnya life ialah orang yang sentiasa ada social life. Kalau kat negara mat saleh social life tu ialah berparty, minum beer sama2, pergi adventure dengan kawan, shopping sume. Jadinya kat sini 'life' ialah kehidupan dimana kita menghabiskan masa kita bersama2 dengan sosial. Makanya tengok wayang sorang2, beriadah sorang2, minum sorang2, itu ialah xde life. Dan syok sendiri jugak xde life. Syok sendiri ni kira macam buat apa yang kau passionate a. Macam aku bercerita kat atas tu. Jadinya, passion ialah xde life bila xde orang yang sama passion dengan kau.

   Jadi passion bukan xde life atau apa sume just because he dedicated all he have in his arms untuk cater die punya kepuasan, tapi passion ialah living your own life. Sebab tu ada kata motorsport ni membazir serta membahayakan nyawa, pasal die x paham apa yang kita passionate for. Makanya, live your own passion, as long as you are happy. Until then, chow!

Monday, June 17, 2013

Cinta Monyet Tu Mende Anyway?

   Masa aku sekolah dulu tengok member2 aku sume dating2, fuh... Sweet! Haha. Tapi aku sikit pn x jeles. Apa aku nak jeles? Bukan aku minat pn nak ada awek2 sume ni(then). Kau boleh a kata 2/3 dpd kawan aku sume bercinta. Rasanya aku sorang je yang against cinta. Kalau ada pn kawan2 aku yang x bercinta makanya dorang mesti in the middle of nak dapat awek ataupun masih belum ada konek untuk cakap kat pmpuan tu die suka kat pmpuan tu.

   Later on lepas tinggal aku sorang je yang x bercinta wujud pulak manusia surau atau cikgu sembang2 dengan aku cakap:
   ''Dorang ni cinta monyet je, x kan berkekalan.''
Ataupun:
   ''Inilah die cinta monyet, bercinta bukan main, lepas break sedih sampai kelangit.''

   At the same time istilah baru masuk dalam kamus otak aku: Cinta Monyet. Sefaham aku sebelum ni cinta monyet ialah cinta yang x akan berkekalan. Sefaham aku lepas google ialah cinta yang bukan berasaskan kasih sayang tapi hanya sekadar main2 je(read: playboy/girl). Jadinya Cinta Monyet boleh a aku kata sebagai cinta yang xde point. Semacam budak2 sekolah rendah main 'jadi-jadi' dulu2. Xde point, takat seronok2 je. Cinta yang x ada chemistry.

   Tapi kan, kenapa cinta2 monyet ni selalu diasosiasikan(betul kan aku eja?) dengan budak sekolah? Kenapa? Hanya sebab zaman sekolah zaman nak cari bekalan tua then bila frust bercinta boleh mengganggu. Haha. Hell. Not nescesarily so. Kadang2 orang selalu dub cinta zaman sekolah sebagai cinta monyet. Ok sebab apa orang nampak ialah:
   1. Cinta zaman sekolah selalu hanya berdasarkan hormon, bukan nak kahwin or so.
   2. Budak2 sekolah selalu putus cinta. Kalau yang hot giler tu ada sampai 42 kali(citer betul) putus. 
   3. Budak2 sekolah ada yang bercinta selama just seminggu, pastu break buat macam x kenal.
   4. Budak2 sekolah suka main skandal.
   5. (Kalau ada lagi boleh tambah list ni)

   Jadi 4 list tu sepatutnya dah cukup untuk bagi gambaran kenapa cinta zaman sekolah ni dikatakan cinta monyet. X. Aku x setuju. Contoh 1st, cuba bukak tv berapa ramai playboy(cuba kira nisbah drama budak sekolah dengan orang dah keje berapa) yang korang tengok kat samarinda ke akasia pebende sume tu. Almost everytime, orang dah habis sekolah berlaku playboy/girl serta curang terhadap pasangannya.

   2nd list pulak, ok. Ini sapa yang kata camtu je die memang sempit otaknya. Cuba kau tengok How I Met Your Mother tengok bape kali Ted putus. Berapa banyak ex die. X citer Barney lagi. Drama ialah interpertation kepada dunia reality. Drama sentiasa based on reality. Jadi bukan budak sekolah je yang putus cinta memangjang. list ke3 tu pulak, ok bercinta dalam jangka masa yang sekejap, korang boleh tengok x masa depan korang? Aku tanya korang, ada x korang boleh jangka apa yang berlaku? Jadinya disaster x pilih masa nak happen. 

