Powered By Blogger
Showing posts with label serbanistas. Show all posts
Showing posts with label serbanistas. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Banning Terhadap Budaya Urban

   Semalam February 14, biasa a. Valentine's day. X kisah kalau korang rayakan ke x. Tapi yang penting, kalau korang duduk kat Malaysia, reaksinya berbaur. Ada yang yang gembira dengan kekasih dorang, ada yang protes sebab bertentangan dengan agama, ada jugak yang x amek port. Tapi citer sekarang, ada bende terlintas kat fikiran aku. Yang pastinya, mesti berkaitan dengan yang protes sebab agama. Ya. Golongan serbanistas.

   Aku mula malas nak amek port pasal ni. Pasal dah bosan. Tiap tahun bende sama je. Ok sebelum aku mula citer, aku bagi situasi dulu. Valentine's day, hari dimana kita menyambut kekasih kita. Kalau ikut mindset Meleis dengan serbanistas yang berkitabkan Mastika dan Alter Rahsia Melayu pekebendentah akan cakap, sejarah Vale's day bermula lepas paderi Valentino disalib untuk menyokong tentera kristian menghalau orang islam dari Sepanyol masa zaman Ratu Isabella dulu. Anehnya x pernah wujud pn Valentine masa zaman Ratu Isabella. Then, menyebabkan maksiat(dah kau bercinta tolak agama, tu masalah kau).

   Tapi, aku mula angin bila hari ni, khutbah jumaat kata, cam biasa a:

''Jika melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu kaum, maka jadilah ia kaum itu''

   Hadis nabi yang aku yakini kesahihannya. Then, korang kena kaji sejarah Vale's day ikut dorang punya pandangan(barat la!). Korang kaji la macamana, x wujud pn sejarah macamana yang dikatakan Mastika atau yang aku tulis kat atas tu. 

''Woi! Ko tau x?! Freemason dengan Iluminati sengaja sembunyikan rahsia tu!''

''Fakta sebenar dah diselewengkan der. Sebab tu la citer die camni''

   Ayat meleis dengan serbanistas. Kolot sungguh! Cuba korang pikir sikit. Kalau dorang yan tulis, dorang mesti nak menangkan dorang. Dan kalau nak menangkan dorang, mesti a dorang akan cerita dengan jujur mengenai kemenangan dorang mengalahkan Islam kat Sepanyol. Tapi kalau dah x wujud dalam dokumen dorang, maknanya x wujud a sejarah tu anyway. Jadi Mastika sengaja menyelewengkan kepala otak korang sebenarnya.

   Then, hadis tu selalunya digunakan untuk ban aktiviti yang selalu diasosiasikan dengan budaya kuning. Contohnya, tahun baru. Dengan recently, Vale's day. Then bila cakap camtu, aku ada suara hati. Eh, habis tu maknanya kalau kita kahwin dengan penuh adat macam bersanding bagai, kita murtad a? Pasal bersanding kan budaya dari agama Hindu? Ok. Sekarang kau nampak gambarannya. Valentine's day, haroom. Alasannya, menyerupai budaya kristian. Dan sejarahnya diselewengkan oleh Mastika. Yang sebenar camni anyway. 

   Tapi x de pulak fatwa kata bersanding tu haram. Walaupun die dari agama Hindu. Oh lupa. Kalau budaya Melayu mesti otomatiknya Islamik kan? hahahaha... lupa pulak. Then, ini menunjukkan yang Melayu ni racist. Asal kristian-yahudi, haroom. Padahal korang main tweet tu pn, sapa yang buat tweet? fesbuk? Yahudi yang korang laknat sangat. Korang laknat die pn die lagi pandai dpd kau. Cuba pikir camni. Yahudi laknat, bak kata korang. Korang x rasa malu ke, orang yang dilaknati berjaya mengawal jadual kau, pemikiran bangsa yang terpilih macam Melayu ni huh? Korang x de ke cita2 nak jadi lagi hebat dpd Albert Einstein? Kata Yahudi taraf rendah. Then IQ kita masih lagi lagi rendah dpd orang Israel-Yahudi ni.

   Akhirnya, hadis ni disalahguna. Kalau nak guna hadis tu untuk ban budaya2 tu sume, kenapa x ban kebanyakan budaya Melayu? Bukankah Melayu banyak adapt budaya Hindu. Kalau itu korang x tau memang korang lupa daratan a. Anyway, dah memang ini perangai kita. Yang pastinya, aku x tau sampai bila Melayu akan berfikiran kolot camni. Hm... aku pn dah malas nak tulis ni. Anyway, chow. 

oh lupa nak bagi salam.

