Powered By Blogger

Wednesday, January 2, 2013

Budak Pandai

   Yeah. Budak Pandai. Aku tau rasanya camne jadi pandai. Yela masa sekolah rendah dulu kan aku profesor yang genius, jadi x kan a dorang panggil aku camtu tanpa sebab kan? Dulu aku pandai sains, tiap kali periksa je 90 tu wajib. Jadi boleh kata mula2, aku jadi murid kesayangan Cikgu Firdaus. Then lepas nama aku naik, sekolah pulak sayangkan aku. Tiap kali sains nama aku diasosiasikan. Tiap kali sains punya kuiz semua nak aku dalam grup. Tiap kali sains aku yang naik pentas. Ok aku x kisah kalau aku 'pandai', tapi citer sekarang aku x suka bnde jadi hype2 ni. Pasal die akan membuatkan aku jadi berperasaan negatif. Riak? Bukan. Hilang keyakinan. Sebabnya? Propaganda membuatkan aku lagi 'pandai' daripada aku IQ aku yang sebenar.

   Aku cuma tau banyak pasal sains. Tapi math aku, bi aku sucks. Aku selalu rendah bnde2 tu je a. Jadi tu x dikira pandai. Ada beza antara 'pandai' dengan 'tahu banyak' anyway. Then disebabkan aku tau banyak aku boleh jadi pandai kalau aku betul2 gunakan pengetahuan tu. Sebab tu dulu IQ aku ada dalam 115 masa darjah 6 dulu. Sebab aku boleh pikir logik. Tapi cam biasa a, x semestinya bila kita dikurniakan otak tu sebenarnya anugerah. Bagi aku, semua yang Allah bagi, x kira kesempurnaan ke kelemahan semuanya bukan anugerah atau sebaliknya, tapi sebenarnya ujian. Mungkin dimata cikgu2 semua aku ni ni bagus, sebab ada otak. Tapi on the other side, aku ni teruk. IQ tinggi x semestinya EQ tinggi jugak. Yeah I used to have a bad time during my primary school day. It's awful when you're alone in primary school. I don't have friend neither smile. Back then aku was someone to hate to some sebab aku ni terlalu 'pandai'. Dorang start a cari pasal dengan aku.

''Pasal kau pandai sangat huh?''

''Kau pikir kau pandai kau boleh menggelabah depan aku a?''

''Weh... Profesor lalu bye,''

''Yela, kau kan pandai, mana nak kawan dengan kitorang,''

''Orang pandai mana ada nak layan kelas bawahan cam kita.''

   Antara yang aku dapat. Dah a time tu aku trauma. Tambah2 lagi dengan orang sekeliling buat musuh. Memang naya a. Seriously aku mengaku, darjah 6 aku x de kawan langsung. Aku kesunyian. Jadi aku cari kawan baru, buku. Time rehat aku dah x de dah buat projek kat belakang sekolah cam tahun2 lepasnya, aku pergi pusat sumber. Ya dulu masa geng masih ada kitorang sambil buat projek kitorang layan buku jugak. Jadi kitorang buat bende undercover a. Tapi time tu, aku pergi pusat sumber pasal aku x de kawan. Jasi aku terpaksa cari bnde lain. Tapi terima kasih jugak kat Cikgu Firdaus sebab bagi aku peluang untuk naik ke tangga sosial. Die a yang buka pintu untuk aku bukan sahaja untuk ilmu, tapi sosial jugak. Die baik dengan Dini, jadi mutually aku pn baik dengan die jugak a. Naik sekolah menengah jadi kawan baik. 

