Powered By Blogger

Wednesday, August 22, 2012

Down To Memory Lane: SMK Telok Panglima Garang

   

   2009, bermulalah satu episod baru dalam hidup aku. Episod yang mengubah hidup aku hampir 100/100. Mostly because kalau kat Telok aku membesar, kat Kajang pulak aku matang. Aku mula mengenali yang kehidupan bukan hanya sekadar perjalanan yang sehala, tapi mempunyai banyak signboard yang menuju ke arah identiti sendiri. Maka aku sangat bersyukur sebab akhirnya aku jumpa juga hikmahnya yang selama ni aku sendiri x mau pindah. Dan begitu jugak sekolah. Sebelum ni aku sekolah-sweet-sekolah kat SMK Telok Panglima Garang. 

   Sekarang aku sekolah kat SMK Taman Jasmin 2, sekolah yang paling x sofistikated pernah aku jumpa. haha aku pn x tau kenapa aku nak sekolah kat sini. Asalnya ayah aku offer sekolah High School. oh bagus. X de perempuan! hahaha hilang masalah. Then entah camne, sebab aku malas nak naik bas membazir duit, aku pilih Jasmin je. x sampai 200m pn dari rumah aku. Masa baru mula2 masuk, peh. Bagak feminin nama. Ceh kalau dulu aku nampak bnde kaler pink mesti aku avoid. Tapi akhirnya aku terima jugak. Di mana aku mengalami transformasi dari lelaki yang x kan berlengah-lengah untuk meletakkan peluru 5.56mm kat perempuan guna AK-47 kepada lelaki yang x boleh tengok perempuan menangis. Ceh. Puih la kau Black. Gebang je lebih. Ok anyway Jasmin dah jinakkan seorang warga Panglima Garang. pfft. 

   Secara ringkasnya aku ada different life at SMKTPG than SMKTJ2. Hidup aku kat Telok liar sikit dari Kajang. Mungkin sebab time tu aku ada ramai kawan kot. Cakap je mana rumah member2 aku sume aku pernah lepak. Tapi belum sampai Batu 10 bahagian dalam lagi a. Kalau Sijangkang x habis round lagi. Then aku paling suka bila raya. Serious kasi sehari x habis raya. Kalau boleh semua rumah aku boleh raya. haha. Sampai ketua kampung punya rumah kat belakang Shell tu pun aku raya jugak. Ah! baru aku ingat. Ni memang kenangan manis. Aku memang x boleh lupa a. Dulu ada a cikgu Kajian Tempatan, masa tu sekolah rendah, cikgu bagi assenmen. Suruh cari citer pasal Penghulu Telok Panglima Garang. Then kitorang satu geng set a. Fuh... Penghulu pn memang sporting. Kitorang x de pn date dengan die. Tapi bila kitorang datang die terus layan. Then kitorang pn jadi a wartawan yang x bertauliah yang sangat mentah. Nah kau geng kitorang paling gempak folio die hahahahaha...

   Bila kat sekolah menangah, aku rasa geng kitorang paling unik. Kitorang buat masalah tapi x menyusahkan orang lain. Anehnya masalah cam kitorang port lepak kat, uuhhh.. surau. heheheh... Time rehat, semua orang lepak kantin, kitorang, hehehehe... bersatu dengan alam semulajadi. Ada satu pokok besar kat sana. Then kitorang panjat jadi port lepak. Hahaha. Setiap orang dalam geng aku dah reserved dahan tu aku punya dahan tu kau punya. Then satu hari tu kantoi dengan guru besar, En. Nordin Saad nama die, nampak je terus kejar kitorang. Kitorang pn apa lagi cabut a. Mak aih. Lama bye die kejar kitorang. Then bila kitorang sorok kat Pusat Sumber baru die hilang. Esoknya kitorang tengok die berjaga kat area situ. Tau ada orang lepak situ. Kitorang pn beralih markas. Yakninya surau. Aku rasa tu la port yang paling selamat. Mana taknya. surau= baik= suci. hahahaha... 

    Then bila datang lambat, hah. tu paling strict. Aku ingat lagi dulu time aku fom 2, masa tu baru balik solat jumaat a, sesi petang. Cikgu Aspa lepak depan pak guard. Kitorang pulak memang dah tau die mesti kat situ. Then sebelum masuk dah siap2 pasang strategi nak masuk sekolah. HAHAHA... Ah ada satu lagi. Yang ni memang bikin panas. Hari tu aku datang lambat a. serious lambat giler. Then time tu kat pak guard kena tulis nama a cam biasa. Pastu kitorang pn lari a ikut belakang tempat lepak pak guard. hahaha... ingat dah selamat. tapi entah malaon mana sial sangat petik nama aku. Tu memang saja a nak tiaw aku. Aku masuk kelas je. Mula ok. tapi masa kedua, tetibe ada mamat sial panggil aku. Muka cam baik, tetibe bawak aku g bilik disiplin. pfft. Anyway dulu masa aku sekolah kat sana aku memang x pernah g perhimpunan tengahari. Sial dah a panas giler. Alternative? lepak gerai layan air kelapa dengan jambu. Sampai sekolah, ikut pintu pagar asrama, lepak surau. Terus jadi baik. 

   Tapi... macam biasa a. Nothing last forever, even cold november rain, bak kata Axl Rose. Akhirnya, aku pindah. Pindah kat sekolah yang 100/100 lain. Dan sekolah itu ialah sekolah Jasmin. Anyway, aku bukannya lelaki macam aku kat Telok dulu. Jasmin menjadi kan aku lelaki yang lain. Peh. Paling aneh, aku dipaksa menjadi pengawas. pff. Musuh kini jadi kawan. Apa kejadahnya aku jadi pengwas. Anyway perjalanan masih jauh lagi untuk aku, merentasi ranjau sambil masa berlalu membawa kenangan pergi...

No comments:

Post a Comment