Powered By Blogger

Friday, September 28, 2012

Citer Sorang Pengawas(ke pengganas....?)

   Lama jugak aku dah x tulis kat blog ni. Entah la mungkin aku x de masa kot(budak sekolah sibuk sangat ke?). Yela kan baru habis trial. Then lepas trial pulak aku sibuk dengan hal2 lain. Pasal sekolah punya hal jugak. Time cikgu bagi aku keje yang last2 menet baru nak kasi. Mau aku dengan geng x tido malam menyiapkannya. Tapi sayang... haha. Anyway, akhirnya aku dah boleh conclude dah citer hikayat pengawas aku.

 Zur Helza, Paan, Wan, Afif, Fish, Black
 
   Hm... Frankly masa aku kat SMKTPG aku sebenarnya anti giler dengan baju2 biru ni. Dah a keje mengacau aku buat projek je, kaki ngadu pulak tu. Aku tau dulu aku kantoi sampai kena busted pasal ada malaon2 baju biru yang petik nama aku. shila... ops. X guna. Aku cukup panas menengok pengawas ni. Paling menggelabah time perhimpunan. Aku pelik. Budak2 punya a panas gile kena jemur pengawas sempoi je lepak kat port2 yang cool. pfft. Pastu bajet pulak depan aku. Tapi semuanya berubah bila aku pindah Kajang, SMK Taman Jasmin 2.



   Then bila aku pindah Jasmin, hidup aku still the same. Untuk sebulan. Aku pn x tau kenapa. Keputusan aku teruk. Rekod disiplin berlambak. Tapi cikgu boleh pulak target aku jadi pengawas. Then sejak tu ramai la pengawas kejar2 aku. Rasa cam kena kejar paparazo pulak. Then KP pulak kejar aku. Pujuk2 aku. Pujuk punya pujuk aku still x mau baju biru. Tetibe anjing KP paling setia pulak offer aku. Mula aku x terima. Memang aku x mau terima pn. Then tawaran tutup. YAHOO! aku dah bebas. Ya untuk 3 hari. Minggu depannya hari isnin, Aku dengan syok nya still pakai baju putih. Tetibe budak2 nya(pengawas lerr...) bising2 kat aku. WA... OPS. APA? APAHAL NI? Pengawas2 sume tanya aku(walaupun aku x kenal dorang) 'mana baju biru kau?' Uhhh... Boleh aku ulang? 'Kau bukan dah jadi pengawas ke?'

   'Bukti?'
   'Kau tengok kat jadual bertugas ada nama kau.'
   '?!!'

   Aku cari KP. Tanya die. 'Pe citer bro?' 

   'A'ah kau ni spoil a. Pasal kau x pakai baju pengawas?'

   Ok. Aku sekarang officially seorang pengawas. Esok, aku masuk kelas. Dengan baju biru yang aku beli last menet. Malam tadi. 'Wah... Black, kau nampak segak a.' Dan berbagai lagi pujian serta sarkasan yang aku dengar. Aku x ingat apa tapi yang pastinya berbunyi 'uuuuhhhhh' dan 'aaaahhhh'. Lebih kurang a. Esoknya aku terus jadi anak murid KP, Aiman. Macam2 a skill pengawas yang die ajar aku. Aku belajar sesuatu. Baru aku tau. Haih. Betapa susah nya bila aku membanteras 'diri aku' sendiri. Baru aku tau betapa susah nya dorang selama ni. Sakainya melayan budak2 hardcore ni bila kau seorang pengawas cuma pengawas yang hebat cam aku dan komrad je yang tau. Kau x yah citer. Memang suwey.

   Then Aku yang sememangnya ramai yang cari pasal tanpa sebab bertambah lagi pencari pasal. Bajet a. Budak baru sial a. Berlagak a. Ok. Itu la yang aku dapat. Dah a aku budak baru. jadi pengawas pulak tu. Mau budak2 nya panas giler dengan aku. Then x hairan a kalau tengok aku kena tiaw ke apa suma. Dah a budak baru. Jadi pengawas. Pengawas yang bertanggungjawab pulak tu. Selalu port2 yang panas2 aku yang kena bertugas kat situ. Budak2 rokok, port budak2 delinquent lepak. Aku yang kena settle dorang. Then kat situ a aku jumpa komrad aku, Mok. Aku 1st jumpa die kat surau time solat jumaat. Tapi takat kenal2 je a. X kawan pn. Then start kawan bila kitorang sama2 bertugas. Haha. Zaman aku dulu kat kantin port paling panas. X yah citer. Budak2 buat projek sume kat situ. Yang peliknya kat belakang tempat sampah jugak dorang buat port. Apa kebabian... ops. Apa kehalnya kat belakang sampah jugak kau nak layan marlboro(budak sekolah layan pine la der...)?

   Sejak aku jumpa Mok baru aku tau keindahan jadi pengawas. Asalannya kat kantin x de a KP ke cikgu suruh bertugas time sebelum masuk kelas. Tapi cam bese a. Mok ni pandai berkata2. Padahal bukan tiap hari budak2 buat projek kat belakang kantin boleh pulak die cakap kat KP yang kat kantin ni port panas. Then akhirnya KP pn approve a. So dari situ bermulalah hidup baru aku sebagai pengawas yang 'bertanggungjawab'. Then aku time rehat KP letak aku kat belakang blok. Port panas jugak. Kat sini la aku jumpa member aku, yang sememangnya member pertama aku kat Jasmin ni, Bo. Asalnya aku jumpa die kat kelas. Tetibe sama kepala die suka kete, terus hi-5. Hahaha. Bila dah sama tempat berjuang, mula a skillnya. Dari situ kitorang share suka-duka persahabatan.

   Dan bermula kat sinilah, proto Sulphur-Cross Link Team dibentuk. Asalannya Aku, Bo dengan Mok. Paling x leh blah ni a time yaasiin. Malas nak baca yasin punya pasal, lepak surau. Alasan, budak ponteng. Mulanya KP suruh kitorang bertugas kat sana. So kitorang lepak a sana. Tapi bukan tugasan tetap a. Then time KP x suruh bertugas kat surau Mok dengan sempoi nya kelentong KP lagi, kat surau itulah, inilah. Then KP approve. Hahahahha... sejak tu bermula lah rutin gelap aku. Dari situlah semua cerita2 epik kitorang bermula. Tahun depannya, 2010. Aku fom 3. Tetibe member kitorang, Shark dengan Fish jadi pengawas. Patutnya DF pn jadi pengawas jugak. Tapi die malas. So Aku, Bo, Mok, Shark/Obes dengan Fish sekarang satu kepala satu uniform, buat projek2 yang gempak2. Hahahahahaha... Paling aku ingat a time lepas PMR. Time tu merdeka kejap. Time tula kitorang start buat projek. Paling x leh blah a time tu. Pengawas pn x de beza dengan budak2 bese.

   Datang pukul 9, pukul 9.30 kat mapley. Pastu balik. hahaha... Then kitorang sangat cool. Ok anyway tu sambung nanti part 2. Zaman kegemilangan kitorang, tahun 2010...

 

No comments:

Post a Comment