Powered By Blogger

Friday, November 7, 2014

Ilmu Untuk Semua

   Aku dah banyak kali tulis pasal bende ni. Tapi kali ni in another perspective. Untuk kesekian kalinya, aku akan citer pasal cara orang kita mendidik sejarah.

   Semua orang tau sejarah tu bosan. Camne nak buatkan srjarah x bosan? Be radical! Ok lets start now. Korang perasan x, buku sejarah KBSM form 4 ni bias giler? Kalau korang ingat lagi 70% citer pasal sejarah islam je. Dan akan diulang dalam subjek pendidikan islam lagi.

   Bende ni x menjadi masalah bagi pelajar beragama islam. Tapi camne dengan non muslim? Ok imagine if we were put in their place. Semestinya akan ada rasa x puas hati sebab rasa terkalu banyak bende yang bukan dari kita punya budaya dan ajaran kan? Sepatutnya bende ni sume kena balance. Aku pn teringin nak tau camne Buddha dapat enlightment, camne Jesus boleh kena buru dengan Roman etc.

   Then bias buku sejarah x terihenti kat situ je. Korang perasan x, yang die citer pasal kegemilangan tamadun Islam, tapi camne die jatuh cuma 2 ayat je. Then x citer keadaan sebenar masa zaman Umaiyah, camne Mongol boleh marah dengan empayar Khawarizmi(maaf jika silap). X ke korang rasa janggal kat situ? Kejayaan dicerita dengan detail tapi kejatuhan macam xde langsung diceritakan.

   Cuba fikir baik2. Apa yang akan kita belajar kalau asyik berjaya je? Bukankah kita patut belajar dari kesilapan. Kita boleh nampak yang buju sejarah KBSM ni propaganda lebih. More like mengajar kita supaya bangga dengan sejarah hebat kita. Kesannya? Akan lahir golongan racial bigots. Mahathir sebdiri kata, bangsa yang bangga dengan sejarah silam yang hebat ialah bangsa yang dah jatuh.

   Are we leading towards it? Exactly. Zaman ayah aku dulu lengkap dari zaman nabi ke zaman unaiyah yang assabiyah je kedatangan mongol. Even cerita pasal empayar Moghul jatuh! Nampak x apa yang berlaku? Kita ni diajar untuk jadi bigots melalui propaganda camni. Cikgu2 ada yang tau, tapi x boleh cakap pasal boleh didakwa.

   Antara kenyataan yang aku kurang senang ialah bila die kata orang Eropah mencedok ilmu orang Islam. Is iit relevan? Now put it like this. Ibnu sina sendiri belajar dari buku2 Greek yang diterjenah dalam bhs Arab. Adakah orang Arab mencedok ilmu orang Greek? Cuba kita fikir, zaman dulu ilmuwan xdepn nak claim copyright itu ini. Dorang cintakan ilmu. Tetibe kita pulak nak cakap orang Eropah mencedok ilmu orang Islam.

   Kita fikir lagi, ilmu datang dari Allah. So adakah kita nak cakap yang manusia mencedok ilmu Allah? Tidak. Allah bagi kita ilmu supaya kita sujud kat die. Kita claim2 hak ilmu orang itu ini adakah sebab kita nak orang menyembah kita? Tidak jugak. Jadi x rasional untuk kita buat camni.

   Akhir kata, buku sejarah KBSM ada banyak perlu dibaiki. Zaman dulu punya lagi eloj dpd sekarang. Penyampaian haruslah lengksp dan x bias. Bende ni patut diambil kira sebab mslibatkan mindset jenerasi aksn datang. Semua yang baik hanya dari Allah, kita manusia x lepas dari buat silap. Wallahualam.

  

Tuesday, August 5, 2014

Lost Memory: Aku, Perempuan dan Cinta

   Lets throwback. 4 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi seorang budak sekolah yang keras kepala lagi degil. Rebellious, kasar sume tu dah jadi trademark aku. Ironinya jugak aku bukan budak2 yang keluar masuk bilik disiplin, sebab aku pengawas pn anyway. Then atas sebab tu, aku dapat gelaran 'MetalHeart', sebab aku degil, dengan suka dengar lagu metal. Dan ekceli itu pandangan orang. Pandangan aku, 'MetalHeart' bermaksud aku x mudah terima perempuan(well, ada la pulak perempuan nak aku).

   Prinsip MetalHeart ni literally adalah sebab time tu aku x suka perempuan, mainly sebab perempuan ni naturally adalah makhluk yang menggedik serta kuat emo, dan memerlukan layanan yang lembut, something I never practised. Jadinya time tu aku selalu kata, perempuan yang tomboy adalah taste aku sebab aku bukan gay. Tapi tu dulu a. Perkara yang paling aku benci time tu ialah CINTA. Benci sebencinya. Lagi2 bila sebut kahwin. Even aku pernah swear aku xkan bercinta sampai habis sekolah, dan pernah cakap xkan kahwin. Disebabkan tu aku bagi alasan yang aku x paham maksud cinta so xde alasan untuk bercinta. Tapi jauh disudut hati aku... lain ceritanya.

   Ok, Confession time. Nama aku Ahnaf Irsyad, 19. Aku dulu dapat moniker MetalHeart sebab aku degil dan x suka perempuan serta x akan bercinta. Hakikatnya, 'MetalHeart' ialah personality yang aku ada-adakan. Bukan secara natural, dibuat untuk menutup segala kelemahan aku. In fact, 'MetalHeart' diwujudkan sebab untuk cover yang aku... cintakan seorang perempuan yang aku kenal tahun sebelumnya. Dan disebabkan perasaan aku terhadap perempuan tu, kelemahan aku jelas tertunjuk, yakninya aku... malu dengan perempuan. Aku gagap2 dengan perempuan. Sebab tu a aku cover dengan bercakap dengan nada yang keras, supaya aku 'nampak kuat'.

   Aku sengaja berlakon sebab untuk tutup yang aku ni teramat pussy just untuk luahkan perasaan aku kat crush aku(time tu). Aku mensia-siakan peluang yang ada. Bende die(crush) dah perasan kewujudan aku dengan amek perhatian kat  aku, tapi aku still pussy untuk do the next thing. Tapi semua tu berubah sejak crush lama aku dulu pindah sekolah time 2011. Biasa a budak straight A maunya masuk emaresem. So 2011 adalah tahun yang sunyi bagi aku. Bukan je sebab crush(technically bukan crush pasal aku did confess kat die secara personal sebelum die transfer) pindah, tapi jugak sebab kawan baik aku(dah citer dulu) jugak transfer sekolah. Aku hilang kekuatan.

   Disebabkan tu aku mula cari bende yang buat aku rasa happy dengan cara sendiri. Mungkin 2011 adalah kemuncak 'MetalHeart'. Banyak bende bangang aku buat untuk cover kesunyian tu. Then, 2012. Tahun yang amat bermakna. Bukan sebab aku rindu senior year aku, tapi sebab aku jumpa apa makna yang selama ni aku cari; CINTA. Untuk mencari makna cinta, kenalah bercinta dulu kan? Jadi itulah apa yang 'MetalHeart' gagal. Die terlalu pussy untuk bercinta, sebab die takut perempuan. Aku jumpa crush(now gf) baru aku awal 2012. Ada lah hal2 koko sekolah. So awal2 lagi dah built relationship walaupun x signifikan sangat.

