Powered By Blogger

Thursday, May 30, 2013

Seniority= Performance?

   Secara jujurnya aku x suka jadi junior. X kira keje ke belajar ke, asalkan junior. Kenapa? Sebab ada orang yang lebih atas dpd aku. Bukan sebab apa, tapi selama ni memang aku x suka kawan dengan senior. Bukan sebab kena buli. Kalau aku x kawan camne aku nak kena buli kan? Anyway ini sebab die:

   Aku paling benci sebab senior sentiasa pikir bahawa semua yang dorang buat, betul. Yes. Jangan gebang depan aku. Sume yang bergelar senior x akan dengar segala apa yang junior cakap, apalagi terima apa yang dorang buat. Yang dorang tau, Aku senior, aku lagi lama dari korang, aku lagi banyak tau dari korang, dan aku LAGI bagus dari korang. Titik. Yes. Dan kadang2 mereka sangat ego dimana hanya mereka yang boleh buat semuanya. Keje2 kuli sume junior buat. 

   Ok. Bagi aku umur hanya nombor. Umur cuma melambangkan kau lahir tahun berapa dan berapa lama kau hidup kat dunia ni. X lebih dpd tu. Contohnya kalau orang yang selama ni keje jadi engineer selama 10 tahun, tetibe umo 38 die jadi penulis pulak. Secara otomatiknya die ialah junior dalam bidang penulisan. Jadinya umur bukannya penentu performance anyway. Tapi in some case, senior jugak penentu berapa banyak pengalaman. Tapi tu no 2. Yang 1st ialah personality. 

   TAPI. Junior juga adalah lebih baik daripada senior kalau senior keje dok goyang kaki, tapi junior ada personality yang lagi hebat. Contohnya bila junior dibagi kepercayaan untuk buat keje A, tapi senior x puas hati sebab die rasa die lagi bagus dpd junior. Ok. Ini aku benci giler. Inilah die yang aku maksudkan dengan ego senior. Then, x semestinya kalau senior die dah mengalami every kind of pengalaman. Kalau junior lagi banyak mengalami pengalaman, maknanya junior tu lagi capable dpd senior yang kurang pengalaman. 

   Contohnya senior x akan merasa pengalaman yang junior rasa pasal senior ialah era yang berlainan. Contohnya kau bagi mekanik musclecar yang dah 40 tahun main enjin, tetibe suruh die tune keter eropah yang giler canggih dari engine, brake, transmission, sumenyelah, guna komputer. Dan itulah die yang die lemah. Sebab die cuma biasa tune carburettor, sedangkan budak2 zaman sekarang tune keter guna laptop je. Jadinya kalau bab2 tune keter zaman sekarang, die punya standard jadi sama dengan junior. 

   Jadinya dipendekkan citernya, senior dan junior ada pros dengan cons. Jadi senior x perlu tunjuk hebat, manakala junior x pelu nak bajet power. Sume kena moderate. Kalau anda seorang muslim, maka ikutlah Nabi Muhammad punya sunnah, be modest. Setiap orang ada kelemahan dengan kelebihan sendiri. Jadinya, silakanlah anda untuk merendah diri dalam melakukan apa sahaja. Be competitive, jangan keje cari buruk orang je. Jadinya until then, chow.

Friday, May 24, 2013

Lelaki Hati Besi

Aku seorang lelaki,
Punyai sekeping hati,
Tiadalah ia sakti,
Hanyalah keras laksana besi.

Aku seorang lelaki,
Punyai wanita yang menemani,
Tenanglah ia ku punya hati,
Adapun si dia hatiku dialah punyai.

Dia seorang wanita,
Dialah yang menduduki takhta,
Jernih matanya tiadalah dusta,
Ikhlas hatinya kekasihku si wanita.

Maafkan daku duhai kekasih,
Tiada dapat kucurahkan luhur kasih,
Jauh sekali bahagia dapat ku curah,
Tiada ku ingin lihat engkau bersedih.

Tiadaku mampu menghiburkanmu kekasihku,
Keras laksana waja ialah hatiku,
Tiada mampu aku bermanis-manis ayat menusuk kalbu,
Hanya kata2 keras tiada perasaan ku yang ku mampu.