Shalomalaichem.

jawab alaichemshalom.

Sunday, November 25, 2012

Kesucian Pak Arab

   Aku pelik. Kenapa meleis suka agung2 kan Pak Arab? Ok a memang nabi sendiri kata yang kenapa kita perlu cintakan bangsa Arab pasal Nabi sendiri orang Arab, pastu bahasa al-Quran ialah Bahasa Arab, dengan bahasa syurga pn bahasa Arab. Tapi citer sekarang ni kadang2 meleis ni bangang. Hari tu ada a meleis cakap dengan aku:

   ''Kalau shisha bahaya kenapa Pak Arab suka isap?''

   *tepukdahi

   pfft. Apa kejadahnya kau mencontohi kesucian pak Arab pada perspektif yang camtu? Setau aku a budaya Pak Arab ni pn x de bezanya dengan budaya bangsa lain. Kau tengok a sekarang hobi Pak Arab camne. Keje membazir duit sampai negara dah nak bankrap(UAE). Pastu beli kete mahal2 tunjuk2 kat orang, buat hotel punya besar. Ok tu normal bagi orang kaya yang x tau camne nak guna duit die. Pastu kebangangan meleis x berhenti setakat tu je. Sampai mengagung2 kan negara2 Arab yang ada 17 tu macam negara tu suci sangat je. Padahal die x tau yang negara tu sume penyumbang minyak terbesar Amerika dan ISRAEL. Nampak tu. Pak Arab ni bukan nak tolong sedara2 die pn yang kena tindas(x semestinya Palestin). Dah tu pulak politik kotor. Asyik2 memberontak je. X pernah aman. Maju jauh sekali.

   X cukup lagi dorang buat macam negara tu negara yang patut dicontohi macamana aku mencontohi New Zealand dengan Norway. Ada a haritu aku kutuk2 Pak Arab kat fesbuk. Tetibe ada serbanistas bash aku:

   ''anta ni kenapa nak hina2 orang Arab? anta cuma menyanjung orang kaper tapi x menyanjung orang Islam.''

   *tepukdahi

   Baiklah, kau tau ke budaya Pak Arab camne? Macam Jahiliyah tu. Ya. Kalau nak diikutkan banyak lagi budaya Jahiliyah yang masih hidup cuma dah samar2. Then kesucian Arab ni terlalu kuat sampai ada meleis dengan serbanistas yang buta. Contohnya:

   ''Anta tau x? Syria is Arabs! they speaks Arabs! that mean they're Arabs. Please dont show you stupidness''

   ''Ani dah malas nak layan Atta. Salom.''

   Nampak di situ? Arab ni terlalu suci sampai semua ethnic kat middle east jadi Pak Arab. For your information Syrian did speak Arab. And their national language is Arab. But their ethnicity is no Arabs. They speaks Arab because they've been more than 1000 years under Arabs rules. In fact some of their peoples still speaks Aramaic and other semitic language. Aneh. berbuih mulut aku gaduh dengan die pasal tu. Last2 aku malas nak layan. Then kesucian Arab lagi jelas terserlah dekat buku teks fom 4 sejarah. Apa kejadahnya dalam 10 bab 6 bab sume citer pasal Islam, yap, terutamanya Arab. Yang aku pelik nya kerajaan Umayyad punya corrupt, banyak pemberontakan pastu perkauman x pula die citer. Abbasid yang sultan punya banyak gundik jauh sekali die citer. 

   Yang baik2 pasal kerajaan Islam je die citer. Yang pasal kejatuhan die macamana boleh berlaku cuma 2 ayat je. Kalau belajar dari kejayaan je mana nak dapat motivasi supaya x mau jatuh? Ini lah yang nama nya Arab-supremacy. Korang boleh a cakap camtu pasal korang x pernah duduk Arab, duduk dengan masyarakat dorang. Kalau google pn korang x kan cari punya bnde2 yang berkaitan ni. Some of them are indeed nice but you dont need to mengagung2 kan dorang. Sampai macam x de bangsa lain yang baik. Macam Pak Arab sorang yang baik. Then, aku x salahkan korang pn kalau korang nak sayang bangsa Arab. Cuma jangan buat Pak Arab tu maksum. Dorang kat rumah pn seksi giler, tu belum citer atas katil lagi. Ok dah bosan kan? tekan je pangkah kat sebelah kanan tu. Senang kan?     