   Then berkenalan dengan lebih rapat kat fesbuk masa dekat2 tengah tahun. Mei 16, 2012, untuk kali pertamanya, aku bercakap dengan perempuan depan2, dan bermesraan bukan kerana tugasan. Mark the first arrival of fall of MetalHeart. Sejak hari2 lepas tu, aku mula tanya banyak2 kat diri aku, betul ke aku suka die? Bukankah aku dah ada(well, just panggil crush lama aku,) D? aaarrrghhh!!! No way! Aku cuma syok sendiri je. Aku duduk bawah tempurung. Aku patut keluar dari kepompong ni. Dan sejak tu, aku start buat projek untuk pikat(well, panggil crush baru ni,) Ans. Dan setelah beberapa bulan, dan beberapa konfrontasi, aku yakin, aku suka kat Ans.

   Oktober 14, 2012- Adalah hari official MetalHeart jatuh. Aku dah x perlukan prinsip tu lagi. Aku lebih suka jadi 'Irsyad' berbanding 'Ahnaf'. Ini adalah diri aku sendiri. Well, sebab hanya orang yang dah lama giler kenal aku panggil nama kedua aku. Dorang tau sume kelemahan aku. Aku start percaya bahawa cinta tu wujud. Cinta bukan sex, cinta x menyusahkan, kahwin x mengarut dan paling penting, aku menjadi diri aku sendiri- suka perempuan yang ialah perempuan. Aku lelaki. Lelaki should love perempuan, bukan lelaki. Aku start belajar makna sayang, kelembutan, caring dan yang sepatutnya. In any sense, gaya aku cakap dah x sekasar dulu. Sekarang, dah hampir 2 tahun aku tinggalkan prinsip tu. 

  Aku x menyesal. Ini adalah jalan yang aku pilih untuk cari makna hidup. Bagi aku, past is past, tapi ingatlah sentiasa supaya kita x buat lagi bende sama. In any sense, aku jumpa makna kemanusiaan. Kasih sayang- sesuatu yang indah yang dikurniakan manusia. Bende misteri yang x nampak tapi boleh rasa. Ironinya x macam kereta, kau drive kau seronok. Xde fizikal connection untuk tunjukkan kenapa kasih sayang ni boleh buatkan manusia happy. Aku gembira dengan hidup aku dengan apa yang aku ada sekarang.

   Ok citer sekarang kenapa aku beriya-iya menulis bende ni? Simple. Aku x kisah sapa baca. Ini lama sosial. Kalau bukan untuk orang baca xguna a tulis kat sini. Tapi, aku cuma nak kata, I love you, Annisa Shazleen. Sejak Oktober 14, 2012, aku yakin untuk berdiri dengan kelemahan aku. Aku x takut untuk jadi diri sendiri. Aku dah berani untuk tunjukkan yang walaupun aku ni x pandai bercakap, tapi aku ada kekuatan untuk tunjukkan. Aku start memahami nilai2 kemanusiaan. Memberontak bukan caranya, kasar bukan untuk orang dengar. Walaupun x sempurna dan masih dalam proses yang panjang, tapi aku start rasa perubahan die.

    Mungkin aku bukan lelaki yang utopia lagi disegani. At least, i'm trying. You taught me the meaning of love even it is not direct. But then, I learn to care for other people and not to be selfish. I don't want to lose you. Even if you traumatized with your past, I still want to say, the I want us to be together, for ever. At least in this way, I have reason to be better even you say do not do it for you. For me, this is my chance to show my humanity to the world. And you are the catalyser. In any sense of word, even if it sound too ridikeles for a pre-graduated student like me, I want to marrylove you even if it impossible. 

   Grrrr.... I wrote too much for this post. Anyway, good bye, and enjoy. This is too personal. Lucky that I shared it here. Thank you. Ciao.

Wednesday, May 7, 2014

The Good Old Day: The way we take a picture

   Aku rindu zaman analog. At least 10 tahun lepas a. Bagi aku itulah zaman kemuncak terhadap teknologi. Maksud aku itulah zaman dimana teknologi2 analog disempurnakan. Cakap je. Kamera, henpon, kereta. Semuanya sempurna dalam dunia analog. Everything just feels right. Dan dalam post kali ni, aku nak citer pasal kamera.


   Baiklah adik2 jenerasi digital sekalian. Mungkin masa korang baru lahir bende ni dah start pupus kot. Tapi camnilah kitorang simpan gambar. Kalau zaman sekarang orang cuma tangkap gambar whether kat DSLR, VSCOCAM Camera 360, Iphone, surely korang left that picture rot. Aku bet 80/100 daripada korang yang tangkap gambar kat hp tu korang x kemas kan album2 tu? Kalau DSLR tu mungkin boleh sembang a, pasal masuk kat fesbuk ofkos. Dan bila zaman fesbuk jatuh, korang dah x tengok pn gambar2 tu. Biar reput je. Kalau kat twitter pulak lagi a. 


   So sekarang, adik2 boleh nampak yang jenerasi sekarang dah x appreciate the moment the record. Aku ingat lagi zaman dulu. Masa tu walaupun pakai kamera point-and-shoot je, tapi at least zaman tu orang masih hargai nilai sesebuah moment. Mau xnya, mula kena beli filem dulu. Paling banyak pn 36 shot je. Pastu nak tangkap gambar pn bukan suka2 je boleh tangkap, cuma moment serta pose terbaik je akan terpilih untuk tangkap gambar. Xdenya nak selfie2 bagai. Dah lah tu kena pikir dua kali nak tangkap gambar, pastu kena pegi kedai cuci gambar, the beli album simpan. 


   Bila rasa nak tengok album, semua kenangan manis datang. Seolah-olah album tu bernyawa. As if album tu bercerita kat kita tentang betapa seronoknya kenangan tu. Zaman sekarang lain. Sume digital. Kalau terlajak sampan boleh undur. Siap boleh tangkap gambar sendiri lagi. Aku berbangga sebab aku hidup di zaman yang penuh dengan transition. Aku dah tengok camne dulu orang kalau nak tangkap gambar sendiri suruh orang lain tangkapkan. 


   Then bila zaman kamera henpon, ada pulak cermin tangkap gambar sendiri kat tepi lens. Bila Iphone keluar je(ishk!), dunia berubah. 360 darjah. Untuk kali pertamanya dalam sejarah, orang yang x tau apa itu aperture, apa itu exposure, apa itu shutter tetibe layak digelar 'photographer'. Tetibe je budak sekolah rendah pandai tangkap gambar. Tetibe je gambar bukan lagi cara untuk berkongsi kenangan manis, tapi jadi bahan syok sendiri. 

(selfie punca budak pmpuan suka syok sendiri buat muka mintak isap kotey)

   Kalau x masakan tidak wujudnya manusia macam Awek Legoland dan yang seangkatan. Buat video haprak pn jadi artis. Kalau 20 tahun lepas kau kena buat video at least ada gambar hantu a baru boleh buat duit. pfft. Maka dengan wujudnya instagram jugak, ramailah budak2 menyiarkan gambar2 x masuk akal kat laman sosial. Then, ini menyebabkan aku bertekad. Aku nak balik kenangan2 jenerasi-Y. Ini jugak menunjukkan alasan kenapa aku beli kamera analog. 

kamera analog aku, pentax k1000

   Apart dengan sebab2 kat atas tu, bagi aku orang yang master guna analog ialah cameraman sejati. Sebab die memahami segala element yang diperlukan untuk buatkan gambar jadi cantik. Jadi inilah die, kenapa aku rasa sebab jenerasi sebelum ni lagi matured. Dan it draw a conclusion: The more advanced the technology gets, the less human will do so. Aku rindu analog. Selamat datang ke dunia hipster, Ahnaf Irsyad.

