Powered By Blogger

Sunday, August 5, 2012

Patriotik bila Bersukan

   Kat Malaysia ni ada satu kuasa paling besar. X, Aku x rasa kuasa ni besar kat Malaysia je, tapi kat seluruh dunia. Siapa die? MEDIA MASSA. Cuma kat Malaysia ni kesan die lagi besar a. Mungkin sebab meleis x suka baca buku kot. Entah sapa tau. Yang keluar kat TV sume terus percaya. Ok back to the main point. Kita tau, kat Malaysia ni sukan paling popular ialah bola dan badminton.

   So kenapa sukan ni dapat sambutan yang hangat walaupun team bola mesia x pernah menang? Dan Lee Chong Wei sama no 1 dengan Nicole David ranking diorang dalam sukan dorang? so aku yakin, politik dan propaganda melebih-lebih. Pastu Olimpik, sukan lain yang ada Malaysian x de la pulak aku tengok Malaysian bagi sokongan penuh, tetibe bila Lee Chong Wei main, fuh! terharu aku menengok semua rakyat mesia satu hati menyokong die. Ok. Cuba banding kan. Kali ni aku bagi contoh, Alex Yoong.
(anda kenal malaon ni?)
   Bagi yang tak tau siapa pelumba yang hebat tu itu lah die Alex Yoong. Aku rasa selain helmet Keiichi Tsuchiya, helmet Alex Yoong paling cantik. Ya, semuanya sebab ada bendera Malaysia. Anyway selain daripada dapat masuk F1(sapa je yang layak nak drive F1?), Alex Yoong juga secara senyap2 mengharumkan nama Malaysia walaupun x de sapa yang perasan. Pencapaian die yang paling hebat ialah Le Mans tahun 2007, die dapat no. 8 overall, 5 dalam kelas LMP1. Untuk pengatahunan korang bandwagon sekalian, Le Mans ni ialah perlumbaan endurance yang paling berprestij di dunia, dan kelas LMP1 ialah kelas paling top sekali. ANEHNYA, kenapa, Alex Yoong yang mengaku sebagai MALAYSIAN, x dpat support dari mereka yang mengaku MALAYSIAN bila team bola mesia lawan dengan kelab England ataupun Lee Chong Wei main kat Olimpik. Bandwagon sungguh...
    Then sapa x kenal Nicole David? ya... pemain squasy ranking no satu. Anyway aku malas nak cakap banyak, sebab die memang banyak recognition. Cuma bandwagon2 je yang membuatkan aku menyampah. Time die lawan xde la pulak nak patriotik bagai nak gila, anyway, recoginition die tetap besar. 
   Malaon ni pulak kalau mat2 keter ramai a yang kenal. Tapi yang mainstreamer aku x tau a. Die ni Tengku Djan Ley, bagi aku die ni antara drifter terhebat. In fact, dekat D1 All Star 2007, die dapat ranking no 4. Which is very very impressive back in the days when Japanese ruled the sport. Dan die ni jugak racing kat MME dulu. Skang ni tengah main kat formula drift dengan Silvia die. dengar kata nak masuk v8. huhuhu...
(Tengok video ni, camne Tengku Djan kalahkan raksasa)
   Kalau ada Malaysian bagi komen hebat memang aku salute a. Anyway Tengku Djan ada life lain selain racing. Dan Drifting is his full time job. Anehnya mana die rakyat Malaysia yang patriotik tu? mentang2 a die x masuk tv kau pn x sokong die. pfft.

   Ok aku paham. Mungkin aku je kot yang terlalu hipster. chow.

No comments:

Post a Comment