Ya wanita kekasihku sayang,
Ayat ku kasar seakan mengasah parang,
Hatta hanya menyampah yang bersarang,
Andai begitu maafkanlah daku oh sayang.

*Ceh, puisi ni teruk.
**Kepada- Annisa Shazleen

Sunday, May 12, 2013

Lambang Persahabatan

Gambar bawah ni ialah lambang persahabatan:


X percaya? Ini die:

Kau kena tau, orang lain senang2 je dapat pasal cinta dorang murah, tapi kasih sayang Annisa mahal- Aishah
Kalau ada sesiapa nak tibai kau sebab die aku sedia penumbuk je- Haziq
Jangan tipu aku, kau ada masalah dengan Annisa kan?- Zaeiz
Dekat dengan die, tapi jangan buat die menyampah. Jauh dengan die, tapi jangan pinggirkan die- Asip
Aku dengan Asip dah plan dah nak kasi kau kapel dengan Annisa- Udin
Aku paham perasaan kau bro! Aku tau kau dah kena friendzone apa sume!- Kapet
Serious aku tabik kau. Kau punya keadaaan lagi teruk dpd sesiapa tapi kau tetap tabah!- KB

Terima kasih korang! Kalau korang sume xde x mungkin aku berbahagia sekarang ni! 

Friday, May 10, 2013

Apologize II

Aku x tau.
Entah camne. 
Tapi aku blank.
X tau apa perlu dibuat.
X tau mana arah nak pergi.

Ceh.
Aku rasa aku tau.
Mungkin sebab aku takut.
Yela, berani kerana benar, takut kerana salah.
Aku tau, aku pengecut.
Kenapa aku takut?
Bukan ke aku ni lelaki sejati?

Jadi citer sekarang kenapa aku takut?
Ya, aku bersalah.
Aku takut untuk bersemuka dengan kau.
Walaupun secara virtual pn tangan aku masih menggigil.
X sejuk pn hari ni.
Awan pn x mau hujan hari ni.
Panas ada a.

Aku tau, sebab...
Memang aku bersalah.
Sebab tu aku takut.
Sikit pn kau x senyum.
Lagi aku takut
Sebab aku bersalah.
Bukan ke takut kerana salah?

Aku tau.
Terlalu banyak aku mintak maaf.
Aku pn tau jugak.
Yang aku...
Dah terlalu banyak buat salah kat kau.
Sebab tu aku takut.
Salah aku terlalu banyak.

Aku harap... kau boleh terima maaf aku.
Walaupun untuk kali yang keberapa.
Mungkin kau dah bosan dengan ayat ni:
''Manusia x sempurna''
Ataupun:
''Manusia memang selalu buat kesalahan''

Aku teruk.
Aku langsung x ubah diri aku.
Aku x belajar pn dari kesalahan aku.
Tapi... tolonglah.
Terima aku seadanya. 
Sebab... aku sentiasa terima kau seadanya.

Aku... walaupun kau x mintak maaf pn.
Aku tetap maafkan kau.
Tapi... aku rasa serba salah.
Akhirnya... aku cuma seorang lelaki.
Lelaki tipikal yang kau sentiasa jumpa.
Tolonglah, Annisa:

Aku... mintak maaf, walaupun untuk kali yang dah x terkira.
............................................

Ahnaf Irsyad,
May 10, '13, 2008 hours.

Apologize

I am sorry.

I am sorry.

I am sorry.

I am sorry.

I am sorry.

Always


Tuesday, May 7, 2013

Dilema Melayu

   

   Ethnically, aku bukan Melayu. Racially, Melayu x wujud. 'Malay Race' ni satu klasifikasi yang dah kolot sebenarnya. Kalau zaman abad 19, ok masih relevan. Tapi lepas abad 20, tidak. Ok sebelum korang pening, bagi aku terangkan dulu apakah itu 'Melayu'. No I'm not going to a racist. I'm just telling you the fakta dan auta. Sebenarnya kalau nak diikutkan, Melayu bukan bangsa, tetapi etnik. Etnik yang duduk kat area Palembang, Riau, dengan semenanjung Tanah Melayu. Kalau x kenapa pulak muka Melayu sama dengan orang Sunda, Jawa, Madura, Minang etc? Ini maknanya semua yang ada kat Nusantara ni ialah sebangsa.