Monday, April 21, 2014

Mat Salleh Celup


   Kata orang jenerasi X, mat salleh celup ialah jenerasi Y yang terpengaruh dengan gaya hidup orang barat seperti budaya kuning. Yet, it is often being generalized antara budaya barat dan budaya kuning. Seakan anything from barat is salah dan x elok. Ironiny budaya common anak2 Melayu macam melepak, merempit, isap dadah(admit it, pernah korang nampak cina masuk pusat serenti?) dan sewaktu dengannya tidak pulak dilabel sebagai budaya barat.



   Anyway, kalau anak Melayu yang cuba ikut budaya barat yang baik pulak kurang diterima masyarakat. Mungkin sebab x pernah nampak kot lalu dikata batak. Few months ago aku pergi travel sorang2. Dari kemaman ke KL. Mulanya aku x cadang pn nak travel. Tetibe dapat idea nak buat camtu. Then jadilah... Daripada jadi tourist, traveler bukan pegi tempat2 glamor and the likes. Dorang likes to get lost in the middle of the way. So did I. Dan traveler bukan pegi kat bandar untuk makan McD ya. Traveler akan pergi ke kedai yang orang tempat tu biasa pergi.



   As usual kepada some traveler, backpacking adalah sering dilakukan. Dan aku buat tu. Masa sampai kat Kuantan ada a terserempak dengan orang rumah sewa aku kat Kemaman. Tapi aku buat bodo je pasal aku bukan baik sangat dengan die. Then beberapa minggu bila aku balik Kemaman balik, die cakap aku jadi mat salleh celup. I was like... Uh oh. ok. 

   Ok then citer sekarang, aku x nampak apa justifikasi die kata aku mat salleh celup. In fact, aku x terasa pn dengan aku being a mat salleh celup. Aku cuma terasa dengan apa masalah dengan jadi mat salleh celup. Kalau aku rambut karat bagai boleh sembang lagi a. Ok citer sekarang, admit it, kita semua ialah mat salleh celup. Cuba fikir betul2. Dalam kehidupan seharian kita cuba kita tengok berapa banyak budaya barat kita guna. Ok aku bagi contoh.


   Cuba korang tengok artis kesayangan korang kat atas. Dia ialah Melayu. Stage name, Aaron Aziz. 1st, die pakai t-shirt. Bagitau aku yang pakai t-shirt mat salleh dulu ke Melayu dulu? 2nd, makanan. Ada x die makan asam pedas atau laksa kat situ? 3rd, selfie. Yang fisrt selfie dulu Melayu ke mat salleh? 4th, restoran die makan tu restoran melayu atau franchise mat salleh? See? So many mat salleh in just one picture. And who do you want to label me as mat salleh celup? We all are mat salleh celup.

Sakai.

   How many time have baju kurung on you in a week? How many time when you keluar rumah dating makan kedai makanan melayu asli? Korang start selfie sebab korang terpengaruh dengan mat salleh pasal surely mat salleh selfie before malay because they created the device, not malay! Ok teremo kejap. Ok now korang nampak sedikit pencerahan. Gaya hidup mat salleh literally dah blend dengan kehidupan seharian kita. Budaya moden yang kita hidup ni mostly dari barat. Jadi citer sekarang apa masalahnya kalau kita jadi mat salleh celup?


   Even traveler mat salleh sejati pn pegi pavi pakai kain pelekat dengan batik bawak beg deuter. Korang 'Melayu' ni pegi pavi ada buat camtu? Surely korang pakai baju yang direka mat salleh kan? Dan berfesyen seperti mat salleh as if Pavilion tengah mengalami musim sejuk. So now you got it. Admit it yang kita semua mat salleh celup. Kita celup peradaban orang Eropah secara total. Jadi citer sekarang ni mana justifikasi ''Bajet nak jadi mat salleh''?

Friday, October 18, 2013

Legasi Kereta Sukan Jepun


   Semua orang tau, 2002 ialah tahun dimana kereta sukan Jepun pupus sedikit demi sedikit. Sejak tu Big 3(Toyota, Honda, Nissan) dah x buat kereta sukan yang seumpama kereta2 sukan sebelumnya. Evo dengan Impreza dah ayam, GT-R dah x jadi driver's car, satu2nya harapan ialah ZN6(86 bebal). 

   Bagi aku resepi kereta sukan Jepun senang. A car that starts it life as decent small family sedan yang di buff-up kan untuk masuk racing(read: homologasi). Mungkin Gr. A dah bagi kita zaman yang indah untuk main kereta Jepun. Mainly sebab Jepun baik, die bagi kereta sukan banyak2. X caya cuba tengok production Ford Sierra Cosworth dengan Nissan Skyline R32 GT-R. Mana lagi banyak?

   Jadi amek Skyline sebagai contoh. Walaupun memang dah sejak awal production die dah jadi keter racing(S54), tapi the really heart of Skyline sangat surau; kereta keluarga sedan 4 pintu. Hatta versi GTS pn still nampak humble walaupun ekceli very2 potential. Beza GT-R dengan pekak ialah GT-R body berketak2, enjin LAGI power gila, ada 4wd. Ibarat budak nerd main gym a. Same goes as Civic, Corolla, Lancer, Impreza etc.

   Then sejak kejatuhan zaman Jepun, dah x de lagi keter resepi camni. Jadi apa yang still ikut resepi sama? BMW. Bagi aku BMW ialah satu2nya sekarang ni manufacturer yang still ikut resepi ni. Sejak zaman E30 M3 lagi. Dari keter biasa2(dah ada pedigree, tapi lama hiatus, macam Skyline), pegi gym, jadilah M3 yang kita kenal. Body berketak enjin menjerit suspension solid. Buat untuk menang DTM dengan Gr. A. Amacam?


   Nampak tu? Nampak? Punya lawa die kasi body solid. And it really does! Sampai sekarang M3 still ikut resipi ni. Mungkin E36 nampak surau tapi lepas tu terus jadi gempak. Dan E46 dengan E92 jugak selalu orang Jepun kasi bikin jadi nampak JDM(pasang splitter, GT wing etc.). Nampak gempak sial. Nampak macam authentic keter Jepun. Padahal sebenarnya Jerman. Mungkin Axis Power still wujud kot. 


   Ini yang aku maksudkan. Amacam JDM kan? Then Amuse ada buat bodykit untuk E92. Serious gempak sial. Pakai rim TE37 pulak tu. 


   Ini cool. Siap bawak pegi Tsukuba(kot) lagi tu bye. Then sekarang BMW keluarkan 1M, yang seriously aku suka giler. Baik2 1-series tu surau kurus, tetibe jadi tough pulak. Fender kasi tebal enjin power. Serious cool. 

   Tengok tu tengok! Aku dah kata BMW memang ikut resepi kereta2 sukan Jepun masa zaman kegemilangan dorang. Ini bukan kebetulan sebab the way M3 lahir sama dengan GT-R. And BMW stick with M3's tradition. Deswai it still lives on. And yet, BMW bukan sorang2 je. Ekceli BMW punya nemesis tradisional, Mercedes ada jugak model sama dengan M3. X lain mesti 190E. 


