Powered By Blogger

Sunday, March 3, 2013

Perniagaan+Agama= Untung

   Hari tu time aku pergi solat jumaat kat taman aku, time tengah pakai selipar nak balik tu tetibe nampak a iklan pengeras batang yang dah dirumus dengan cara islamik, sekali dengan bacaan surah2 bagai. Serta-merta dahi aku menjadi mangsa tepukan yang x de henti. Terus aku terfikir, adakah surau atau tempat2 yang ada kaitan dengan agama ialah ruang iklan yang paling untung sekali? Ini bukan kali pertama aku nampak, sebelum ni orang nak jual rumah, motor apa sume iklankan dekat surau. Tu aku belum citer lagi orang jual2 dekat area2 masjid. Barang2nya selalunya diasosiasikan dengan bende2 yang ada budaya Arab2 ataupun islamik.

   Lagi aku belum sembang bende2 yang macam kismis doa dan yang sewaktu dengannya. Bende tu lagi2 kalau jual kat koperasi sekolah, mau berpusu-pusu budak2 beli menatang tu. Aku once pernah a tanya member aku:

''bro, pasal kau beli kismis ni weh? punya ramai orang beli sedap sangat ke?''

''bukan a dowh, ini punya yang dah ada doa dengan surah bla bla bla, kalau makan ni kau jadi kuat ingatan, ada berkat tau bila makan ni, lagi2 skang dah nak pekse.''

*facepalm

   Then ini situasi die, kismis doa, ada berkat, makan---> kuat ingatan. Then yang jual bende tu bukan sekolah, tapi orang luar. Jadi citer sekarang dipendekkan citernya kalau nak berniaga, kena ikut 'hukum', baru ada berkat. Lebih tepat kalau bende2 tu dah dimasukkan dengan unsur agama then bende tu jadi suci. Terus jadi halal, baik apa sume. Then dengan pemikiran yang jinies seseorang akan mengambil peluang atas kebangangan meleis dengan memasukkan unsur2 keagamaan dalam peroduk dorang. Dan disebabkan meleis ni kuat agama maka segala yang ada label islamik akan menjadi halal dan bawak berkat serta banyak kebaikan. Padahal aku makan kismis doa tu sama je x de pape. Kejadah apa?

   Ini juga menunjukkan yang kadang2 meleis ni totally bangang. Xde kajian apa2 sume teus label bagus. Yang anehnya bende tu lagi mahal dpd kisimis biasa. Jadi citer sekarang sapa untung? Sah2 la peniaga. Buta2 je meleis kena tipu dengan peniaga. Then paling aneh sekali, minda meleis senang diputar belitkan bila sesuatu produk dimasukkan dengan unsur agama. Lagi2 kalau air yasin a, minyak wangi yusuf a. Camne kau boleh tau dalam tu ada berkat? Camne kau boleh konpom bende tu memang betul2 suci? Ada petanda datang dari langit kata yang bende tu memang suci? Kalau ya apa buktinya? Mana bukti saintifiknya? Fuh... Kalau dah x de bukti saintifik, ini bahaya.

   Sebab kadang2 bende tu boleh memudaratkan. Tau2 je kena penyakit, pasal x de mana2 approval dari pihak yang berkenaan. Anyway, yap, sebenarnya kalau dalam kotak barang tu ada pungpangpungpang citer pasal berkat ke apa sume tu cuma strategi perniagaan. Nothing more. Dan ini jugak menunjukkan kebangangan otak Melayu. Chow!

No comments:

Post a Comment