   Kalau ikut Robert Blust punya proposal, katanya segala etnik yang duduk kat seluruh Nusantara, Madagascar, Filipina, dengan Polynesia(pasifik) berkongsi keturunan yang sama. X kira dari segi bahasa atau genetic, dorang semua ni berasal dari Taiwan. Nama bangsa ni ialah Austronesian. Bahasa dorang dari kelompok Austronesian. Then sekarang nampak bezanya? Ok aku bagi analogi lain. Korang mesti pernah dengan 'Caucasian' kan? Ok take it like this, dalam BM kita panggil orang putih. Then korang tengok Caucasian ni ada German, ada Russian, ada Arab ada Italian. Jadi korang boleh tengok yang, dorang semua orang putih, tapi berbeza etnik. Jadi bangsa dorang ialah Caucasian dan etnik dorang ialah Russian etc.


   Same goes as Melayu. Etniknya ialah Melayu, tapi bangsa Austronesian. Yeah muka aku Melayu, tapi etnik aku Jawa. Jadi kalau nak dikatakan pn Jawa dan Melayu berkongsi feature yang sama. Jadi ini menunjukkan yang bangsa kita ialah Austronesian. X wujud istilah 'Bangsa Melayu'. Ok. Then citer sekarang, aku amek contoh kat Malaysia. Tapi citer sekarang kalau kat Malaysia, orang Melayu x sedar fakta ni semua. Yang die tau, 'bangsa aku Melayu'. Tidak. Aku x setuju. Niat aku kat sini bukan nak pecah belahkan melayu. Tapi cuba pikir, kita kena tau ni supaya kita kenal siapa sebenarnya Melayu ni. 

   Then citer sekarang, nasionalisme Melayu ni makin naik. Lagi2 lepas GE13 bila DAP(yang dikatakan banyak Cina) menang banyak kerusi mewakili PR. Melayu start takut dengan bende ni then mula a bangkit. Takut jadi macam Singapore. Ok first, kita sedar diri dulu. Aku x kisah kita nak pertahankan Melayu sebab tu memang tugas kita(ikut perlembagaan aku Melayu). Tapi cuba korang pikir kenapa Cina x ngam dengan Melayu sangat? 1st, cermin diri. Cuba tengok, berapa kali kau tengok tokong Cina then nampak patung Tuhan die, then kau kata: Uii... giler boroi tuhan die dowh. Ataupun kau nampak kuil India then kau akan nampak: Eeii... tuhan gajah. Kalau korang masih lagi berfikiran camni, mintak maaf, korang masih lagi x ngam.


   Pemikiran camni je dah menyebabkan non-Malay sterotype kat kita. Dorang mula prejudice bila kau start berfikiran macamtu seolah-olah kau x boleh menerima kewujudan dorang. Bukan aku suruh kau Melayu jadi Cina tak. Tapi sekurang2nya jangan buat macam dorang tu alien. Sila paham. Jadi ini langkah pertama kita kena buang segala stereotype terhadap Melayu dari pemikiran non-Malay. Ini penting. Kata Melayu ni bangsa paling bertoleransi(Alter Rahsia Bangsa Melayu kata a...) tapi perangai camni. Apa citer? Then lepas GE13 ni jugak Melayu mula x senang Cina dah banyak pegang kerusi kat parlimen. Katanya dorang memerintah Melayu hancur. Oh kemon... 1st, korang kena tau, Cina cuma dibenarkan pegang 122(yeke? x silap aku a) kerusi je. 122 tu x cukup untuk membentuk kerajaan. Jangan jadi macai yang taksub. Then, kita lupa terhadap Raja kita. Agong kita sekarang ni, Sultan Abdul Halim. Sultan ialah penjaga Melayu. 