   Then masa zaman akhir 80's x silap aku BMW yang cari pasal dengan 190E deswai M3 dilahirkan. Dan macam kat Jepun jugak, bila satu company buat kete, sume xleh duduk diam. Mesti nak compete untuk tunjuk penis sapa lagi besar. Dan pasal tu a 190E dengan M3 will forever remembered sebagai kompetisi yang paling hebat kat Jerman. Dalam acara survival for the fittest cuma Merc dengan BMW je survive, yang lain sume kena tapau sama dorang. 

   Lepas 190E Merc dah x buat lagi keter camtu. Ada tu ada. Tapi terlalu ayam untuk tapau M3. Sampai a W204 ialah jawapan Merc yang sangat kasar terhadap M3. Kali ni bukan calang2 punya. Ini real deal. Sangat ganas. BMW pn takut. 

   Ini C-class yang dah masuk gym bro. Wide bodykit, V8 6.2l, 451hp. Tu basic punya. Hold on. Ini baru permulaan. Then Merc keluarkan Black Series punya. Ini punya lagi ganas. Ini track version punya, 500hp dengan bodykit yang giler track focus. Totally worth it.


   Ini sangat bontot jahat. Btw, inilah die, kenapa keter2 ni ialah penyambung legasi keter Jepun. Sebab die still follow resipi yang sama. Jepun x mampu nak survive tight regulation. Nak taknak terpaksa discontinued. Dan disambung dengan model ayam. Tapi Jerman buktikan yang dorang boleh. Dan sebab resipi nilah mungkin sebab 2 model ni popular kat Jepun. 

CREDIT PICTURE TO: JYUROKU.COM

The Last Samurai


   The last Samurai. Kalau korang tengok citer die korang akan paham camne golongan Samurai akhir fight for their right. Ini sangat epic. The same term could be apply kat kereta sukan Jepun. Semua orang tau, zaman 90's ialah zaman kegemilangan kereta Jepun dimata dunia. Masa zaman ni a mat salleh baru nak bukak mata kat samurai2 ni sume.

   Then tahun 2002, hampir kebanyakan kereta sukan Jepun mula hilang satu demi satu. Yang menyedihkan ialah kereta2 ni sume xde keturunan. Main delete camtu2 je. So now here's the list of all those Samurais. Rasa aku dah x payah aku terangkan, sume dah kenal.

1. Nissan Skyline GT-R(1969-1972,1989-2002)

2. Toyota Supra(1978-2002)

3. Honda NSX(1990-2005)

4. Subaru Impreza WRX STi(1992-2011)

5. Mitsubishi Lancer Evolution(1992-)

6. Honda Integra Type-R(1995-2006)

7. Honda Civic Type-R(1997-2010)

8. Toyota Celica(1970-2006)


9. Toyota MR-2/S(1985-2006)


10. Mazda RX-7(1978-2002)

11. Nissan Silvia(1964-1969,1974-2002)

12. Honda S2000(1999-2009)

   And... Yes!!! 12 keter kat atas ni ialah what a Japanese sports car should look alike. Ekceli ada banyak lagi, cuma 12 atas ni yang terbaik yang tiada selainnya sebelum dan selepas. Walaupun Evo still in production tapi hell. It was made for a different customer. GT-R R35? No. Hell no. Itu keter x dapat nak bawak legasi Skyline GT-R yang asal. Still, untuk customer bukan enthusiast. Pasal tu a R23-R34 orang pandang lagi. LF-A? Itu pulak untuk tunjuk yang penis Toyota juga sebesar Ferrari.

   12 keter kat atas ni dah xde keturunan. Mati camtu je. Tapi tahun lepas, Toyota keluarkan 86, which could bagi some harapan untuk industry keter Jepun. Adakah lain company akan buat keter untuk compete dengan 86? Tunggulah 5 tahun nanti...

CREDIT PICTURES TO: SPEEDHUNTERS, TURBO MAGAZINE, HONDA TUNING MAGAZINE

Friday, September 13, 2013

Menung Si Seniman

Menung Ku di beranda,
Sambil angin membelai lembut,
Terasa kasih di ubun2,
Membawa ku terbang jauh.

Entah di mana,
Tiada ku ingat,
Seakan pernah berjumpa,
Hanya belaian lembut yang ku ingat.

Apakah ini?
Ya! Inilah dia!
Kasih sayang,
Inilah keabadiannya.

Kasih ini,
Tiada yang lain,
Hanya dia yang mampu,
Dia yakni Perempuan.

Oh Perempuan!
Engkau Tuhan kurniai,
Dilengkapi dengan ruang,
Diisi dengan cinta.

Hanya dia Perempuan,
Yang punyai kuasa,
Kasih cinta abadi,
Walau beribu tahun lamanya.

Entah sejak bila,
Terlalu lama dulu,
Entah bila yang terakhir,
Sejak aku kenal Perempuan.

Perempuan yang punyai cinta,
Yang paling tinggi,
Masa?
Bukanlah penghalang.

Kerna cinta Perempuan itu abadi,
Tiada terkira kasihnya,
Makanya inilah kurniaan Tuhan,
Kerna Perempuan itu anugerahNya.

Adapun tersedarlah aku,
Daripada lamunan panjang,
Akan rindu terhadapmu...
Perempuan!

Tuesday, June 18, 2013

Nilai Kemanusiaan

   Aku pernah dengar, orang selalu kata, ''Lelaki cuma diuji bila die dah ada segalanya. Harta, Takhta, Wanita. Itu bukan nilai kejayaan lelaki, tapi ujian.'' Macam biasa, bila dah dikurniakan otak yang pandai cepat je aku proses dan aku paham. Tapikan, walaupun aku paham, kenapa aku masih buat jugak anyway? Maksud aku kenapa bila aku dah ada semuanya, aku still serabut? Persoalannya, adakah aku betul2 paham apa maksud quote tadi?

   Right now aku boleh a dalam hierarki social aku sume aku ada. Keluarga, kawan dan perempuan. Aku still ingat masa aku masih lagi xde kawan. Dunia aku kosong. Rasanya macam kau dah buat macam2 untuk hilangkan rasa bosan. Tapi sedar2 je 10 aktiviti aku buat tu aku cuma spend x sampai 1 jam pn. Aku rasa teramat bosan. Rasa cam nak bunuh diri. Tapi the best thing is keje kau jadi bagus, kau tumpukan 100/100 tumpuan kau kat keje. Jadinya itu kelebihan orang sunyi. 

   Then bila dah masuk sekolah menengah, aku mula belajar apa itu persahabatan. Ok persahabatan mungkin cuma wujud dalam manga je. Tapi bagi aku, persahabatan ialah sesuatu yang perlu. Xde manusia yang nak hidup sorang. Bila aku dah dapat kawan ni, hidup aku berubah. Kalau dulu xde life, sekarang ada a orang ajak kau buat sesuatu. Buat 10 aktiviti tau2 je dah 10 jam. Rasanya dah x sunyi lagi. Nak bercakap pn seronok. Sedikit demi sedikit, seolah2 perasaan kemanusiaan tu bertambah.

   Aku belajar macamana nak senyum, apalagi ketawa. Buat sesuatu pn bersemangat. Rasanya cam... Aku x dapat nak sebut dalam perkataan. Tapi die seronok. Kau boleh buat apa je yang kau nak a camtu a rasa die. Fast forward kepada zaman dimana akhirnya aku memahami maksud kewujudan perempuan... Yes. Hidup aku berubah lagi sekali. Bila dah ada perempuan ni, seriously aku x pernah rasa perasaan ni. Die bukan sesuatu yang aku boleh describe. Yang aku tau, pleasure. Seolah2 ada semangat baru yang sentiasa mendorong aku. Kalau dengan member ialah untuk kita buat apa je yang kita nak, makanya perempuan ialah sentiasa memberi sokongan kepada kita.

