Powered By Blogger

Friday, February 15, 2013

Banning Terhadap Budaya Urban

   Semalam February 14, biasa a. Valentine's day. X kisah kalau korang rayakan ke x. Tapi yang penting, kalau korang duduk kat Malaysia, reaksinya berbaur. Ada yang yang gembira dengan kekasih dorang, ada yang protes sebab bertentangan dengan agama, ada jugak yang x amek port. Tapi citer sekarang, ada bende terlintas kat fikiran aku. Yang pastinya, mesti berkaitan dengan yang protes sebab agama. Ya. Golongan serbanistas.

   Aku mula malas nak amek port pasal ni. Pasal dah bosan. Tiap tahun bende sama je. Ok sebelum aku mula citer, aku bagi situasi dulu. Valentine's day, hari dimana kita menyambut kekasih kita. Kalau ikut mindset Meleis dengan serbanistas yang berkitabkan Mastika dan Alter Rahsia Melayu pekebendentah akan cakap, sejarah Vale's day bermula lepas paderi Valentino disalib untuk menyokong tentera kristian menghalau orang islam dari Sepanyol masa zaman Ratu Isabella dulu. Anehnya x pernah wujud pn Valentine masa zaman Ratu Isabella. Then, menyebabkan maksiat(dah kau bercinta tolak agama, tu masalah kau).

   Tapi, aku mula angin bila hari ni, khutbah jumaat kata, cam biasa a:

''Jika melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu kaum, maka jadilah ia kaum itu''

   Hadis nabi yang aku yakini kesahihannya. Then, korang kena kaji sejarah Vale's day ikut dorang punya pandangan(barat la!). Korang kaji la macamana, x wujud pn sejarah macamana yang dikatakan Mastika atau yang aku tulis kat atas tu. 

''Woi! Ko tau x?! Freemason dengan Iluminati sengaja sembunyikan rahsia tu!''

''Fakta sebenar dah diselewengkan der. Sebab tu la citer die camni''

   Ayat meleis dengan serbanistas. Kolot sungguh! Cuba korang pikir sikit. Kalau dorang yan tulis, dorang mesti nak menangkan dorang. Dan kalau nak menangkan dorang, mesti a dorang akan cerita dengan jujur mengenai kemenangan dorang mengalahkan Islam kat Sepanyol. Tapi kalau dah x wujud dalam dokumen dorang, maknanya x wujud a sejarah tu anyway. Jadi Mastika sengaja menyelewengkan kepala otak korang sebenarnya.

   Then, hadis tu selalunya digunakan untuk ban aktiviti yang selalu diasosiasikan dengan budaya kuning. Contohnya, tahun baru. Dengan recently, Vale's day. Then bila cakap camtu, aku ada suara hati. Eh, habis tu maknanya kalau kita kahwin dengan penuh adat macam bersanding bagai, kita murtad a? Pasal bersanding kan budaya dari agama Hindu? Ok. Sekarang kau nampak gambarannya. Valentine's day, haroom. Alasannya, menyerupai budaya kristian. Dan sejarahnya diselewengkan oleh Mastika. Yang sebenar camni anyway

   Tapi x de pulak fatwa kata bersanding tu haram. Walaupun die dari agama Hindu. Oh lupa. Kalau budaya Melayu mesti otomatiknya Islamik kan? hahahaha... lupa pulak. Then, ini menunjukkan yang Melayu ni racist. Asal kristian-yahudi, haroom. Padahal korang main tweet tu pn, sapa yang buat tweet? fesbuk? Yahudi yang korang laknat sangat. Korang laknat die pn die lagi pandai dpd kau. Cuba pikir camni. Yahudi laknat, bak kata korang. Korang x rasa malu ke, orang yang dilaknati berjaya mengawal jadual kau, pemikiran bangsa yang terpilih macam Melayu ni huh? Korang x de ke cita2 nak jadi lagi hebat dpd Albert Einstein? Kata Yahudi taraf rendah. Then IQ kita masih lagi lagi rendah dpd orang Israel-Yahudi ni.

   Akhirnya, hadis ni disalahguna. Kalau nak guna hadis tu untuk ban budaya2 tu sume, kenapa x ban kebanyakan budaya Melayu? Bukankah Melayu banyak adapt budaya Hindu. Kalau itu korang x tau memang korang lupa daratan a. Anyway, dah memang ini perangai kita. Yang pastinya, aku x tau sampai bila Melayu akan berfikiran kolot camni. Hm... aku pn dah malas nak tulis ni. Anyway, chow. 

oh lupa nak bagi salam.

Shalomalaichem.

jawab alaichemshalom.

No comments:

Post a Comment