Powered By Blogger

Thursday, October 18, 2012

Der Mann

   Sebagai lelaki yang berprinsip, which is sebenarnya membuatkan aku lagi menggelabah dari budak sekolah biasa sebenarnya agak menyusahkan aku sebenarnya. Tapi nak buat camne. Kalau aku x buat prinsip tu aku akan ditimpa malang. Contohnya, cinta. pfft. Ok tu citer lain. Tapi berkaitan. Kau akan paham bila kau habis baca ni. Anyway, dalam prinsip aku, aku selalu menggunakan 'lelaki sejati' sebagai tema. Maksud aku, aku buat prinsip tu untuk jadi lelaki sejati. Then apa kejadahnya maksud lelaki sejati bagi aku? adakah setakat nak poser2 je depan aweks? atau sangaja dibuat untuk memang jadi lelaki sejati? atau merapatkan hubungan persahabatan?

   Ok sebelum aku cerita, lemme citer dulu apa maksud lelaki sejati bagi aku. Sebenarnya die mula masa aku sekolah rendah dulu. Masa aku umo 9 tahun dulu aku serious x peduli kau laki ke kau perempuan ke. Pasal masa tu tegang pn pasal nak kencing. Jadi aku sempoi je a dengan perempuan ke apa. Then sampai aku darjah 4. Time tu, member aku sorang ni, yang terpengaruh dengan animasi cartoon network ke apa sume conteng tangan aku, kata lambang lelaki sejati. So apa kejadahnya kaitannya tatu lelaki sejati dengan lelaki sejati? Dah time tu aku start pikir, biasa a budak genius cam aku kan suka berfikir, then aku terfikir; eh, kalau aku lelaki aku kena buat apa? serious time tu aku x pikir pn pasal manly apa sume. Sume bende aku tibai je. Tapi aku x into dengan kaler pink pasal memang aku pening kepala tengok bnde yang terang. Pasal tu aku x suka bnde yang kaler putih apa sume. 

   Then theoretically aku start pikir pasal lelaki sejati. Ok sekolah rendah aku sangat lah kosong. Yang aku tau, lelaki sejati menepati janji. Ceh. Fast forward 2008. Fom1, ya korang sume tau dari situ la aku mandate prinsip lelaki sejati. Anyway time tu aku cuma menggunakan perkataan 'lelaki sejati' sebagai alasan untuk melarikan diri. Bukan mempunyai istilah tertentu. Then it takes me 3 years to understand what manly really is. For some mungkin prefer lelaki sejati ialah someone yang play sport. Indeed memang aku x into pn dengan sports. Aku lagi into dengan sports yang orang proletriat x mampu. pfft. Then bagi aku x semestinya asal lelaki sejati mesti main bola. Kau pikir kau tuhan nak mandate peraturan2 camtu? ini hidup aku sukahati aku a. ceh. Ok literally lelaki sejati digambarkan sebagai someone yang ada penis serta mengeluarkan sperma yang outdoor. 

   Tapi ada jugak yang gambarkan lelaki sejati ni secara fizikal. Contohnya member aku sorang ni, budak gym, katanya nak buat muscle sebab dignity. Pastu girlfriend die suruh cukur janggut x mau. Pasal dignity. Dan ada jugak yang describe lelaki sejati dengan stuff die, contohnya rokok. Anyway itu semua memang betul, pasal memang lelaki je yang buat bnde tu. Tapi itu x kan membuatkan korang lelaki yang sebenar sebab ada je perempuan yang buat camtu. Kalau camtu apa guna wujud tomboy kat dunia ni? Jadi apa sebenarnya yang aku maksudkan dengan lelaki sejati? kenapa aku x buat sangat sesuatu yang lelaki sejati? adakah aku cuma poser? Jadi camni a. Itu semua sifat fizikal seorang lelaki sejati. Dan semestinya korang pernah dengar kan quote ''dont judge the book by its cover'' kan? 
  
