Powered By Blogger

Friday, September 14, 2012

Perfect Vacation!





   Vakasi? ya... ini subjek yang menarik. Bila citer pasa vakasi ni semua nya rilek. Maksud aku kita boleh lari dari kerja serta soalan addmath untuk sebentar. Memang a matlamat sebenar vakasi ialah untuk menenangkan fikiran. Aku yakin kebanyakan daripada kita kalau citer pasal vakasi pantai mesti no 1 kan? Alah Langkawi tu mende?




   Aku pn x tau kenapa, tapi semua orang kata vakasi kat pantai menenangkan. Pastu rilek. Boleh tengok sunset. Poodah. Apa romantik sangat ni bagak x de kelas. Seriously aku benci pantai. Bagi aku, pantai ni kosong. X de mende. Apa yang kau nampak cuma horizon je. Dengan sunset. Aku memang x into dengan pantai kalau nak diikut kan. So apa jenis vakasi yang aku prefer?




   Untuk sesetengah orang mungkin bukan vakasi tapi rekreasi. Nak dibanding dengan pantai aku prefer hutan kalau nak diikutkan. Entah a kenapa makhluk pure Austronesian cam aku x suka pantai. Bukankah melayu dah redah 7 lautan? Boleh dikatakan bila aku lepak hutan rasa cam kat rumah sendiri. hahaha. Lama x panjat pokok. Berbanding pantai, kat hutan ada banyak bnde boleh buat. Cakap je apa. Contoh nya paintball guerilla, flying fox, apa sume a.




   Ahahahhahahah.... daripada aku menge-tan-kan muka aku kat Langkawi bek aku explore Taman Negara Endau Rompin. Dan, best of all, walaupun mandi sungai risiko terminum kencing orang kalau mandi kat bawah tu banyak, air die sejuk. Pastu pulak x de a panas cam kat pantai. Mata aku pn x silau. Then apa yang best sangat dengan hutan? sebab daripada tengok horizon yang cuma ada kaler biru kat hutan aku boleh nampak banyak bnde dari pokok ke binatang.




   Dan peluang kau tengok bnde yang wujud kat Discovery Channel sangatlah tinggi tanpa kau perlu bayar lebih. Kalau nak tengok jerung 300rm mari mau skuba. Udara kat hutan bagi aku yang paling bersih, dan air die jugak yang paling fresh boleh kau dapat. Dengar bunyi air yang mengalir tu... ahh... Eden! Oh ada satu port yang bagus untuk pergi hutan, memang x glemer a tapi kira cool jugak a. Dekat kedah pergi kat Sedim Canopy Bridge. Dan sungai die tempat kayak yang paling gempak sekali beb! Kat Malaysia tu! Singapore terus tawar aku.




   Hahahah... puncak tertinggi, 26m dari atas tanah, sepanjang 1 km, atas pokok. Boleh dikatakan, tempat ni kira underrated jugak a. Ditubuhkan oleh Sultan Kedah. Dan tempat ni ada banyak aktiviti recreational yang sangat2 lah taste aku. Accomodation ada chalet baru buat. Nak makan lak? hahahah... don't be a tourist, be a traveller! jadi lah sebahagian dpd masyarakat kampung ni dan dapat lah makan.




   Kenapa perlu pergi obersi nak vakasi? sedangkan kat Malaysia ni ada terlalu banyak example. Contohnya kat Taman Negara Mulu. Ya... inilah die tempat paling nak aku pergi sejak dulu. Dengan geologinya, hutannya. Fuh! Still virgin! Dan nak dibanding dengan Amazon, umur die 80juta tahun. Hutan Malaysia pulak? 120juta tahun. Plus hutan kat Malaysia ada semua spesis kat US sedangkan semua tu cuma x sampai 1/3 dpd yang ada kat Hutan Malaysia.




   Gua Mulu... gua paling besar kat dunia, belum diterokai sepenuhnya. Kat mana la boleh cari lagi tempat camni kan. Anyway, hutan lagi bagus sebenarnya dpd pantai. Tapi itu aku punya pendapat a. x tau korang punya camne. Papehal, cheers!

No comments:

Post a Comment