   Sekarang ni pulak makin meluat aku bila tengok ada statement macamni:

''X guna punya Cina!! Korang dah menumpang kat tanah Melayu ada hati nak perintah sini pulak!!''

   Ataupun yang masih mengungkit2 lagi kisah silam macam PKM ataupun May 13th:

''Korang ingat x dulu 13 Mei apa jadi?! Sume Cina punya pasal tau!!!''

''Korang ingat lagi x dulu Chin Peng kata apa? 'Jadikan Melayu itu hamba' tau x!!''


   Seriously adakah perangai Melayu memang suka mengungkit? Cina sendiri dah x mau riot lagi. Dorang nak Malaysia aman. Itu je. Yang pasal kominis ni pulak. Cuba korang pikir kenapa pengganas dorang memberontak? Sebab Malaysia dah merdeka, tapi kenapa masih ada lagi orang putih kat Malaysia ni? Tengok sebabkan nasionalisme jugak kan? Jadi camni a. Kalau korang sume terus buat rant statement camtu korang ni serupa je dengan pengganas Chin Peng dulu. Beza korang ni keyboard warrior. Jadi sila, silalah berbudi bahasa. Jangan buat macam semua Cina ni jahat. Jangan burukkan nama Melayu. Kalau camni memang a Melayu hilang. Hilang budi bahasa Hang Tuah. Bukankah Melayu terkenal dengan sopan santun budi pekertinya? 

   Then, sila jangan kuat sangat nasionalisme terhadap kaum tu. Ini penting. Tau x nasionalisme terhadap kaum ni antara penyebab peperangan yang paling banyak sekali? Nak tau? Dua perang dunia dah cukup untuk menerangkan segalanya. Disebabkan Adolf Hitler pikir bahawa bangsa Aryan yang terhebat sekali a die menakluk dunia untuk kepentingan bangsa die sendiri. Supaya bangsa die ada tanah untuk diduduki. Dan pemikiran di mana bangsa adalah segalanya ialah pemikiran kolot yang akan menyebabkan peperangan berlaku lagi sebenarnya. Korang boleh check sendiri bende ni kat internet. Jangan malas/manja sangat. Kita sepatutnya belajar untuk walk in their shoes. Bukannya kita jatuh je salahkan orang lain. Pikir kenapa. Oh cakap pasal ni korang pernah terpikir x pasal hak ketuanan Melayu?


   Pikir camni. 55 tahun Melayu dibagi keistimewaan. Tapi ok aku bagi contoh, ekonomi. Kejayaan seseorang salah satu pengukurnya ialah camne dorang kawal ekonomi. 70/100 ekonomi Malaysia Cina pegang. Jadi cuba pikir kenapa Melayu yang 55 tahun dibagi keistimewaan masih lagi x dapat menguasai harta tanah sendiri? Adakah ni salah Cina? Hell no. Jadi sebenarnya Cina naik pasal salah Melayu sendiri. Dibagi pendidikan IPT, tapi belajar main2. Keje bawah2 sume, merungut. Salah satu contoh a. Pastu salahkan orang lain. Kata Cina itu ini. Oh kemon... Dorang sebabkan kena handicap ni a dorang bersatu, dorang berusaha. Tapi melayu? Ada kelebihan disia-siakan. 

   Jadi bagi aku kalau suatu hari nanti Cina memerintah Malaysia mungkin Melayu akan belajar sesuatu then berusaha untuk berjaya. Mungkin. Jadi, salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang. Kita Melayu ni dah cukup senang, dah dibagi itu ini. Tapi kita x gunakan dengan sebaiknya. Jadi kalau sekali sekala duduk bawah pemerintahan non-malay mungkin kita akan berevolusi. Mungkin sebab keistimewaan ni membuatkan kita Melayu berlengah2. Sebab kita tau akan ada orang akan suapkan kita. Amek contoh macam Korea Selatan dengan Jepun. Lepas perang Korea Korea Selatan tu cuma padang tekukur. Xde pape langsung. 50 tahun kemudian itulah yang korang puja2. Jadi kenapa Malaysia x boleh? Kenapa Korea boleh? 