   Could be seminggu, sebulan or 10 tahun pn boleh. Yang penting, kroang berusaha untuk what korang fight for. 4 tu pulak... haih... Tengok je a samarinda. Hatta datuk yang dah tua kalau konek still boleh ereksi tu pn main skandal. Duit banyak ma, sugar baby mari a. hahahaha... Jadinya apa yang aku kata kat sini, cinta monyet x pilih umur untuk occur. Orang dah keje, still putus cinta. Still main skandal etc. Jadinya bukan budak sekolah je yang patut dikatakan x berkekalan.

   Makcik aku, balak die sejak fom 2(now my uncle) still together. Pakcik aku tu beribu batu, berapa tahun pn, masih nak perempuan yang die suka sejak dulu. Belajar kat England, jadi korang tau a macam2 perempuan die jumpa. Lawa, caring, hot everything. Tapi still nak kat makcik aku. Haa... X ke sweet camtu? Jadinya aku x percaya bahawa cinta zaman sekolah ialah cinta monyet. TAPI. Yes ada tapinya.

   Perkahwinan bukannya ketentuan jodoh macam orang selalu pikir. Kalau perkahwinan ialah ketentuan jodoh kita sah2 a x akan wujud penceraian. Same goes as kau dating dengan orang tu. Tetibe kau tau lelaki tu bukan lelaki yang betul untuk kau date. Jadi sama macam kawin. Kau tengok berapa banyak kat drama tu orang salah kawin? Tu belum citer lagi yang curang, ada skandal sume. Itupun cinta monyet jugak tu. X sayang dengan sepenuh hati. 

   Pengajaran kat sini ialah, cinta monyet x pilih umur untuk mencari mangsa. Yang penting hati. Kalau sayang, kekal. Kalau nak main2, esok pn boleh. Hatta time dating pn boleh menggatal lagi. Jadinya, cinta monyet bukan hanya untuk budak sekolah je. Ini namanya generalisasi. Diharap kepada pasangan yang sedang bercinta, aku doakan(termasuk kepada diri aku) supaya korang sentiasa rasional dalam everything supaya x terjadinya gejala cinta monyet. Sekian terima kasih sebab membaca...

Apa lagi? Tepuk tangan a, dah habis kan? Haaa... Tepuk!

Thursday, May 30, 2013

Seniority= Performance?

   Secara jujurnya aku x suka jadi junior. X kira keje ke belajar ke, asalkan junior. Kenapa? Sebab ada orang yang lebih atas dpd aku. Bukan sebab apa, tapi selama ni memang aku x suka kawan dengan senior. Bukan sebab kena buli. Kalau aku x kawan camne aku nak kena buli kan? Anyway ini sebab die:

   Aku paling benci sebab senior sentiasa pikir bahawa semua yang dorang buat, betul. Yes. Jangan gebang depan aku. Sume yang bergelar senior x akan dengar segala apa yang junior cakap, apalagi terima apa yang dorang buat. Yang dorang tau, Aku senior, aku lagi lama dari korang, aku lagi banyak tau dari korang, dan aku LAGI bagus dari korang. Titik. Yes. Dan kadang2 mereka sangat ego dimana hanya mereka yang boleh buat semuanya. Keje2 kuli sume junior buat. 

   Ok. Bagi aku umur hanya nombor. Umur cuma melambangkan kau lahir tahun berapa dan berapa lama kau hidup kat dunia ni. X lebih dpd tu. Contohnya kalau orang yang selama ni keje jadi engineer selama 10 tahun, tetibe umo 38 die jadi penulis pulak. Secara otomatiknya die ialah junior dalam bidang penulisan. Jadinya umur bukannya penentu performance anyway. Tapi in some case, senior jugak penentu berapa banyak pengalaman. Tapi tu no 2. Yang 1st ialah personality. 