Saturday, November 24, 2012

Kebencian Meleis Terhadap Israel dan Yahudi

   Kalau nak diikutkan aku dah malas nak gebang pasal bnde sama je. Ya aku x pernah tulis bnde ni dalam blog tapi kat fesbuk. Hm... Aku kalau bab2 ni memang a suka nak berdebat, tapi citer sekarang ni daripada debat2 tetibe jadi butthurt pastu gaduh. Mula a sume nak jadi keyboard warrior. Ok. Yang pastinya meleis selalu kalah dengan aku, tapi yang x mau kalah, serbanistas. pfft. Serbanistas ni kalau nak diikutkan memang aku menyampah, pasal dorang ni suka sangat nak kata orang berdosa itu ini. Kau tu malaikat ke nak kata aku dosa? kau ke yang tulis aku punya amalan? kau tu tuhan ke sampai kau tau dosa orang? So itulah die keje serbanistas. Keyboard warrior yang suka mencatat dosa orang kat fesbuk.

   Anyway, hari tu masa 1 muharram, Israel serang Gaza. Dan apalagi, umat islam seluruh dunia mula a berapi. Aku x terkecuali, cuma kau x amek port je. X cukup dengan tu, mula a nak boikot mekdonel. Aneh nya macam mekdonel je syarikat yang bagi duit kat Israel. Then mula a kat fesbuk anti-Yahudi dengan Israel. Sekarang aku rasa bertambah aneh. Apa nak benci sangat dengan Yahudi ni? Kalau Israel aku boleh citer lagi a. Ok sekarang citer pasl Yahudi dulu. Aku selalu dengar dan tengok, orang kalau dengar 'Yahudi' je mula nak menggelabah. Pastu mula a nak kata Laknatullah. Ok memang betul Allah pn kata yang Yahudi ni dilaknat. Tapi cuba fikir betul2. Bagi aku mungkin in today's sense boleh di translate sebagai Zionis. Sebab orang yahudi mana ada buat kecoh, Zionis je.

   Then keanehan mengenai anti-Yahudi ni la yang menyerabutkan kepala otak aku. Sejak zaman nabi Ishak sampai nabi Isa, semua Yahudi, bangsa Israel. So sekarang kau nak bashing orang yahudi ni itu ini kau sebenarnya secara x sengaja include nabi2 ni skali, pasal dorang memang orang Israel. Then lagi aku pelik, asal jahat je mesti yahudi/israel. Macam sekarang ni ada budak kecoh kat Twitter pasal taksub sangat dengan K-Pop sampai x ngaku warganegara Meleisia. Pastu ada pulak malaon tweet, '' woi, ni sampai x ngaku rakyat mesia ni lebih a, balik Israel sana.'' See. Asal x baik je mesti Israel/Yahudi. So sekarang meleis suka sangat meyahudikan orang yang x baik serta bnde2 negatif. Macam semua orang Yahudi/Israel tu setiap saat buat jahat je. 

   Aku tanya kau. Kau tu baik sangat ke nak kata orang2 Yahudi/Israel ni jahat? Walaupun dorang tu sume bukan Islam tapi jangan a nak hina2. Ok yang ni memang dah nature orang Melayu aku x boleh nak buat apa. Tapi reality. Then orang yang cakap camni aku nak tanya a, korang sume pernah x duduk kat Tel Aviv? Pernah x korang pergi duduk kat negara Israel pastu hidup dengan komuniti dorang pastu tengok budaya dorang? Peranah kau duduk dalam masyarakat dorang? X pernah kan. So jangan cakap macam korang kenal sangat dengan orang2 Israel ni. Pasal korang x pernah pn duduk dengan masyarakat dorang. Jangan cakap macam semua orang Israel adalah jahat. Korang x pernah ke terfikir yang korang kutuk2 orang Yahudi/Israel ni sebenarnya kau sendiri yang memalukan Islam?

   Cuba kau pikir, bila kau kutuk2 dorang semestinya a korang akan bagi Islam a bad name. Dorang akan pandang yang Memerangi Yahudi/Israel ni satu kewajipan dalam agama Islam. Dorang akan pandang yang itu adalah sebahagian dpd jihad. Hari tu lagi menggelabah. Ada member aku kat fesbuk, ''weh jom bunuh Yahudi jom''. Ok ini dah lebih. Kau nak membunuh untuk apa? Atas alasan apa? Kenapa perlu nak membunuh? Aku pelik. Kalau nak membunuh ini dah lebih. Ini dah melanggar hukum jihad. Kalau nak jihad jangan pakai bom. Pakai otak. Kalau terus pakai bom semestinya a dornag akan label kau sebagai pengganas. Ini betul. Al- Maunah a Al- Qaeda a. Sume tu mengarut. Dorang membunuh. Dorang x pn menaikkan nama Islam sebagai agama yang cintakan keamanan.