   Dari situ aku belajar sesuatu yang penting. Jadi budak pandai ni sebenarnya menyusahkan anyway. Bila pengetahuan kau dah taraf sekolah menengah time kau sekolah rendah, sebenarnya akan menyusahkan. Kau akan tanya bende yang 'mengarut' pasal bnde tu x kena dengan syllabus. Jadi cikgu pn kadang2 pening. Tapi Cikgu Firdaus pasal tu die suka aku pasal soalan aku out of the box. Then die a yang encourage aku for everything. Pada masa yang sama, bila dalam kelas cikgu tanya kau je yang jawab atau cikgu sayang kau atau kau bercakap kat depan pasal pelajaran, budak2 lain x suka. Dorang akan label kau sebagai attention seeker, menggelabah, annoying. Pasal balik2 muka kau je. Padahal kau buat bende tu contoh kau bercakap fakta kat depan, kau cakap dengan seronok, kau menikmati saat2 tu, tapi orang lain x. 

''Tau a pandai tapi x payah bajet sangat nak berceramah kat depan.''

''Tu nak tarik perhatian cikgu a tu, untung a pandai.''

   Some say that as alasan to keep away from me. Just because I'm smart. I ain't smart! I just have more knowledge! Lagi2 when they see someone trying or speaking English, 

''Kau blah a dari sini. Jilat bontot Mat Saleh je kau ni!''

''Peh... bajet sial mamat ni nak cakap Mat Saleh!''

   Sedangkan aku cuma cakap 'so' je, so much fuck they lempar at me. Imma shining star for some, but a black hole untuk sesetengah lagi. Satu lagi masalah jadi orang pandai ni, orang yang kurang ilmu x semestinya akan puas hati dengan idea baru kita. Contoh aku cakap,

''Sejarah Melayu ni x semua fakta betul pasal orang kita suka menggembar-gemburkan fakta macam mastika, then x cukup bukti arkeologi and the likes.''

''Lancau! kau bajet a depan aku. Kau kalau nak sangat buat sejarah sendiri kau jadi a Julius Ceaser. Then kau buat a kau punya sejarah. Kau kan pandai mana nak percaya bnde2 camni.''

   See. Some airhead easily butthurt with simple factful statement. Why are so? because lack of knowledge, and some liberalization in keilmuan. Ilmu doesn't pick what race you are. Ilmu only ilmu when you love it. Then 100 tahun kendian barulah statement ni popular. Anyway, satu yang aku benci jadi budak pandai, kesunyian. Bila sunyi bagi aku kita kekurangan sifat kemanusiaan. Bila kita dah terlebih pandai, kita akan berfikir semuanya berdasarkan fakta dengan nombor. Kita cuma buat bende tu bila kita yakin jawapan dah ada kat depan mata. Dulu aku camtu. Then sekarang ni aku percaya, kita mampu mengubah takdir sebab masa depan ni misteri. Jadi kita x tau apa jawapannya. Lebih baik cari jawapan dari tunggu jawapan. Dulu sebabkan pemikiran camtu a budak2nya tinggalkan aku. Sebab aku terlalu pentingkan diri sendiri. Aku x berusaha untuk melindungi kawan2 aku sebab faktanya aku x kuat. Jadi aku x mampu melindungi dorang. Aku pikir camtu. Anyway, lebih baik jadi bodoh tapi menghargai kawan daripada pandai tapi berdiam diri. 

   Dipendekkan citernya, semuanya ujian Allah. X kira bende tu baik atau buruk. Sebab itulah tandanya Allah sayangkan kita. Die nak bila kita senang kita ingat die, bila kita susah kita ingat die. Allah sebenarnya kalau die datangkan ujian sebab die bagi kita peluang untuk kita menjadi manusia yang lagi baik. Caranya dengan mengingat die. Kita berdoa supaya kita sentiasa merendah diri bila senang, kita berdoa supaya kita sentiasa tabah bila susah. Jadi kalau kita dapat mengatasi bende ni, x de bende yang boleh mengacau kita. Anyway, IQ dengan EQ kena seimbang, baru kita boleh memimpin diri sendiri. Kalau dunia ni semua senang baik duduk syurga. Untuk kali ni punya edition post aku, I bid you all Al-salam 'laik'm wa rahmatullah.                

No comments:

Post a Comment