   TAPI. Junior juga adalah lebih baik daripada senior kalau senior keje dok goyang kaki, tapi junior ada personality yang lagi hebat. Contohnya bila junior dibagi kepercayaan untuk buat keje A, tapi senior x puas hati sebab die rasa die lagi bagus dpd junior. Ok. Ini aku benci giler. Inilah die yang aku maksudkan dengan ego senior. Then, x semestinya kalau senior die dah mengalami every kind of pengalaman. Kalau junior lagi banyak mengalami pengalaman, maknanya junior tu lagi capable dpd senior yang kurang pengalaman. 

   Contohnya senior x akan merasa pengalaman yang junior rasa pasal senior ialah era yang berlainan. Contohnya kau bagi mekanik musclecar yang dah 40 tahun main enjin, tetibe suruh die tune keter eropah yang giler canggih dari engine, brake, transmission, sumenyelah, guna komputer. Dan itulah die yang die lemah. Sebab die cuma biasa tune carburettor, sedangkan budak2 zaman sekarang tune keter guna laptop je. Jadinya kalau bab2 tune keter zaman sekarang, die punya standard jadi sama dengan junior. 

   Jadinya dipendekkan citernya, senior dan junior ada pros dengan cons. Jadi senior x perlu tunjuk hebat, manakala junior x pelu nak bajet power. Sume kena moderate. Kalau anda seorang muslim, maka ikutlah Nabi Muhammad punya sunnah, be modest. Setiap orang ada kelemahan dengan kelebihan sendiri. Jadinya, silakanlah anda untuk merendah diri dalam melakukan apa sahaja. Be competitive, jangan keje cari buruk orang je. Jadinya until then, chow.

Sunday, March 3, 2013

Takdir dan Nasib

   Bagi aku, 2 bende ni sangat bodoh. Dan aku x percaya dengan bende2 ni. Kalau aku dengar ada orang cakap pasal bende2 ni, rasa cam pelempang pn ada. Contoh ayat2 yang seakan tunduk kepada nasib:

''Kita x tau apa yang akan jadi pada masa depan,''

''Kau tengok diri kau a, bukan pandai sangat pn, jangan ada hati a nak masuk U bagus''

''X guna betul! Pasal a malang sangat nasib aku ni!''

   Tunduk pada nasib. Belum2 lagi dah give up. Itu pasal aku x suka. Then bagi aku, adalah bangang untuk mengalah. Itu menunjukkan yang kau ni x de inisiatif atau takut. Ya. Takut amek risiko. Bagi aku, kalau kita dah tetntukan keputusan kita, there's no turning back. Kita sepatutnya terus lalu jalan yang kita amek, walaupun berliku mana pn jalan tu. Kalau x mau, jangan buat. Kalau nak, sila berusaha.

   Then, ada orang cakap, aku ni nak melawan kuasa Tuhan, sebab x percaya takdir. Ini lagi bangang. Kenapa? Sebab die macam x tau pulak masa bila Tuhan akan buat takdir untuk kita. Bagi aku, kita yang buat takdir, Tuhan yang approve nak izinkan ke x takdir yang kita buat camtu. Kan selalu ada orang cakap, kalau doa x berusaha x guna jugak. Itulah die testament die. Bagi aku, logik akal aku untuk ayat tu, Tuhan x akan tolong kita selagi kita x berusaha untuk dapatkannya. Tuhan x akan mengubah nasib kita selagi kita x try. Jadi ini bermakna  takdir kita tetap sama kalau kita x berusaha. 

   Aku bagi contoh a. Budak sekolah kan suka main crush2 ni. Then bayangkan, malaon ni ada crush dengan sorang ni. Tapi die x try, jadi die x dapat sorang tu sebagai kekasih die. Pasal die x try. Itulah maksud die. Kalau x berusaha mana nak dapat. Takdir di tangan kita. Kita yang buat takdir tu. Lain2, berdoalah pada tuhan supaya takdir kita diizinkan oleh Dia. Simple? Bila bercakap je. Dan realiti ialah pembunuh segala falsafah. Anyway, chow!