   Negara Korea Selatan tu bukan ada resource yang banyak macam kita. Dornag boleh jadi kuasa besar dunia. Jadi kenapa x boleh Malaysia? Mungkin sebab kurangnya semangat patriotik. Ok aku x suruh jadi obses macam Hitler cuma seimbangkanlah. Soal patriotik ni... bagi aku seni sepatutnya menjadi tunggak utama nak tengakkannya. Amek contoh masa zaman sebelum merdeka dulu. Banyak penulis Melayu buat karya2 patriotik. Media hiburan sepatutnya jangan dok buat citer pasal cinta ke lawak hambar ke pasal taiko. Tapi buat a citer thriller macam suatu hari nanti Malaysia kena serang then masa tu baru rakyat sedar lepas kena takluk akhirnya bersatu sama2 Melayu Cina India pertahankan motherland.  Macamni baru boleh memupuk sifat patriotik.

   Dipendekkan citernya, aku percayakan konsep Malaysian Malaysia. Walaupun aku ni Melayu(ikut perlembagaan) tapi aku x rasa aku ada beza dengan non-malay. Kalau nak pertahankan budaya Melayu, sila relevan dan jangan mengarut macam Alter Rahsia Bangsa Melayu atau ekstrim macam papagomo. Aku tetap manusia, dorang tetap manusia. Dorang pn dah terlalu banyak menyumbang pada pembangunan negara. Apa salahnya kita semua berkongsi keamanan dengan kejayaan ni sama2 tanpa libatkan masalah perkauman. Patriotik boleh, tapi jangan obses macam Hitler. Aku, Ahnaf Irsyad, berbangsa Malaysia. 1 Malaysia!

Saturday, May 4, 2013

The Metal Hearted

   Then, rasanya sesiapa yang dah biasa baca blog aku tau, nama blog yang admin die nama Ahnaf Irsyad tajuknya The Metal Hearted. Kebanyakan isi die controversial. Sah2 ramai butthurt. Tapi ada jugak yang setia baca blog The Metal Hearted ni, contohnya yang nama blogger die Annisa Shazleen. Budak kecik. Budak sekolah yang baru nak amek PMR sedangkan dah 3 tahun bende tu aku buat dulu. Then die ada a dalam 6 inci lagi pendek dpd aku. Paras bahu rasanya. Perangai? Hm... mudah eksaited, environmentalist dengan... heh. eh eh! Aku ni nak citer pasal The Metal Hearted ke citer pasal Annisa?

   Ok ok. back to the main topic. Mungkin nampak luarbiasa untuk aku de-Metalization blog aku ni. Yela. Segala perkataan 'Metal' dah dibanished dari blog ni. Biarlah aku jadi diri sendiri. Then, apa sebenarnya Metal Heart ni? Apa kaitannya dengan aku? Kenapa gelaran tu sering diasosiasikan dengan aku? Itulah die apa yang aku nak sembang dalam post kali ni. Semuanya bermula 3 tahun yang lepas, lagi spesifik, hm... entah, okla gini. Sejak zaman aku sekolah dulu. Dan yang pastinya, perjalanan aku sebagai budak sekolah terlalu epik. Sebab tu wujud dalam blog yang giler gempak ni. Then, citernya bermula masa aku amek PMR dulu.

   Masa aku baru masuk sekolah menengah dulu aku selalu cakap kat diri aku, perempuan x bawak apa2 makna dalam hidup. Cukup sebagai pelepas nafsu. Aku mengaku dulu masa aku 14 tahun aku dah main dengan awek lama aku. Yela, die mintak kapel, aku bagi aku x de maksud lain perempuan bagi aku, jadi pelepas nafsu a. Anyway, then, Hikayat Metal Heart bermula sebab perempuan jugak akhirnya. Sebenarnya Metal Heart bagi aku bukan nama timangan ke apa, tapi sebenarnya nama prinsip yang aku buat, yang dalamnya ada banyak falsafah. Aku malas nak list kat sini, sebab semua yang tertulis kat blog ni semuanya falsafah prinsip Metal Heart.

