Sejak hari pertama aku duduk kat Kajang, tahun 2009 dulu, aku dah x boleh duduk diam. Biasa a budak lelaki. Aku teringat dulu masa aku kat Telok Panglima Garang, keliling sume kebun orang. Then bila petang(aku memang x into sangat sports ni) bosan ajak member2 buat projek dalam kebun. Aku rasa projek aku yang paling gila ialah, buat bom. Molotov. Peh. Aku ingat lagi dulu, kitorang ponteng sekolah agama. Time tu dah sedia dah semua bahan. Member aku bawak mercun, aku bawak petrol dengan sorang lagi bawak botol kaca. Mercun Thunderclap+petrol= kebun orang terbakar. Ah sudah. Anyway sejak pindah Kajang ni, aku dah x de kawan a yang cukup berani buat camtu. Jadi a aku lone ranger.
ni taman tempat aku duduk, yakninya Kajang Prima.
Then hari pertama aku kat rumah baru, aku bosan. Aku jalan2 then ternampak kat bukit tu(orang nampak semak-samun je) ada cam laluan(padahal laluan anjing nak cari mate). Aku dengan perasaan ingin tahu nya terus mengikut denai tu. Habis je denai tu, ada satu jalan. Aku pun pelik. Aku cari penghujung jalan tu. Jalan tarmac tu membawa aku ke tangki air atas bukit. Oho... sekarang aku tau, di sebalik kehijauan belantara hutan tropika yang x berapa nak tebal tu rupanya bertamadun jugak... Time aku nak turun tetibe aku nampak ada Cina jogging kat situ. Aha... dan penduduk setempat menggunakannya untuk berekreasi. Bagus mendekatkan diri dengan Alam semulajadi. Boleh lari kejap dari ke bosanan bandar.
x sangka aku kat Kajang ni boleh cari lagi tempat yang redup camni.
Aku selalu nya jogging kat sini. Then kalau lepas balik sekolah tu aku malas nak balik rumah aku lepak sini kejap. Amek angin kejap. Paling best pasal boleh dapat view seluruh Kajang kalau g kat lereng die. Kalau x de jerebu boleh nampak KLCC.
aerial view of Taman Jasmin
x de port lepak yang lagi best daripada tempat yang kau boleh nampak semua yang wujud dekat kawasan kau. Anyway bila aku lepak sini aku rasa bebas. Seolah-olah cam burung. Ha... tetibe teringat impian member aku, Dini, kata nya nak terbang cam citer Doraemon. haha.
Taman Jasmin dengan Bukit Mewah. Time ni jerebu jadi x bape jelas sangat
Then bila dah bosan sangat lepak sorang kat bukit, aku ajak member2. Hari buat shooting untuk gambar kelas aku. Peh dorang kalau nampak kamera macam budak2.
dari kiri: Fish, Firy, Black, Syahmi, Yaya, Faz
Yang menangkap gambar ni Mok, dan itu moto die. Anehnya sejak bila pulak aku suka letak muka aku dalam kamera orang? pfft.
halfway to the top
ok sambung citer bukit. Secara jujurnya kau pn x tau nama bukit ni apa. tapi aku rasa kalau aku namakan Bukit Kajang ok jugak. Pasal kat bawah rumah aku tu ada tol nama 'Plaza Tol Bukit Kajang'. So aku rasa tol tu dinamakan sempena nama bukit yang enjenier die tarah kot.
Tapi aku sentiasa kasihan mengenangi nasib yang selalu menimpa bukit ni. Botol arak bersepah2. Then orang curi moto sorok kat sini. X cukup, bulan puasa, boleh pulak ada kapel, naik kereta, awek budak sekolah balak dah habis, lepak kat sini. Tu aku belum citer, bukit ni jadi port orang bukak puasa.
Dalam semak ni la selalu orang buat projek. minum arak a ape a. Anyway, aku x pasti a dah ada orang buat projek dalam semak ke belum. shit.
Untuk kali ni, akan bersambung part 2. Dimana ada lagi banyak citer untuk ditulis.
No comments:
Post a Comment