Perniagaan+Agama= Untung

   Hari tu time aku pergi solat jumaat kat taman aku, time tengah pakai selipar nak balik tu tetibe nampak a iklan pengeras batang yang dah dirumus dengan cara islamik, sekali dengan bacaan surah2 bagai. Serta-merta dahi aku menjadi mangsa tepukan yang x de henti. Terus aku terfikir, adakah surau atau tempat2 yang ada kaitan dengan agama ialah ruang iklan yang paling untung sekali? Ini bukan kali pertama aku nampak, sebelum ni orang nak jual rumah, motor apa sume iklankan dekat surau. Tu aku belum citer lagi orang jual2 dekat area2 masjid. Barang2nya selalunya diasosiasikan dengan bende2 yang ada budaya Arab2 ataupun islamik.

   Lagi aku belum sembang bende2 yang macam kismis doa dan yang sewaktu dengannya. Bende tu lagi2 kalau jual kat koperasi sekolah, mau berpusu-pusu budak2 beli menatang tu. Aku once pernah a tanya member aku:

''bro, pasal kau beli kismis ni weh? punya ramai orang beli sedap sangat ke?''

''bukan a dowh, ini punya yang dah ada doa dengan surah bla bla bla, kalau makan ni kau jadi kuat ingatan, ada berkat tau bila makan ni, lagi2 skang dah nak pekse.''

*facepalm

   Then ini situasi die, kismis doa, ada berkat, makan---> kuat ingatan. Then yang jual bende tu bukan sekolah, tapi orang luar. Jadi citer sekarang dipendekkan citernya kalau nak berniaga, kena ikut 'hukum', baru ada berkat. Lebih tepat kalau bende2 tu dah dimasukkan dengan unsur agama then bende tu jadi suci. Terus jadi halal, baik apa sume. Then dengan pemikiran yang jinies seseorang akan mengambil peluang atas kebangangan meleis dengan memasukkan unsur2 keagamaan dalam peroduk dorang. Dan disebabkan meleis ni kuat agama maka segala yang ada label islamik akan menjadi halal dan bawak berkat serta banyak kebaikan. Padahal aku makan kismis doa tu sama je x de pape. Kejadah apa?

   Ini juga menunjukkan yang kadang2 meleis ni totally bangang. Xde kajian apa2 sume teus label bagus. Yang anehnya bende tu lagi mahal dpd kisimis biasa. Jadi citer sekarang sapa untung? Sah2 la peniaga. Buta2 je meleis kena tipu dengan peniaga. Then paling aneh sekali, minda meleis senang diputar belitkan bila sesuatu produk dimasukkan dengan unsur agama. Lagi2 kalau air yasin a, minyak wangi yusuf a. Camne kau boleh tau dalam tu ada berkat? Camne kau boleh konpom bende tu memang betul2 suci? Ada petanda datang dari langit kata yang bende tu memang suci? Kalau ya apa buktinya? Mana bukti saintifiknya? Fuh... Kalau dah x de bukti saintifik, ini bahaya.

   Sebab kadang2 bende tu boleh memudaratkan. Tau2 je kena penyakit, pasal x de mana2 approval dari pihak yang berkenaan. Anyway, yap, sebenarnya kalau dalam kotak barang tu ada pungpangpungpang citer pasal berkat ke apa sume tu cuma strategi perniagaan. Nothing more. Dan ini jugak menunjukkan kebangangan otak Melayu. Chow!

Thursday, February 14, 2013

February 14th: Not My Another Day...

   Tiap kali February 14th, aku kinda terasa. Alasannya sebab setiap tahun, February 14th semestinya tarikh keramat bagi aku. Mungkin untuk romance kapel yang x bape amek port pasal ceramah2 tu akan sambut Valentine's day. Then, bagi aku, berbanding percintaan, February 14th more like a story of a friendship, bagi aku. Kenapa?

   Simple. Ini kena trace back masa zaman aku sekolah dulu. Masa tu fom 4. Then biasa a. Kalau fom 4, itulah musimnya dimana budak2 Jasmin yang bagus2 pupus. Semua masuk emaresem a, SBP, Teknik. Aku x ketinggalan. Aku ada dapat tawaran g Teknik Sepang. Tapi aku decline. Alasan? Dina punya pasal. Penangan cinta. Anyway. Lepas 2011, geng aku baik2 ada 6 orang, jadi 3 orang. Obes, pindah Sarawak. Daniel, pindah Teknik KL. Dan... antara dorang semua, aku paling kamcing dengan Azam. 

