Powered By Blogger

Tuesday, May 7, 2013

Dilema Melayu

   

   Ethnically, aku bukan Melayu. Racially, Melayu x wujud. 'Malay Race' ni satu klasifikasi yang dah kolot sebenarnya. Kalau zaman abad 19, ok masih relevan. Tapi lepas abad 20, tidak. Ok sebelum korang pening, bagi aku terangkan dulu apakah itu 'Melayu'. No I'm not going to a racist. I'm just telling you the fakta dan auta. Sebenarnya kalau nak diikutkan, Melayu bukan bangsa, tetapi etnik. Etnik yang duduk kat area Palembang, Riau, dengan semenanjung Tanah Melayu. Kalau x kenapa pulak muka Melayu sama dengan orang Sunda, Jawa, Madura, Minang etc? Ini maknanya semua yang ada kat Nusantara ni ialah sebangsa.

   Kalau ikut Robert Blust punya proposal, katanya segala etnik yang duduk kat seluruh Nusantara, Madagascar, Filipina, dengan Polynesia(pasifik) berkongsi keturunan yang sama. X kira dari segi bahasa atau genetic, dorang semua ni berasal dari Taiwan. Nama bangsa ni ialah Austronesian. Bahasa dorang dari kelompok Austronesian. Then sekarang nampak bezanya? Ok aku bagi analogi lain. Korang mesti pernah dengan 'Caucasian' kan? Ok take it like this, dalam BM kita panggil orang putih. Then korang tengok Caucasian ni ada German, ada Russian, ada Arab ada Italian. Jadi korang boleh tengok yang, dorang semua orang putih, tapi berbeza etnik. Jadi bangsa dorang ialah Caucasian dan etnik dorang ialah Russian etc.


   Same goes as Melayu. Etniknya ialah Melayu, tapi bangsa Austronesian. Yeah muka aku Melayu, tapi etnik aku Jawa. Jadi kalau nak dikatakan pn Jawa dan Melayu berkongsi feature yang sama. Jadi ini menunjukkan yang bangsa kita ialah Austronesian. X wujud istilah 'Bangsa Melayu'. Ok. Then citer sekarang, aku amek contoh kat Malaysia. Tapi citer sekarang kalau kat Malaysia, orang Melayu x sedar fakta ni semua. Yang die tau, 'bangsa aku Melayu'. Tidak. Aku x setuju. Niat aku kat sini bukan nak pecah belahkan melayu. Tapi cuba pikir, kita kena tau ni supaya kita kenal siapa sebenarnya Melayu ni. 

   Then citer sekarang, nasionalisme Melayu ni makin naik. Lagi2 lepas GE13 bila DAP(yang dikatakan banyak Cina) menang banyak kerusi mewakili PR. Melayu start takut dengan bende ni then mula a bangkit. Takut jadi macam Singapore. Ok first, kita sedar diri dulu. Aku x kisah kita nak pertahankan Melayu sebab tu memang tugas kita(ikut perlembagaan aku Melayu). Tapi cuba korang pikir kenapa Cina x ngam dengan Melayu sangat? 1st, cermin diri. Cuba tengok, berapa kali kau tengok tokong Cina then nampak patung Tuhan die, then kau kata: Uii... giler boroi tuhan die dowh. Ataupun kau nampak kuil India then kau akan nampak: Eeii... tuhan gajah. Kalau korang masih lagi berfikiran camni, mintak maaf, korang masih lagi x ngam.


   Pemikiran camni je dah menyebabkan non-Malay sterotype kat kita. Dorang mula prejudice bila kau start berfikiran macamtu seolah-olah kau x boleh menerima kewujudan dorang. Bukan aku suruh kau Melayu jadi Cina tak. Tapi sekurang2nya jangan buat macam dorang tu alien. Sila paham. Jadi ini langkah pertama kita kena buang segala stereotype terhadap Melayu dari pemikiran non-Malay. Ini penting. Kata Melayu ni bangsa paling bertoleransi(Alter Rahsia Bangsa Melayu kata a...) tapi perangai camni. Apa citer? Then lepas GE13 ni jugak Melayu mula x senang Cina dah banyak pegang kerusi kat parlimen. Katanya dorang memerintah Melayu hancur. Oh kemon... 1st, korang kena tau, Cina cuma dibenarkan pegang 122(yeke? x silap aku a) kerusi je. 122 tu x cukup untuk membentuk kerajaan. Jangan jadi macai yang taksub. Then, kita lupa terhadap Raja kita. Agong kita sekarang ni, Sultan Abdul Halim. Sultan ialah penjaga Melayu. 

   Sekarang ni pulak makin meluat aku bila tengok ada statement macamni:

''X guna punya Cina!! Korang dah menumpang kat tanah Melayu ada hati nak perintah sini pulak!!''

   Ataupun yang masih mengungkit2 lagi kisah silam macam PKM ataupun May 13th:

''Korang ingat x dulu 13 Mei apa jadi?! Sume Cina punya pasal tau!!!''

''Korang ingat lagi x dulu Chin Peng kata apa? 'Jadikan Melayu itu hamba' tau x!!''


