Friday, October 18, 2013

Legasi Kereta Sukan Jepun


   Semua orang tau, 2002 ialah tahun dimana kereta sukan Jepun pupus sedikit demi sedikit. Sejak tu Big 3(Toyota, Honda, Nissan) dah x buat kereta sukan yang seumpama kereta2 sukan sebelumnya. Evo dengan Impreza dah ayam, GT-R dah x jadi driver's car, satu2nya harapan ialah ZN6(86 bebal). 

   Bagi aku resepi kereta sukan Jepun senang. A car that starts it life as decent small family sedan yang di buff-up kan untuk masuk racing(read: homologasi). Mungkin Gr. A dah bagi kita zaman yang indah untuk main kereta Jepun. Mainly sebab Jepun baik, die bagi kereta sukan banyak2. X caya cuba tengok production Ford Sierra Cosworth dengan Nissan Skyline R32 GT-R. Mana lagi banyak?

   Jadi amek Skyline sebagai contoh. Walaupun memang dah sejak awal production die dah jadi keter racing(S54), tapi the really heart of Skyline sangat surau; kereta keluarga sedan 4 pintu. Hatta versi GTS pn still nampak humble walaupun ekceli very2 potential. Beza GT-R dengan pekak ialah GT-R body berketak2, enjin LAGI power gila, ada 4wd. Ibarat budak nerd main gym a. Same goes as Civic, Corolla, Lancer, Impreza etc.

   Then sejak kejatuhan zaman Jepun, dah x de lagi keter resepi camni. Jadi apa yang still ikut resepi sama? BMW. Bagi aku BMW ialah satu2nya sekarang ni manufacturer yang still ikut resepi ni. Sejak zaman E30 M3 lagi. Dari keter biasa2(dah ada pedigree, tapi lama hiatus, macam Skyline), pegi gym, jadilah M3 yang kita kenal. Body berketak enjin menjerit suspension solid. Buat untuk menang DTM dengan Gr. A. Amacam?


   Nampak tu? Nampak? Punya lawa die kasi body solid. And it really does! Sampai sekarang M3 still ikut resipi ni. Mungkin E36 nampak surau tapi lepas tu terus jadi gempak. Dan E46 dengan E92 jugak selalu orang Jepun kasi bikin jadi nampak JDM(pasang splitter, GT wing etc.). Nampak gempak sial. Nampak macam authentic keter Jepun. Padahal sebenarnya Jerman. Mungkin Axis Power still wujud kot. 


   Ini yang aku maksudkan. Amacam JDM kan? Then Amuse ada buat bodykit untuk E92. Serious gempak sial. Pakai rim TE37 pulak tu. 


   Ini cool. Siap bawak pegi Tsukuba(kot) lagi tu bye. Then sekarang BMW keluarkan 1M, yang seriously aku suka giler. Baik2 1-series tu surau kurus, tetibe jadi tough pulak. Fender kasi tebal enjin power. Serious cool. 

   Tengok tu tengok! Aku dah kata BMW memang ikut resepi kereta2 sukan Jepun masa zaman kegemilangan dorang. Ini bukan kebetulan sebab the way M3 lahir sama dengan GT-R. And BMW stick with M3's tradition. Deswai it still lives on. And yet, BMW bukan sorang2 je. Ekceli BMW punya nemesis tradisional, Mercedes ada jugak model sama dengan M3. X lain mesti 190E. 


   Then masa zaman akhir 80's x silap aku BMW yang cari pasal dengan 190E deswai M3 dilahirkan. Dan macam kat Jepun jugak, bila satu company buat kete, sume xleh duduk diam. Mesti nak compete untuk tunjuk penis sapa lagi besar. Dan pasal tu a 190E dengan M3 will forever remembered sebagai kompetisi yang paling hebat kat Jerman. Dalam acara survival for the fittest cuma Merc dengan BMW je survive, yang lain sume kena tapau sama dorang. 

   Lepas 190E Merc dah x buat lagi keter camtu. Ada tu ada. Tapi terlalu ayam untuk tapau M3. Sampai a W204 ialah jawapan Merc yang sangat kasar terhadap M3. Kali ni bukan calang2 punya. Ini real deal. Sangat ganas. BMW pn takut. 

   Ini C-class yang dah masuk gym bro. Wide bodykit, V8 6.2l, 451hp. Tu basic punya. Hold on. Ini baru permulaan. Then Merc keluarkan Black Series punya. Ini punya lagi ganas. Ini track version punya, 500hp dengan bodykit yang giler track focus. Totally worth it.


   Ini sangat bontot jahat. Btw, inilah die, kenapa keter2 ni ialah penyambung legasi keter Jepun. Sebab die still follow resipi yang sama. Jepun x mampu nak survive tight regulation. Nak taknak terpaksa discontinued. Dan disambung dengan model ayam. Tapi Jerman buktikan yang dorang boleh. Dan sebab resipi nilah mungkin sebab 2 model ni popular kat Jepun. 

CREDIT PICTURE TO: JYUROKU.COM

No comments:

Post a Comment