   Dorang selalu kata, kat mana ada aku, kat situ Azam ada. Kira jiwa dah sebati a. Jiwa lain, tapi ada chemistry. Semacam sulphur-cross link. Pagi2 kitorang lepak port sama2. Rehat bertugas pn mesti tolong each other. Balik lepak mapley sama2. Tiap hari. Kalau x x sah. Mesti kena. Then satu hari, die dapat surat. Tawaran pergi Teknik kat Selangor bahagian ceruk atas sana aku x ingat mana. Ok. pfft. X guna. Sunyi. Tapi die mintak tukar Teknik Seremban. 

   February 14, 2011- Aku, Obes, Zaeiz, Azam. Lepak D'selera. Minum2 untuk kali terakhir, memberi penghormatan kat Azam. Sebagai kawan kitorang. Kawan baik aku. Hari last jugak, die pakai baju biru, sebagai pengawas kat sekolah Jasmin. Aku ingat lagi, die pakai songkok time tu. Dengan seluar hitam. Pagi2 aku dah menganjing die. 

''Ni 14 hb x de pape ke nak buat pape? paling kurang pn surat je a bro hahahahah...''

   Yap. Lepas die pindah je aku terus sunyi. Member2 lain x de sama dengan die. Semacam kalau lepak dengan Azam cool je. Yap. Satu2nya lelaki yang aku anggap sebagai, x lain x bukan. Kawan baik.

*salute!

   Oh ya. citer x habis lagi.

   Then. To my dear. O'Thou thee I loved! Annisa Shazleen. Happy birthday, may Allah bless thou. Seriously, kali pertama die cakap besday die February 14, aku perasaan aku berbaur. Menganjing, pasal ingat main2 hari sama dengan Vale's Day. Terasa, sebab tarikh yang aku celebrate masa zaman sekolah sebagai hari turning point dalam persahabatan aku. Yap, Annisa. May aku ulang lagi? Ya. Aku sayangkan kau, dan, selamat hari jadi. Sayang.

   Sebagai satu2nya perampuan yang aku betul2 sayang. Sebagai kekasih. Kawan. Adik. Sebagai seorang perempuan, Annisa memang bermakna bagi aku. Aku x pernah ada perempuan yang tengok aku macamana die tengok aku. Sebab selama ni perempuan x pernah recognize aku punya personality, yela, aku ni dingin, kejam. The reason aku x bape nak kamcing sangat dengan perempuan. Tapi Annisa... die tengok aku dari dalam. Die terima aku sebagai lelaki yang bukan macam orang lain anggap. Thank you sayang. Thanks, and, happy birthday!

Thursday, January 3, 2013

Der Mann: Ahnaf Irsyad

   Lepak2, hold your weapon. Aku bukan nak bajet kat sini. Dah aku lelaki. Jadi aku dipanggil 'der mann' a kalau orang German jumpa aku. Anyway, aku bukan apa. Cuma aku tersedar what is meant by beaing a man. At some point memang anugerah sebab dapat jadi lelaki. Tapi there's a price you have to pay, life. Yeah. Real Man's life is awful. But that's why being a man is cool anyway. 

   I started to give fuck bout what a man should be when I was in form 1. At that time I just posing around. I'm a douchebag. I just us the word 'man' to cover my shame. Yah. I'm sorry guys. I ain't the real man. But later I started to understand what a real man should be as I start having life problem. So here's the situation, Man and Women are the same. They're are human. The only thing that separate them is their hormone. That is scientist's anwser. But me, as someone who dedicated my schooling day finding the real meaning of real man started to understand what a 'real man' is really is. 

   Real man is... if you want to be a 'real man', better burn your bed of roses now. Real man doesn't need that shit. For me, real man is man who have been through rain and storm with courage whitout giving up. Ok I've wrote bout it you can find in my earlier post. But now, here is the question. Does real man must always have victory in his hand? I don't think so. Yeah. I have to admit that I never put 100/100 of my physical and mental to do something. I just acuh tak acuh doing it. I never do it with full comitment. I just do whatever I think fun. If that thing is fun, I'll do it. It is the testament that I haven't been separated from boy yet. But this year, I mean 2012, is really the most important year I've ever been through. It's the year when I have everything man wanted to have.