   X kira apa yang aku buat, die mesti akan sokong. Kalau salah, die tegur. Kalau betul die encourage lagi supaya lagi betul. Best of all, aku boleh menangis tanpa rasa apa2. Maksud aku kalau aku dah giler stress aku ada orang untuk aku keluarkan airmata. Die punya terharu tu, aku x dapat nak gambarkan. Seolah2 kalau dunia sume rejek aku, tapi die still x berputus asa dengan aku. Die still bagi semangat. Masa semua orang x boleh nak tolong aku die still there buat apa yang termampu. Yes. Itulah setakat mana kasih sayang Annisa kat aku. Kalau aku call die, die tanya pasal aku. Walaupun cam membebel(kinda annoying). Tapi bersifat keibuan. Yes.

   Perempuan bukan je Ibu kita, tapi kawan kita jugak. Everything. That's why, hidup aku x sempurna kalau xde perempuan(not nescesarily kekasih). Tapi memang, dalam hidup aku, aku rasa Annisa sangat penting. Yes. That's why die ialah kekasih aku. Bila aku marah, die cuba tenangkan aku(dengan cara yang amat comel, of course), kalau aku tengah frust, die buat bende yang kebudak2kan(cuba kau tengok gelagat bayi a), then kalau ada masanya aku x tahan dengan apa yang aku hadapi, aku x boleh kawal emosi aku.

   Aku x tau kenapa, tapi kalau kat depan Annisa, aku mudah tunjukkan my true color. Kau boleh a kata die ialah breakpoint kepada ego aku. At some point, aku akan menangis. Seolah2 cuma die sorang ialah tempat aku menangis. Bila aku menangis, die pujuk aku, die lapkan airmata aku. Aku x tau kenapa. Tapi die seolah2 terus melupakan segala bende x elok aku buat kat die, walaupun baru beberapa minit yang lepas. Aku terharu. Aku x tau camne lagi nak ucapkan terima kasih. Nilainya terlalu tinggi.

   Then aku start rasa merendah diri. Bila die dah curahkan segala kasih saang kat aku, aku rasa bersalah. Sebab aku rasa apa yang aku curahkan kat die x setimpal dengan apa yang die bagi kat aku. Aku rasa aku dah macam hilang perasaan kemanusiaan. Caring sangat ke aku ni? Adakah kau perlukan lagi apa yang aku perlu bagi? Ataupun memang aku x pernah buat bende tu? Aku terasa diri aku ni macam kejam. Seolah2 aku macam x buat tanggungjawab aku snediri. Bukan ke aku ni lelaki. Kenapa aku x buat apa yang aku patutnya perlu buat? Mungkin inilah die yang dimaksudkan dengan bila lelaki dah ada semuanya itulah masanya die diuji.

   Aku rasa aku paham akhirnya. Mungkin bila dah ada semuanya, itulah masanya tanggungjawab lelaki makin bertambah. Contohnya kalau aku ada diri aku je, diri aku je aku perlu please, dengan diri aku je aku ada masalah, apa sume a. Tapi bila ada semuanya, once aku buat salah kat dornag, habis. Apalagi, semuanya sekali aku kena tanggung. Jadi ini mungkin salah satu daripada apa yang dimaksudkan dengan quotenya. Anyway, perjalanan aku masih panjang. Aku masih muda. Ini mungkin cuma satu bab dalam diri aku. Dan berguna untuk masa depan. Dan, perjalanan harus diteruskan!

*Annisa, terima kasih sebba sentiasa cuba untuk pleased aku. Aku mintak maaf kalau selama ni aku mintak kau lebih2. Aku cuma x nampak. Aku harap aku boleh buat sesuatu pulak untuk kau. Dengan, aku harap kau boleh buatkan aku seorang lelaki sejati. 

**''Kau kena accept diri Annisa macamana kurang pn die. Kau patut belajar bersyukur dengan apa yang die ada dan terima die no matter what''- Aishah

***Annisa, aku harap lepas ni kita akan sama2 lalu kat jalan yang kita nak dengan hadapi semua with full courage. 

Kereta= Status

   X. Aku bukan nak citer pasal macamana nak bezakan kereta rakyat marhaen dengan kereta elitis serta borjois(aku eja bedal je, x tau betul ke x). Yep kereta memang melambangkan status. Contohnya(jangan amek contoh industry kereta mesia yang rata2 harga kereta import ialah 150k ke atas, orang x mampu nak tunjuk attitude dengan kereta) kalau kat Britain kalau korang baca majalah kereta dorang at least sampai tahun 2005, kereta Jepun still dipandang rendah sebagai kereta orang miskin, shoddy, low performance, commuter dengan mass produced(sportscar buat apa nak buat banyak2). 

   Dekad 90's ialah zaman dimana kereta Jepun menikmati zaman kegemilangan yang dimulakan oleh(apa lagi...) Nissan Skyline R32 GT-R masa zaman '89 kat atas track, dengan Honda NSX kat dunia supercar pada tahun yang sama. NSX bukan je mengharumkan maruah kereta Jepun yang selama ni dihina shoddy dengan low performance oleh golongan elitis Eropah tapi jugak we-write rules of making supercar, yang sebelum ni Ferrari sendiri pn gagal(tanya Gordon Murray apa komen die pasal Ferrari dekad 80's). Honda NSX ialah what a supercar should be and create a new fundamental of supercar.

   Manakala GT-R pulak mengejutkan dunia dengan performance yang orang selama ni x pernah bayangkan. Dengan body coupe(read: 2 door sedan), I6 2.6l twin-turbo, 4wd sepenuh masa yang canggih dengan rekod racing yang x pernah dibayangkan. Ditambah dengan enjin yang bukan dibuat untuk atas jalan, tapi track, GT-R dipanggil Godzilla oleh majalah Wheels Australia. Tau ke korang kereta ni terlalu hebat sampai menyebabkan perlumbaan JTCC(diganti dengan JGTC, sekarang dipanggil Super GT) defunct sebab kereta ni asyik menang je? Itu belum citer lagi endurance racing kat Australia lagi. 

   Dipendekkan citernya 2 kereta ni melambangkan apa yang kereta Jepun should be: compact, lightning quick dengan semestinya... laju. Masa zaman kereta ni keluar korang boleh a kata kereta2 Eropah semua berada dalam zon selesa dimana kereta dorang dianggap paling hebat. Tapi 2 kereta Jepun ni just blown competition. Hatta GT-R lagi laju dpd Porsche dengan NSX lagi laju dpd Ferrari. Kan malu tu? Lepas zaman ni a korang tengok kereta Jepun rule dengan dengarlah nama2 yang sekarang tyinggal sejarah macam Evo, Impreza, Supra, RX-7 FD, Honda EG dengan EK. 

   Ok alang2 dah belajar sejarah ni kita berbalik kat Malaysia ku cinta ni balik. Semua orang tau yang Ferrari ialah aristokrat dalam dunia kereta. X kira korang ni siapa, benci mana pn korang, Ferrari adalah wajib di admire. Ini satu2nya kereta yang xde buat bisnes lain selain racing(dorang xdenye nak market Racing is our reason to exist untuk promo kete dorang bagus). Dengan Ferrari jugak duduk di tangga teratas dalam rantaian makanan kereta2 sport. Kita jugak tau yang Ferrari banyak dimiliki oleh Cina di Malaysia(jarang aku nampak Melayu pakai).