   Sebenarnya aku buat prinsip ni untuk buatkan aku lagi matang, dengan untuk lupakan semuanya. Dan walaupun prinsip Metal Heart ni semacam memberi harapan baru untuk aku, tapi aku tau, suatu hari nanti tetap akan tumbang. Macam Soviet Union. Aku pn tau, perempuan akan tumbangkan MetalHeart. Cuma aku x tau perempuan jenis apa yang akan tumbangkan. Memang selama MetalHeart melekat dengan aku, semua nampak macam berjalan lancar. Die nampak macam perestroika&glastnost. Idea nampak elok, tapi reality is the name of the game. Cuma reality yang menjadi bukti bahawa prinsip tu betul2 efficient ke x. 

   Aku x rasa yang MetalHeart ni efficient. Aku tau jugak tau yang MetalHeart akan jatuh. Dan sejak tu aku mula berkawan dengan perempuan. Aku mula open hati aku untuk perempuan. Aku 1st thing bukan jenis yang mudah jatuh cinta. Lama sudah baru aku jatuh. Tapi ego sentiasa diasosiasikan dengan aku walaupun aku dah bukak pintu. Mungkin sebab aku masih refuse untuk kongsi perasaan aku dengan perempuan. Aku masih dibayangi dengan kesunyian. Sampailah... pertemuan yang aku x jangka. Aku x pernah jangka yang perempuan jenis Annisa aku akan jatuh. Aku dah predict. Cuma aku x sangka dan baru sedar, lelaki x akan hidup tanpa perempuan.

   Sejak itu aku sedar yang sex bukan kegunaan perempuan untuk wujud. Perempuan, dia yang memberi ketenangan kepada lelaki. Akhirnya aku sedar. Ini semua adalah nature. Aku macam dikejutkan dari tidur. Akhirnya aku paham. Memang sikap perempuan macam sebab itulah apa yang lelaki perlukan. Ya. Aku mengaku. Aku perlukan perempuan. Sebab tu aku mansuhkan segala metal dalam diri aku. Jadi neutral. No more fake personality. Just me, and the world. Aku akhirnya... menyerah kalah kepada lumrah. Sebab itu bende dah memang bertapak dihati aku. Macamana Icarus cuba untuk ke langit, sama macam aku buat. Langit ialah hadnya. Jangan lebih had atau mati. Ya. Dan akhirnya aku belajar untuk terima tu sume.

   Dan, Annisa, ialah perempuan yang bukak mata aku. Perempuan yang sayangkan aku. Kisah hidup aku berubah lepas die muncul. Aku tau, perempuan inilah yang aku perlukan! Selamat tinggal, Metal Heart.

A Woman By My Side

   I'm just a man. Yes you guess it, another typical sentence; I've always make mistakes. Ok lemme tell you that this whole post would be another typical way of man begging to his woman. Anyway, I'll go straight by now. The moment I know who are you is the moment I know, that you were the girl I've been looking for. Not only that you could make me happy but also to make me a better man. That is why. That is why I need you and I want you by my side as what it is right now.

   I know you were always by my side. All the time. You know I need you. But me... I'm just a man(again). A man who is not perfect. A man you've been dreaming for? Far from it. I'm rude. I crossed my word. I don't fulfilled the promised I made to you. At the end I'm just another man. A man you found everywhere. I'm just a beggar of your love. I'm not a good man. I know you are not looking for perfection but... I just repeated the mistakes over and over again.

   I want to clear all that dirty from myself. I know I can't do it alone. I'm in the middle of vast ocean. I don't where to go. Should I go to this way? Or that way? I can't decide it myself. I need help. Yes guys. I'm not a strong man. I still need help from someone. I know can't live alone and decide where to go and what is good. But please. I know this is not second time I beg for a chance to you. Maybe for thousandth time. Yes. I'm not a good man nor strong. You know it also. 

   And that's why I need you by my side. I know, you can show me the right way. Where is the right path and how to go through it. That's why girl, you were here by my side. That is why I need you. For Thousandth time, please, guide me to the right way. Danke. Ich lieben dich, madchen. 

  A Man,
Ahnaf Irsyad