   Ok. What I learn form 2012 is, real man is a man who'd will to go through rain and strom and make a path in a thick jungle to cath his dream. In additional, is a man who manage to maintain all his desire in his arms. Means real man only be tested when you, a man have everything you want in your hand. Friend, woman, money, brain, everything! Like me. 2012 I have everything. But I started to fail being a man when I dedicated my time and effort on Annisa. Yeah winning her heart is tiring anyway. I started to desocialized myself from my mate. I thought I have everything that they aint gonna leave me. But as usual. This is dunya', not jannah. 

   Anyway, I still have long way to go. I'm just 18. Still, I still have someone I love with me. It is just a test Allah give to me. Thank you Allah, making me a tougher man. Now I have to restart my life again. I will focus on the thing I need most first. This is my azam tahun baru: Never give up being a better man than before!    

Wednesday, January 2, 2013

Budak Pandai

   Yeah. Budak Pandai. Aku tau rasanya camne jadi pandai. Yela masa sekolah rendah dulu kan aku profesor yang genius, jadi x kan a dorang panggil aku camtu tanpa sebab kan? Dulu aku pandai sains, tiap kali periksa je 90 tu wajib. Jadi boleh kata mula2, aku jadi murid kesayangan Cikgu Firdaus. Then lepas nama aku naik, sekolah pulak sayangkan aku. Tiap kali sains nama aku diasosiasikan. Tiap kali sains punya kuiz semua nak aku dalam grup. Tiap kali sains aku yang naik pentas. Ok aku x kisah kalau aku 'pandai', tapi citer sekarang aku x suka bnde jadi hype2 ni. Pasal die akan membuatkan aku jadi berperasaan negatif. Riak? Bukan. Hilang keyakinan. Sebabnya? Propaganda membuatkan aku lagi 'pandai' daripada aku IQ aku yang sebenar.

   Aku cuma tau banyak pasal sains. Tapi math aku, bi aku sucks. Aku selalu rendah bnde2 tu je a. Jadi tu x dikira pandai. Ada beza antara 'pandai' dengan 'tahu banyak' anyway. Then disebabkan aku tau banyak aku boleh jadi pandai kalau aku betul2 gunakan pengetahuan tu. Sebab tu dulu IQ aku ada dalam 115 masa darjah 6 dulu. Sebab aku boleh pikir logik. Tapi cam biasa a, x semestinya bila kita dikurniakan otak tu sebenarnya anugerah. Bagi aku, semua yang Allah bagi, x kira kesempurnaan ke kelemahan semuanya bukan anugerah atau sebaliknya, tapi sebenarnya ujian. Mungkin dimata cikgu2 semua aku ni ni bagus, sebab ada otak. Tapi on the other side, aku ni teruk. IQ tinggi x semestinya EQ tinggi jugak. Yeah I used to have a bad time during my primary school day. It's awful when you're alone in primary school. I don't have friend neither smile. Back then aku was someone to hate to some sebab aku ni terlalu 'pandai'. Dorang start a cari pasal dengan aku.

''Pasal kau pandai sangat huh?''

''Kau pikir kau pandai kau boleh menggelabah depan aku a?''

''Weh... Profesor lalu bye,''

''Yela, kau kan pandai, mana nak kawan dengan kitorang,''

''Orang pandai mana ada nak layan kelas bawahan cam kita.''

   Antara yang aku dapat. Dah a time tu aku trauma. Tambah2 lagi dengan orang sekeliling buat musuh. Memang naya a. Seriously aku mengaku, darjah 6 aku x de kawan langsung. Aku kesunyian. Jadi aku cari kawan baru, buku. Time rehat aku dah x de dah buat projek kat belakang sekolah cam tahun2 lepasnya, aku pergi pusat sumber. Ya dulu masa geng masih ada kitorang sambil buat projek kitorang layan buku jugak. Jadi kitorang buat bende undercover a. Tapi time tu, aku pergi pusat sumber pasal aku x de kawan. Jasi aku terpaksa cari bnde lain. Tapi terima kasih jugak kat Cikgu Firdaus sebab bagi aku peluang untuk naik ke tangga sosial. Die a yang buka pintu untuk aku bukan sahaja untuk ilmu, tapi sosial jugak. Die baik dengan Dini, jadi mutually aku pn baik dengan die jugak a. Naik sekolah menengah jadi kawan baik. 