   Seriously adakah perangai Melayu memang suka mengungkit? Cina sendiri dah x mau riot lagi. Dorang nak Malaysia aman. Itu je. Yang pasal kominis ni pulak. Cuba korang pikir kenapa pengganas dorang memberontak? Sebab Malaysia dah merdeka, tapi kenapa masih ada lagi orang putih kat Malaysia ni? Tengok sebabkan nasionalisme jugak kan? Jadi camni a. Kalau korang sume terus buat rant statement camtu korang ni serupa je dengan pengganas Chin Peng dulu. Beza korang ni keyboard warrior. Jadi sila, silalah berbudi bahasa. Jangan buat macam semua Cina ni jahat. Jangan burukkan nama Melayu. Kalau camni memang a Melayu hilang. Hilang budi bahasa Hang Tuah. Bukankah Melayu terkenal dengan sopan santun budi pekertinya? 

   Then, sila jangan kuat sangat nasionalisme terhadap kaum tu. Ini penting. Tau x nasionalisme terhadap kaum ni antara penyebab peperangan yang paling banyak sekali? Nak tau? Dua perang dunia dah cukup untuk menerangkan segalanya. Disebabkan Adolf Hitler pikir bahawa bangsa Aryan yang terhebat sekali a die menakluk dunia untuk kepentingan bangsa die sendiri. Supaya bangsa die ada tanah untuk diduduki. Dan pemikiran di mana bangsa adalah segalanya ialah pemikiran kolot yang akan menyebabkan peperangan berlaku lagi sebenarnya. Korang boleh check sendiri bende ni kat internet. Jangan malas/manja sangat. Kita sepatutnya belajar untuk walk in their shoes. Bukannya kita jatuh je salahkan orang lain. Pikir kenapa. Oh cakap pasal ni korang pernah terpikir x pasal hak ketuanan Melayu?


   Pikir camni. 55 tahun Melayu dibagi keistimewaan. Tapi ok aku bagi contoh, ekonomi. Kejayaan seseorang salah satu pengukurnya ialah camne dorang kawal ekonomi. 70/100 ekonomi Malaysia Cina pegang. Jadi cuba pikir kenapa Melayu yang 55 tahun dibagi keistimewaan masih lagi x dapat menguasai harta tanah sendiri? Adakah ni salah Cina? Hell no. Jadi sebenarnya Cina naik pasal salah Melayu sendiri. Dibagi pendidikan IPT, tapi belajar main2. Keje bawah2 sume, merungut. Salah satu contoh a. Pastu salahkan orang lain. Kata Cina itu ini. Oh kemon... Dorang sebabkan kena handicap ni a dorang bersatu, dorang berusaha. Tapi melayu? Ada kelebihan disia-siakan. 

   Jadi bagi aku kalau suatu hari nanti Cina memerintah Malaysia mungkin Melayu akan belajar sesuatu then berusaha untuk berjaya. Mungkin. Jadi, salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang. Kita Melayu ni dah cukup senang, dah dibagi itu ini. Tapi kita x gunakan dengan sebaiknya. Jadi kalau sekali sekala duduk bawah pemerintahan non-malay mungkin kita akan berevolusi. Mungkin sebab keistimewaan ni membuatkan kita Melayu berlengah2. Sebab kita tau akan ada orang akan suapkan kita. Amek contoh macam Korea Selatan dengan Jepun. Lepas perang Korea Korea Selatan tu cuma padang tekukur. Xde pape langsung. 50 tahun kemudian itulah yang korang puja2. Jadi kenapa Malaysia x boleh? Kenapa Korea boleh? 


   Negara Korea Selatan tu bukan ada resource yang banyak macam kita. Dornag boleh jadi kuasa besar dunia. Jadi kenapa x boleh Malaysia? Mungkin sebab kurangnya semangat patriotik. Ok aku x suruh jadi obses macam Hitler cuma seimbangkanlah. Soal patriotik ni... bagi aku seni sepatutnya menjadi tunggak utama nak tengakkannya. Amek contoh masa zaman sebelum merdeka dulu. Banyak penulis Melayu buat karya2 patriotik. Media hiburan sepatutnya jangan dok buat citer pasal cinta ke lawak hambar ke pasal taiko. Tapi buat a citer thriller macam suatu hari nanti Malaysia kena serang then masa tu baru rakyat sedar lepas kena takluk akhirnya bersatu sama2 Melayu Cina India pertahankan motherland.  Macamni baru boleh memupuk sifat patriotik.

   Dipendekkan citernya, aku percayakan konsep Malaysian Malaysia. Walaupun aku ni Melayu(ikut perlembagaan) tapi aku x rasa aku ada beza dengan non-malay. Kalau nak pertahankan budaya Melayu, sila relevan dan jangan mengarut macam Alter Rahsia Bangsa Melayu atau ekstrim macam papagomo. Aku tetap manusia, dorang tetap manusia. Dorang pn dah terlalu banyak menyumbang pada pembangunan negara. Apa salahnya kita semua berkongsi keamanan dengan kejayaan ni sama2 tanpa libatkan masalah perkauman. Patriotik boleh, tapi jangan obses macam Hitler. Aku, Ahnaf Irsyad, berbangsa Malaysia. 1 Malaysia!

No comments:

Post a Comment