   Yeah jadi nya yang menentukannya ialah dalamannya. Basically memang perasaan lelaki dengan perempuan sama. Tapi yang melainkan lelaki dengan perempuan ialah cara emosi die dilemparkan keluar. Dalam hal ni, bagi aku lelaki sejati ialah seorang lelaki yang mempunyai sifat rohani yang:  
  • kental
  • x mudah putus asa
  • positif
  • matang
  • cuba untuk membuktikan sesuatu  
  • mempunyai keazaman untuk sesuatu yang kuat 
  • buat apa saja untuk mencapai matlamat
   Itu dari segi rohani, dan sebenarnya dari rohani datangnya sifat fizikal. Then seorang lelaki sejati ialah seorang yang kental. Contohnya, sebab tu seorang lelaki sporting kalau main sports. Dan untuk mencapai sesuatu die akan berusaha tanpa putus asa. Kalau kalah die akan berfikir dari sudut postif dan bertindak matang ke atas sesuatu yang berlaku. Then, antara yang mendorong lelaki sejati untuk mara ke hadapan ialah semangat untuk buktikan sesuatu. X kira a untuk diri die atau sesiapa untuk yang penting ada tujuan. Bila dah terdorong untuk membuktikan sesuatu lah die akan mempunyai keazaman yang kuat untuk melakukan sesuatu demi sesuatu untuk dibuktikan dan berfikiran matang serta positif menjadikan die x mudah berputus asa serta kental menghadapi sesuatu rintangan.

   Ok sebab tu lelaki sejati digambarkan dengan sukan. Tapi dalam dunia ni bukan berlandaskan sukan je. Ada banyak lagi bidang yang boleh dibuat. Cuma aku menggunakan sukan sebagai medium untuk menyampaikan dakyah aku. Dan sifat2 ni la perintis kepada segala perbuatan lelaki sejati. Then physically, lelaki sejati adalah adventurous, itulah yang aku mimpikan slama ni. Dan semestinya, lelaki bukan seorang yang pentingkan diri sendiri. Bagi aku apa yang terpenting dalam hidup lelaki sejati ialah sahabat. Komrad. Lelaki sejati ialah seorang yang mementingkan kawan die. X kan sesekali die akan meninggalkan kawan die. Sebab memang lelaki sejati bagi aku ialah tidak mementingkan diri sendiri. Well, sebenarnya x pn. Aku je camtu.

   Sebagai lelaki jugak, die ialah seorang yang x kisah apa yang die perjuangkan, x kira apa orang kata, asal itu kemahuan die, biar die habiskan. Kita semua tau, lelaki memang ditakdirkan untuk jadi pemimpin. Then bagi aku satu lagi contoh paling bagus untuk menggambarkan seorang lelaki sejati. Kenapa? Satu, memang takdiran. Kalau x jadi PM mesti jadi ketua keluarga punya. Dua, memimpin manusia lagi susah dari lembu, translation, cabaran banyak. Dan mesti kena ada sifat2 kat atas tadi. Baru boleh memimpin. Bagi aku menjadi lelaki yang dihormati dan disegani bukannya sesuatu yang senang. Apa lagi sampai kau mati pn orang masih hormat kau. Salah satu contoh, ya. Nabi Muhammad SAW. Die memang contoh lelaki sejati. Lagi baik kau cari sendiri citer die, baru kau paham kelelakian die. 

   Jadi apa conclusionnya? siapa lelaki sejati bagi aku? Ya. Ialah seorang yang boleh mengeluarkan sperm serta mempunyai nafsu terhadap perempuan dan mempunyai penis yang telah mengharungi segala ranjau yang wujud kat dalam hutan, dengan meninggalkan jejak untuk diikuti oleh orang lain. Yang aku baca a kat citer Samurai Deeper Kyo, Hantenmaru cakap kat Jihito lepas die kalah dengan Akira. Ceh baca pulak aku komik2 ni. Dan apakah lelaki yang paling sesuai dijadikan contoh bagi quote tu? Ya. Nabi Muhammad. Lebih 1400 tahun masih lagi x berubah ajaran die. Untuk pengikut Sunni je a. Bukan Syiah or the likes. Ya. Die memang lelaki sejati.  

No comments:

Post a Comment