   Dari situ aku belajar sesuatu yang penting. Jadi budak pandai ni sebenarnya menyusahkan anyway. Bila pengetahuan kau dah taraf sekolah menengah time kau sekolah rendah, sebenarnya akan menyusahkan. Kau akan tanya bende yang 'mengarut' pasal bnde tu x kena dengan syllabus. Jadi cikgu pn kadang2 pening. Tapi Cikgu Firdaus pasal tu die suka aku pasal soalan aku out of the box. Then die a yang encourage aku for everything. Pada masa yang sama, bila dalam kelas cikgu tanya kau je yang jawab atau cikgu sayang kau atau kau bercakap kat depan pasal pelajaran, budak2 lain x suka. Dorang akan label kau sebagai attention seeker, menggelabah, annoying. Pasal balik2 muka kau je. Padahal kau buat bende tu contoh kau bercakap fakta kat depan, kau cakap dengan seronok, kau menikmati saat2 tu, tapi orang lain x. 

''Tau a pandai tapi x payah bajet sangat nak berceramah kat depan.''

''Tu nak tarik perhatian cikgu a tu, untung a pandai.''

   Some say that as alasan to keep away from me. Just because I'm smart. I ain't smart! I just have more knowledge! Lagi2 when they see someone trying or speaking English, 

''Kau blah a dari sini. Jilat bontot Mat Saleh je kau ni!''

''Peh... bajet sial mamat ni nak cakap Mat Saleh!''

   Sedangkan aku cuma cakap 'so' je, so much fuck they lempar at me. Imma shining star for some, but a black hole untuk sesetengah lagi. Satu lagi masalah jadi orang pandai ni, orang yang kurang ilmu x semestinya akan puas hati dengan idea baru kita. Contoh aku cakap,

''Sejarah Melayu ni x semua fakta betul pasal orang kita suka menggembar-gemburkan fakta macam mastika, then x cukup bukti arkeologi and the likes.''

''Lancau! kau bajet a depan aku. Kau kalau nak sangat buat sejarah sendiri kau jadi a Julius Ceaser. Then kau buat a kau punya sejarah. Kau kan pandai mana nak percaya bnde2 camni.''

   See. Some airhead easily butthurt with simple factful statement. Why are so? because lack of knowledge, and some liberalization in keilmuan. Ilmu doesn't pick what race you are. Ilmu only ilmu when you love it. Then 100 tahun kendian barulah statement ni popular. Anyway, satu yang aku benci jadi budak pandai, kesunyian. Bila sunyi bagi aku kita kekurangan sifat kemanusiaan. Bila kita dah terlebih pandai, kita akan berfikir semuanya berdasarkan fakta dengan nombor. Kita cuma buat bende tu bila kita yakin jawapan dah ada kat depan mata. Dulu aku camtu. Then sekarang ni aku percaya, kita mampu mengubah takdir sebab masa depan ni misteri. Jadi kita x tau apa jawapannya. Lebih baik cari jawapan dari tunggu jawapan. Dulu sebabkan pemikiran camtu a budak2nya tinggalkan aku. Sebab aku terlalu pentingkan diri sendiri. Aku x berusaha untuk melindungi kawan2 aku sebab faktanya aku x kuat. Jadi aku x mampu melindungi dorang. Aku pikir camtu. Anyway, lebih baik jadi bodoh tapi menghargai kawan daripada pandai tapi berdiam diri. 

   Dipendekkan citernya, semuanya ujian Allah. X kira bende tu baik atau buruk. Sebab itulah tandanya Allah sayangkan kita. Die nak bila kita senang kita ingat die, bila kita susah kita ingat die. Allah sebenarnya kalau die datangkan ujian sebab die bagi kita peluang untuk kita menjadi manusia yang lagi baik. Caranya dengan mengingat die. Kita berdoa supaya kita sentiasa merendah diri bila senang, kita berdoa supaya kita sentiasa tabah bila susah. Jadi kalau kita dapat mengatasi bende ni, x de bende yang boleh mengacau kita. Anyway, IQ dengan EQ kena seimbang, baru kita boleh memimpin diri sendiri. Kalau dunia ni semua senang baik duduk syurga. Untuk kali ni punya edition post aku, I bid you all Al-salam 'laik'm wa rahmatullah.