   Tapi kan perangai Meleis ni can somewhat annoying giler. Aku bagi contoh: 


   Ok dalam video ni korang boleh tengok Evo tengah tail dengan Ferrari. Aku x akan kata ini x civilized hatta kat Jepun yang dikatakan negara dunia pertama yang pandai tu pn bawak GT-R sampai 200mph(read: 320kmh) kat h/way, inikan pulak masyarakat dunia ketiga macam Malaysia. Then cuba korang tengok komen2 dorang sume. Rata2 Meleis sume berpihak pada Ferrari. Ini yang aku kata, Ferrari ialah aristokrat yang sering disembah sebagai kereta paling everything. Yes mahal jugak. Komen2 Meleis ni memang menjengkelkan.

   1st sekali, sume kata yang Ferrari cuma bagi chance je tu. Ok ni aku boleh terima. Then die kata Evo ni x layak nak lawan Ferrari apa lagi Lambo. Ok ini bangang. 1st kroang cuba pikir logik. Evo harga x sampai 1/10 harga Ferrari. Semestinya akan jadi pilihan orang muda. 2nd cuba korang pikir logik, berapa ramai jutawan yang umo dalam 20 lebih kat Malaysia ni? Ada korang kenal? Jadinya semestinya a orang yang bawak Ferrari ni ialah orang tua(possiblity tinggi tengok dari segi ekonomi). Then korang boleh kata Evo xkan boleh kejar Ferrari pasal topspeed Ferrari sampai 300, Evo 250. Ini lagi bangang. Kalau pn Evo tu stock(ada ke?) memang yes, electronically limited. 

   Korang tau x kenapa Evo tu die electronically limited? Pasal engineer die tau yang kalau diubah sikit, senang2 capai 300. Cuba korang tengok ni. Evo dah kasi bikin: 



   Yes, 300kmh. Sampai x boleh baca. Then Evo yang kejar Ferrari tu pulak aku yakin, dah bikin. Sebab stock korang x akan dengar bunyi 'pssst' masa lepas minyak. Takat bikin sikit je pn(intake, exhaust) dah boleh sampai 400hp. Ferrari California 450hp. Tambah 4wd, apa lagi korang boleh expect? Handling ma. Dengan ada lagi beruk2 yang x civilized mengutuk keter Jepun: 


   Then bila keter Jepun dah buat 280kmh(reliability, die belum fully tune pasang cooler) pn Meleis nak menyalak jugak. Habis tu korang ingat apa? Ferrari je boleh buat 300kmh? Ok kalau korang nak tau sehebat mana kereta tu, racetrack ialah tempatnya. BTW, sapa cross the finish line dulu, die menang. Enjoy!




Passion Ialah Xde Life?

   Kali ni aku nak citer apsal passion pulak. Ok aku memang passionate kalau sembang pasal kereta. Rasanya malas nak ulang kenapa aku suka kereta, tapi disebabkan passionate terhadap kereta aku citer jugak. hahahaha... Cuba korang pikir macamana pile of screw, metal dengan fiber boleh bergerak ke 186mph? Yea... itulah die mistery yang menyebabkan kau suka kereta. Aku anggap passion ni ialah sesuatu yang hebat. Sesuatu yang orang x akan paham dan melambangkan diri kita sendiri. Rasa berbeza dengan orang lain kalau ada passion ni. 

   Tapi kan, bila dah passion mesti a akan jatuh cinta kan? Yes. Betul passion ialah cinta. Korang pernah terpikir x yang kalau korang buat je sesuatu bende orang kata xde life? Contoh macam member aku. Die minat giler dengan Iron Man. Masa Iron Man 3 keluar hari tu die dah tengok yang biasa, 3D dengan IMAX. Aku kata a: 

''Get a life, dude! You waste all your money on nothing!''

   Die jawab:

''This is my life. This is what I've been passionate. If you are passionate surely you don't mind to spend every penny you have in your piggy bank!''

   Sejak dari tu aku mula tanya diri aku. Ok kalau passion ialah cinta, makanya aku boleh a kata aku bercinta dengan kereta kan? Maknanya aku will do anything just to have fun with car(ok bajet cam aku dah de kereta sendiri je). Anyway, itu ok lagi. Aku ada contoh yang terbaik:

http://kisahcintaizamnady.blogspot.com/

   Ok tengok nama blog korang dah tau. Blog ni ialah 100/100 citer pasal kisah cinta dua manusia berlainan jantina. Kalau korang baca a die punya blog karangan serupa bahagian B SPM punya BM. Tatabahasa die kalah DBP. Puisi mengalahkan Latif Mohiden punya sajak. Setiap inci ayat tu memang x yah citer. Berbunga2. Jadi korang boleh expect yang cinta die terhadap kekasih berlainan jantina die tu terlalu tinggi lalu menjadi inspirasi untuk buat ayat berbunga2 camtu.

   Wow... Inilah passion. Yes. Passion ialah kau berada dalam dunia kau sendiri bersama sesuatu atau orang yang kau cintai. Jadi dia akan dedicate everything he have just to enjoy his life. Lalu terjadilah sesuatu seperti blog di atas... Ok kalau dalam bahasa mat kereta orang kutuk kau habiskan beribu2 bikin kereta padahal kegunaan untuk bergerak dari titik A ke B je. Orang x paham. Tapi kita paham. Dan passion juga ialah kepuasan. Makanya untuk memuaskan hati adalah untuk buat apa yang die passionate for. Jadinya xde istilah xde life kat sini.

   Jangan nak jadi taste-police sangat. Kau ada life kau sendiri, tetibe kau nak tegur die xde life. Itu life die. Bukan life korang. Kalau korang rasa apa yang die buat tu harm korang, baru bersuara. Nak menyampah silakan, tapi dalam hati. Same goes kalau aku kutuk apa yang kau minat mesti kau melenting. Jadinya xde istilah xde life kalau melibatkan passion, tapi ialah i live my own live, you live yours. Simple. BTW dari sini aku tertanya sesuatu. Apakah itu yang dimaksudkan dengan life?

   Well, secara kasarnya life ialah orang yang sentiasa ada social life. Kalau kat negara mat saleh social life tu ialah berparty, minum beer sama2, pergi adventure dengan kawan, shopping sume. Jadinya kat sini 'life' ialah kehidupan dimana kita menghabiskan masa kita bersama2 dengan sosial. Makanya tengok wayang sorang2, beriadah sorang2, minum sorang2, itu ialah xde life. Dan syok sendiri jugak xde life. Syok sendiri ni kira macam buat apa yang kau passionate a. Macam aku bercerita kat atas tu. Jadinya, passion ialah xde life bila xde orang yang sama passion dengan kau.

   Jadi passion bukan xde life atau apa sume just because he dedicated all he have in his arms untuk cater die punya kepuasan, tapi passion ialah living your own life. Sebab tu ada kata motorsport ni membazir serta membahayakan nyawa, pasal die x paham apa yang kita passionate for. Makanya, live your own passion, as long as you are happy. Until then, chow!

Monday, June 17, 2013

Cinta Monyet Tu Mende Anyway?

   Masa aku sekolah dulu tengok member2 aku sume dating2, fuh... Sweet! Haha. Tapi aku sikit pn x jeles. Apa aku nak jeles? Bukan aku minat pn nak ada awek2 sume ni(then). Kau boleh a kata 2/3 dpd kawan aku sume bercinta. Rasanya aku sorang je yang against cinta. Kalau ada pn kawan2 aku yang x bercinta makanya dorang mesti in the middle of nak dapat awek ataupun masih belum ada konek untuk cakap kat pmpuan tu die suka kat pmpuan tu.

