Peh. Hari tu aku tengok a citer Passage to Malaysia kat Discovery TLC channel 707(byond ke apa sama je). Citer pasal Borneo. Then dengan hos die Denise Keller pergi kat Lost World of Sabah a, Sandakan, Gua Mulu kat Sarawak. Ini mengingatkan aku masa zaman aku sekolah rendah lagi masa aku masih seorang budak kecik yang bodoh dan innocent. Hahah. Aku ingat lagi dulu masa aku darjah 3.
Tengokkan ni membuat kan aku teringat zaman kanak2 aku yang bodoh dulu. Hahah. Time tu aku environmentalist lagi. Dek kerana lagu yang popular time tu, lagu Gaia. Zainal Abidin yang nyanyi. Somehow lagu tu terus masuk telinga right to my neuron. Biasa a budak2. Mengaji dah semudah Alif Ba Ta apa lagi lagu kan. Terus zaappp!! masuk! Then aku terus terpengaruh dengan lagu tu. Terus aku jadi environmentalist sepenuh masa. Lagi2 time tu masa aku darjah 4 ada jerebu paling besar dalam dekad lepas. Memang hangin a aku.
Haih. Camni lah lebih kurang time tu punya jerebu, cuma lagi teruk, almost zero visiblity. Boleh dikatakan time tu semua orang kalau nak keluar rumah wajib pakai mask. Gila apa. Tu pasal la sedikit sebanyak mempengaruhi aku punya kesihatan. Nah kau tu pasal mata aku merah. Sebaik x kena katarak. Punya lah pung pang pung pang aku kutuk2 Indon pasal jerebu tu. Habis jerebu je aku habis kan masa lepak2 kat kebun orang. Panjat pokok. Haha.. sama2 member semua sekepala memang sedap a.
Bila member sume sama buat projek memang senang a keje aku. Dulu kitorang memang menggelabah. Aku ingat lagi dulu a ada apek bakar sampah kat kebun die. Tetibe entah sapa yang bagi idea kitorang boleh pulak padam api tu. hahahahahah... sebaik apek tu x de kat situ time tu. Mesra alam x bertempat. Paling menggelabah aku a, serious bajet giler. Dek sebab terpengaruh dengan novel Tombiruo dengan lagu Gaia aku bercita-cita nak duduk kat hutan Keningau bila besar nanti. Menggelabah sungguh. Hahahahha... umo 9 tahun dah baca novel 500mukasurat. Bagak gempak.
Then entah aku tengok kat tv apa entah, citer pasal Sabah. Citer die lebih kurang a dengan Passage to Malaysia yang citer pasal Borneo tu. TV1 kot. Then aku bercita2 nak buat rumah kat dalam hutan, rumah kayu cam pondok kat US tu, pastu mula a menggelabah x mau ada paip air, guna air sungai, rumah pulak takat natural air vent, pastu eletrik guna solar. Pfft. Tetibe kat garaj ada Evo 7. hahahahhaha... kekasih kedua aku semestinya a kereta. Then aku menggelabah giler bila tengok tv ke orang cakap pasal pencemaran. Punya a pung pang pung pang. Tapi habuk.
So sebagai budak kecik yang menggelabah aku dengan menggelabah nya nak jadi tombiruo. haha. Serious. Aku pikir aku dah banyak kali masuk kem pengakap dengan lencana bertampal sana-sini kira boleh survive a? haha. Sebenarnya survival ni bergantung pada keinginan. Kalau keinginan nak hidup tinggi, hidup a. Beza survivorman hidup bukan untuk consume, tapi atas dasar keperluan. Makan bila perlu eh eh. masuk lak topik lain. Dan tempat impian aku, kat The Lost World of Sabah. Time tu itulah tanah suci aku, sebelum bertukar kepada litar Sepang sekarang ni. Kononnya kat situ aman, jauh dari dunia luar, x de peperangan. Tengok a kau bila dah besar dah x pikir pn pasal tu. haha.
Anyway, tu sume cuma sebahagian dari sejarah hidup aku. Dan cam biasa a, kalau namanya Aku, mana ada nya nak suka kan tengok zaman kanak2 aku? hahaha... menggelabah sungguh(sampai sekarang pn) zaman kanak2 aku. Kalau aku ada mesin masa aku nak je belasah aku yang dulu. Fuh. Rasanya aku dah kering nak tulis apa. So paham2 je a, anyway, CHOW.
No comments:
Post a Comment