Roomatenya yang juga salah seorang daripada gengnya, Daniel tiada kerana ada kelas pagi. Hendak buat apa dia tidak tahu. Mandi? Sudah. Kemas bilik? Sudah. Tiba2 Richard teringat dia belum makan. Perutnya tiba2 sahaja berbunyi. Tidak tahan dengan itu Richard mencapai dompetnya yang terletak di mejanya lalu menuju ke kafe. Laju dia melangkah kerana ingin menjimatkan masa. Untuk apa menjimatkan masa tidak diketahui. Mungkin tabiatnya yang suka berjalan laju. Nasib Richard baik kerana Frankie juga sedang dalam perjalanan makan.
Richard menegur Frankie. Frankie membalasnya dengan hangat.
''Rajin kau bangun awal?''
''Ala biasa a, tak tau kenapa boleh terbangun. Ada malaikat kejut aku kot,''
''Kahkahkah... Jangan kata Analiese yang kejutkan kau.''
Richard hampir tersadung apabila Frankie menganjingnya begitu. Richard menumbuk gurau ke bahu Frankie. Frankie menyambung gelaknya dengan kuat. Richard hanya diam sahaja. Mereka kemudian mengambil tempat duduk di bahagian hujung setelah sampai di Kafe.
''Aik? Sensitif eah perkataan tu? Oooo. Camni boleh a aku buat bahan kau,''
''Sensitip a der. Suci bye nama tu...''
''Lepak der, so sekarang amacam citer kau dengan die? Apa progress?''
Macam orang nampak hantu tiba2 Richard menggelabah. Pundinya yang x diisi dengan air sejak malam tadi tiba2 memulas2 mintak untuk dikeluarkan isinya. Matanya tibe2 melilau x tentu arah. Frankie terpinga2 melihat gelagat Richard.
''Kau apahal?'' Ujar Frankie.
''Tu... die dah sampai...''
5 meter dihadapan mereka ialah Analiese dan rakannya sedang mencari tempat untuk makan. Kemudian mereka berjalan menuju ke arah meja Richard dan Frankie. Hanya lalu sahaja. Bukan nak join.
''Dafuq! kahkahkahkah! kau buat lawak a weh! Mana die Rock yang aku kenal bye! Nampak perempuan x kan kecut kot?''
Serta merta Frankie menepuk bahu Richard. Entah bagaimana tiba2 sahaja Richard terjatuh. Nah! Pada masa yang sama juga Analiese betul2 berada dihadapannya memegang dulang makanannya bersama rakannya. Richard mengangkat mukanya 60 darjah ke atas. Dilihatnya Analiese sedang memandangnya dengan muka yang terkejut. Richard tersedar akannya lalu mengalihkan pandangannya ke mana2. Mungkin sebab nak cover malu, ataupun apa2 saja alasannya, yang penting jangan pandang die. Dalam fikirannya supaya Analiese x nampak mukanya.
Tanpa Richard duga, Analiese meletakkan dulang makanannya ke atas meja lalu duduk menghadapnya.
''Kalau x silap, abang ni Richard kan? yang angkatkan barang saya masa kat gunung Watzmann dulu?''
Serta merta Richard menoleh ke arah Analiese. Matanya tepat memandang muka Analiese. Dilihat matanya yang berwarna kebiru-biruan itu merenungnya dengan penuh kasih sayang. Tiada dilihat sebarang niat jahat. Hanya keihklasan yang menghiasi renungannya. Sedetik itu juga Analiese mengulumkan senyuman. Manis. Tanpa disedari muka Richard merah menahan perasaan. Dia sendiri tidak tahu apakah perasaan itu. Yang dia tahu, muka die terasa panas.
''E'eh! Muka abang merah a. Tadi abang terjatuh tersembam kat lantai eah? Abang ok x ni? Kalau x saya tolong sapu ubat.''
''Oh! Uhhh... Ehem. Tadi... Tadi... X. Muka saya tadi... uhhh... Merah eah?''
''Abang ni sendiri sakit pn x perasan. Lain kali tu jaga diri tau.''
''Uuuhhh... Ok. Terima kasih.''
Setelah mengambil dulang makanannya Analiese kembali mencari tempat. Kemudian sekilas die menoleh ke belakang melirik senyuman mesra terhadap Ricard. Richard serta merta cair dengan senyuman itu. Kemudian dia kembali duduk di tempatnya. Richard tersenyum2 seorang diri. Dilihat Frankie si Richard ni tengah berangan. X tau a tengah berangan bercinta dengan Analiese ataupun tengah memikirkan body die time tengah bogel. Yang Frankie pasti, malam ni dalam bilik mesti masturbasi sambil pikirkan Analiese.
''Woi kau ni ok ke x? Aku tengok macam orang giler sasau je.'' Kata Frankie sambil menunjukkan dan menggerak-gerakkan tapak tangannya dihadapan muka Richard. Namun seakan patung sahaja reaksi die. Rasanya Buddha bertapa xde a camni die punya tumpuan die, getus Frankie dalam hati. Tiba2 die dapat satu idea. Frankie amek gelas berisi kopi lalu disimbahnya ke muka Richard. Namun,
''Woi! Kau biar betul ni? Bertapa ke?''
''OH! Kenapa?!'' Baru selepas itulah Richard kembali ke dunia sedar daripada fantasinya. ''Weh ni pahal basah2 ni muka aku? Ceh sial! Ni kopi! X guna kau!'' Juga baru Richard sedar apa yang Frankie tiaw die. Serta merta sehulur penumbuk hinggap kat muka Frankie. ''Uuuhhh.... Tu kau a aku tegur x jawab2. Aku simbah a kopi kat muka kau.''
Richard bangun lalu menuju ke tandas. Tiba2 sahaja die terdengar suara orang tengah gelak2 kecik. Die pandang kat suara tu. Masak. Analiese nampak! Lalu muka Richard menjadi merah dan menutup mukanya serta bergegas menuju ke tandas sambil tunduk menahan malu. Hatinya menyumpah2 Frankie. Ditolehnya ke belakang lalu Frankie nampak dan melambai2 sambil tersenyum sinis. Pfft! Getusnya dalam hati lalu meneruskan niatnya.
................................................................................
No comments:
Post a Comment