   Later on lepas tinggal aku sorang je yang x bercinta wujud pulak manusia surau atau cikgu sembang2 dengan aku cakap:
   ''Dorang ni cinta monyet je, x kan berkekalan.''
Ataupun:
   ''Inilah die cinta monyet, bercinta bukan main, lepas break sedih sampai kelangit.''

   At the same time istilah baru masuk dalam kamus otak aku: Cinta Monyet. Sefaham aku sebelum ni cinta monyet ialah cinta yang x akan berkekalan. Sefaham aku lepas google ialah cinta yang bukan berasaskan kasih sayang tapi hanya sekadar main2 je(read: playboy/girl). Jadinya Cinta Monyet boleh a aku kata sebagai cinta yang xde point. Semacam budak2 sekolah rendah main 'jadi-jadi' dulu2. Xde point, takat seronok2 je. Cinta yang x ada chemistry.

   Tapi kan, kenapa cinta2 monyet ni selalu diasosiasikan(betul kan aku eja?) dengan budak sekolah? Kenapa? Hanya sebab zaman sekolah zaman nak cari bekalan tua then bila frust bercinta boleh mengganggu. Haha. Hell. Not nescesarily so. Kadang2 orang selalu dub cinta zaman sekolah sebagai cinta monyet. Ok sebab apa orang nampak ialah:
   1. Cinta zaman sekolah selalu hanya berdasarkan hormon, bukan nak kahwin or so.
   2. Budak2 sekolah selalu putus cinta. Kalau yang hot giler tu ada sampai 42 kali(citer betul) putus. 
   3. Budak2 sekolah ada yang bercinta selama just seminggu, pastu break buat macam x kenal.
   4. Budak2 sekolah suka main skandal.
   5. (Kalau ada lagi boleh tambah list ni)

   Jadi 4 list tu sepatutnya dah cukup untuk bagi gambaran kenapa cinta zaman sekolah ni dikatakan cinta monyet. X. Aku x setuju. Contoh 1st, cuba bukak tv berapa ramai playboy(cuba kira nisbah drama budak sekolah dengan orang dah keje berapa) yang korang tengok kat samarinda ke akasia pebende sume tu. Almost everytime, orang dah habis sekolah berlaku playboy/girl serta curang terhadap pasangannya.

   2nd list pulak, ok. Ini sapa yang kata camtu je die memang sempit otaknya. Cuba kau tengok How I Met Your Mother tengok bape kali Ted putus. Berapa banyak ex die. X citer Barney lagi. Drama ialah interpertation kepada dunia reality. Drama sentiasa based on reality. Jadi bukan budak sekolah je yang putus cinta memangjang. list ke3 tu pulak, ok bercinta dalam jangka masa yang sekejap, korang boleh tengok x masa depan korang? Aku tanya korang, ada x korang boleh jangka apa yang berlaku? Jadinya disaster x pilih masa nak happen. 

   Could be seminggu, sebulan or 10 tahun pn boleh. Yang penting, kroang berusaha untuk what korang fight for. 4 tu pulak... haih... Tengok je a samarinda. Hatta datuk yang dah tua kalau konek still boleh ereksi tu pn main skandal. Duit banyak ma, sugar baby mari a. hahahaha... Jadinya apa yang aku kata kat sini, cinta monyet x pilih umur untuk occur. Orang dah keje, still putus cinta. Still main skandal etc. Jadinya bukan budak sekolah je yang patut dikatakan x berkekalan.

   Makcik aku, balak die sejak fom 2(now my uncle) still together. Pakcik aku tu beribu batu, berapa tahun pn, masih nak perempuan yang die suka sejak dulu. Belajar kat England, jadi korang tau a macam2 perempuan die jumpa. Lawa, caring, hot everything. Tapi still nak kat makcik aku. Haa... X ke sweet camtu? Jadinya aku x percaya bahawa cinta zaman sekolah ialah cinta monyet. TAPI. Yes ada tapinya.

   Perkahwinan bukannya ketentuan jodoh macam orang selalu pikir. Kalau perkahwinan ialah ketentuan jodoh kita sah2 a x akan wujud penceraian. Same goes as kau dating dengan orang tu. Tetibe kau tau lelaki tu bukan lelaki yang betul untuk kau date. Jadi sama macam kawin. Kau tengok berapa banyak kat drama tu orang salah kawin? Tu belum citer lagi yang curang, ada skandal sume. Itupun cinta monyet jugak tu. X sayang dengan sepenuh hati. 

   Pengajaran kat sini ialah, cinta monyet x pilih umur untuk mencari mangsa. Yang penting hati. Kalau sayang, kekal. Kalau nak main2, esok pn boleh. Hatta time dating pn boleh menggatal lagi. Jadinya, cinta monyet bukan hanya untuk budak sekolah je. Ini namanya generalisasi. Diharap kepada pasangan yang sedang bercinta, aku doakan(termasuk kepada diri aku) supaya korang sentiasa rasional dalam everything supaya x terjadinya gejala cinta monyet. Sekian terima kasih sebab membaca...

Apa lagi? Tepuk tangan a, dah habis kan? Haaa... Tepuk!

Lama X Post...

   hahahaha... Aku dah lama x blogging ni. Sampai aku dah lupa apa tajuk post aku yang latest sebelum aku tulis post ni. Rasanya dah dekat sebulan kot. Ok literally sebulan tu sekejap, tapi realitynya dalam dunia internet, adalah lama. Internet update setiap minit, kalau x minit, saat. X caya cuba tengok twitter. Hahahaha... Cuba korang kira dalam 1 minit ada bape orang tweet(depends on how much kau follow orang). 

   Kalau nak diikutkan aku xde a sibuk pn. X buat pape. Selalunya aku blogging supaya aku dapat meluahkan idea yang terbuku kat fikiran. Tapi sejak tweeter menguasai medan aku rasa blog ni dah ketinggalan. Macam aku cakap tadi tweeter tiap masa update. Tapi blog? X. Blog lambat, dengan x semua orang main blog(kau suka ke menulis karangan?) Jadinya dengan sistem yang lambat serta perlukan masa untuk memerah idea aku beralih angin: Twitter. Yes.

   Sekarang ni kalau aku rasa aku nak kongsi buah fikiran aku takat tweet je. Walaupun 140 characters tu x cukup sebenarnya. At least orang yang membaca pn x perlu nak baca karangan, instead takat baca ayat by ayat. Xde a nampak penat. Jadi idea tu dikongsi dengan lebih cepat, orang semua nampak. Kalau blog? Ada orang nampak? Ok. Satu lagi blog ni lambat update.

   Aku tanya kau, kalau kau tweet, let say 100 per day, tapi blog ada 100 post per day? Walaupun Tom Clancy pn x tulis sebanyak tu aku rasa. Lagi satu blog ni pulak korang kena main bahasa. Tulisan kau bosan, xde orang nak baca. Tapi rilek. Aku xde a nescesarily x tulis blog lagi, cuma blog ni x ringkas. Kalau aku rajin aku tulis. Anyway, jangan risau, aku still menulis, cuma x frequent macam dulu. Atau idea dah tepu. Jadi blog ni akan sentiasa and will always wujud. 

BTW tau ke korang bahawa aku punya draft giler banyak tertunggak disebabkan otak dah tepu?

Thursday, May 30, 2013

Seniority= Performance?

   Secara jujurnya aku x suka jadi junior. X kira keje ke belajar ke, asalkan junior. Kenapa? Sebab ada orang yang lebih atas dpd aku. Bukan sebab apa, tapi selama ni memang aku x suka kawan dengan senior. Bukan sebab kena buli. Kalau aku x kawan camne aku nak kena buli kan? Anyway ini sebab die:

   Aku paling benci sebab senior sentiasa pikir bahawa semua yang dorang buat, betul. Yes. Jangan gebang depan aku. Sume yang bergelar senior x akan dengar segala apa yang junior cakap, apalagi terima apa yang dorang buat. Yang dorang tau, Aku senior, aku lagi lama dari korang, aku lagi banyak tau dari korang, dan aku LAGI bagus dari korang. Titik. Yes. Dan kadang2 mereka sangat ego dimana hanya mereka yang boleh buat semuanya. Keje2 kuli sume junior buat. 

   Ok. Bagi aku umur hanya nombor. Umur cuma melambangkan kau lahir tahun berapa dan berapa lama kau hidup kat dunia ni. X lebih dpd tu. Contohnya kalau orang yang selama ni keje jadi engineer selama 10 tahun, tetibe umo 38 die jadi penulis pulak. Secara otomatiknya die ialah junior dalam bidang penulisan. Jadinya umur bukannya penentu performance anyway. Tapi in some case, senior jugak penentu berapa banyak pengalaman. Tapi tu no 2. Yang 1st ialah personality. 

   TAPI. Junior juga adalah lebih baik daripada senior kalau senior keje dok goyang kaki, tapi junior ada personality yang lagi hebat. Contohnya bila junior dibagi kepercayaan untuk buat keje A, tapi senior x puas hati sebab die rasa die lagi bagus dpd junior. Ok. Ini aku benci giler. Inilah die yang aku maksudkan dengan ego senior. Then, x semestinya kalau senior die dah mengalami every kind of pengalaman. Kalau junior lagi banyak mengalami pengalaman, maknanya junior tu lagi capable dpd senior yang kurang pengalaman. 

   Contohnya senior x akan merasa pengalaman yang junior rasa pasal senior ialah era yang berlainan. Contohnya kau bagi mekanik musclecar yang dah 40 tahun main enjin, tetibe suruh die tune keter eropah yang giler canggih dari engine, brake, transmission, sumenyelah, guna komputer. Dan itulah die yang die lemah. Sebab die cuma biasa tune carburettor, sedangkan budak2 zaman sekarang tune keter guna laptop je. Jadinya kalau bab2 tune keter zaman sekarang, die punya standard jadi sama dengan junior. 

   Jadinya dipendekkan citernya, senior dan junior ada pros dengan cons. Jadi senior x perlu tunjuk hebat, manakala junior x pelu nak bajet power. Sume kena moderate. Kalau anda seorang muslim, maka ikutlah Nabi Muhammad punya sunnah, be modest. Setiap orang ada kelemahan dengan kelebihan sendiri. Jadinya, silakanlah anda untuk merendah diri dalam melakukan apa sahaja. Be competitive, jangan keje cari buruk orang je. Jadinya until then, chow.

Friday, May 24, 2013

Lelaki Hati Besi

Aku seorang lelaki,
Punyai sekeping hati,
Tiadalah ia sakti,
Hanyalah keras laksana besi.

Aku seorang lelaki,
Punyai wanita yang menemani,
Tenanglah ia ku punya hati,
Adapun si dia hatiku dialah punyai.

Dia seorang wanita,
Dialah yang menduduki takhta,
Jernih matanya tiadalah dusta,
Ikhlas hatinya kekasihku si wanita.

Maafkan daku duhai kekasih,
Tiada dapat kucurahkan luhur kasih,
Jauh sekali bahagia dapat ku curah,
Tiada ku ingin lihat engkau bersedih.

Tiadaku mampu menghiburkanmu kekasihku,
Keras laksana waja ialah hatiku,
Tiada mampu aku bermanis-manis ayat menusuk kalbu,
Hanya kata2 keras tiada perasaan ku yang ku mampu.

Ya wanita kekasihku sayang,
Ayat ku kasar seakan mengasah parang,
Hatta hanya menyampah yang bersarang,
Andai begitu maafkanlah daku oh sayang.

*Ceh, puisi ni teruk.
**Kepada- Annisa Shazleen

Sunday, May 12, 2013

Lambang Persahabatan

Gambar bawah ni ialah lambang persahabatan:


X percaya? Ini die:

Kau kena tau, orang lain senang2 je dapat pasal cinta dorang murah, tapi kasih sayang Annisa mahal- Aishah
Kalau ada sesiapa nak tibai kau sebab die aku sedia penumbuk je- Haziq
Jangan tipu aku, kau ada masalah dengan Annisa kan?- Zaeiz
Dekat dengan die, tapi jangan buat die menyampah. Jauh dengan die, tapi jangan pinggirkan die- Asip
Aku dengan Asip dah plan dah nak kasi kau kapel dengan Annisa- Udin
Aku paham perasaan kau bro! Aku tau kau dah kena friendzone apa sume!- Kapet
Serious aku tabik kau. Kau punya keadaaan lagi teruk dpd sesiapa tapi kau tetap tabah!- KB

Terima kasih korang! Kalau korang sume xde x mungkin aku berbahagia sekarang ni! 

Friday, May 10, 2013

Apologize II

Aku x tau.
Entah camne. 
Tapi aku blank.
X tau apa perlu dibuat.
X tau mana arah nak pergi.

Ceh.
Aku rasa aku tau.
Mungkin sebab aku takut.
Yela, berani kerana benar, takut kerana salah.
Aku tau, aku pengecut.
Kenapa aku takut?
Bukan ke aku ni lelaki sejati?

Jadi citer sekarang kenapa aku takut?
Ya, aku bersalah.
Aku takut untuk bersemuka dengan kau.
Walaupun secara virtual pn tangan aku masih menggigil.
X sejuk pn hari ni.
Awan pn x mau hujan hari ni.
Panas ada a.

Aku tau, sebab...
Memang aku bersalah.
Sebab tu aku takut.
Sikit pn kau x senyum.
Lagi aku takut
Sebab aku bersalah.
Bukan ke takut kerana salah?

Aku tau.
Terlalu banyak aku mintak maaf.
Aku pn tau jugak.
Yang aku...
Dah terlalu banyak buat salah kat kau.
Sebab tu aku takut.
Salah aku terlalu banyak.

Aku harap... kau boleh terima maaf aku.
Walaupun untuk kali yang keberapa.
Mungkin kau dah bosan dengan ayat ni:
''Manusia x sempurna''
Ataupun:
''Manusia memang selalu buat kesalahan''

Aku teruk.
Aku langsung x ubah diri aku.
Aku x belajar pn dari kesalahan aku.
Tapi... tolonglah.
Terima aku seadanya. 
Sebab... aku sentiasa terima kau seadanya.

Aku... walaupun kau x mintak maaf pn.
Aku tetap maafkan kau.
Tapi... aku rasa serba salah.
Akhirnya... aku cuma seorang lelaki.
Lelaki tipikal yang kau sentiasa jumpa.
Tolonglah, Annisa:

Aku... mintak maaf, walaupun untuk kali yang dah x terkira.
............................................

Ahnaf Irsyad,
May 10, '13, 2008 hours.