   Kalau kau check balik a buku teks fom 5 Pendidikan Islam korang akan belajar satu tajuk citer pasal perlindungan terhadap orang bukan Islam. Dalam tajuk tu aku belajar yang kita kena bagi perlindungan kat dorang dalam segala bentuk. Supaya dorang akan menghormati kita, dan paling bagus sekali dorang akan hormat Islam. Cam Nabi Muhammad jugak, die punya kena bash dengan Yahudi/Israel dalam segala bentuk, tapi die masih sporting lagi. Ada satu citer ni ada sorang makcik Yahudi nak blah a dari Makkah. Nabi tanya kenapa, dijawabnya makcik tu pasal dah menyampah tengok muka Nabi. Then Nabi pn tolong a makcik ni blah. Terus makcik ni terharu pastu masuk Islam. See. Got the picture? ok its up to you. Jadi itu lah tanggungjawab kita. Gunakan bom kalau betul2 dalam combat macam kat Palestin. Kalau lain2 tu kita tunjukka a akhlak islamiyah, itu pn dikira jihad.

   Then Yahudi/Israel yang kau kutuk2 ni pn menyumbang jugak kat kehidupan seharian kau. Cakap je, sume software henpon pandai ke IBM ke Windows 95 ke Mac ke sume mesti sokong Israel. Dan generasi zaman sekarang mana boleh kan hidup tanpa bnde2 ni? Tu aku belum citer bnde lain lagi tu. Banyak lagi. Oh ya, baru2 ni ramai meleis boikot mekdonel pasal die sokong Israel. Katanya kalau kita makan mekdi nanti duit tu digunakan untuk membunuh sedara kita kat Palestin. Ok. It did make sense. But here's the bigger picture, every cent your dad bayar cukai to kerajaan will also kill our people at Palestin, because Malaysia is American's biggest bussines partner. So what to do? Still want to boycott everything? Why didnt you just boycott Malaysian Government for having bussines with American?

   If our government pn buat pasal jugak then think twice, if you boycott all mekdi or the likes stuff wouldnt you make our people who kerja kat mekdi suffer? They also got children to sara. They also need to earn money for their family. Yeah it's a saddening reality. So kalau korang still nak boycott lagi korang boleh duduk kat Korea Utara sana, bak kata Nami penulis blog TTGB yang dah tutup tu. Yep, sembah Kim Il-Sung. So sekarang camne? Bagi aku berbaik2 adalah jalan yang paling betul sekali. X ke senang kalau Jerusalem tu jadi independent like Vatican? That will make it free for Muslims, Jewish and Christian to share that holy land. Then only we'll make a peace for both sides. It might take sometimes to accept but we as human though not perfect but we should try to find the solution and fix it. We got brain ain't we so dont put your brain on your ass. Anyway, meleis should do some research not only from Muslim's side, but from our 'enemy's' side also. Then its up to you to judge what is right. Easy right?     

Tuesday, August 7, 2012

Bila Meleis dan Serbanistas Dengar Lagu ROCK

   Pergilah mana2 pelosok dunia ni, baik kat hutan taiga Siberia ke bandar metropolitan cam London, sahnya manusia2 semua mendengar music. X kisah orang Buryat pn ada music tradisional die, dan London pulak, makhluk Anglo-Saxon sangat kreatif dalam menghasilkan seni. Cakap je music apa, dari lagu Metal cam Iron Maiden ke lagu pele2 yang aku sendiri pn x tau nak kata apa. Pasal aku bukan dengar pn. Anyway kalau kau tanya aku, taste music apa? aku akan jawab, ROCK. Dari lagu dadah cam Pink Floyd ke lagu ballad cam Led Zeppelin. Asalkan lagu tu bergenre ROCK, x mengarut, dan berusia '95 dan ke bawah. ya, lagu aku yang paling muda seumur dengan aku. Aku x kisah pn.

   Aku selalu dengar lagu ikut mood, contoh kalau aku dah masuk air, aku akan layan Thrash Metal cam MetallicA ke Anthrax. Then kalau mood biasa2 aku layan lagu yang Hard ROCK cam KISS, Bon Jovi, Queen ke GnR. Kalau aku tengah down, aku layan lagu yang slow dan catchy, cam Scorpion, ke Led Zep ke Pink Floyd. haha. Seni tu melambangkan sifat kemanusiaan. However, lumrah manusia, lagi2 yang berbangsa Meleis, x kan senang tengok orang lain senang. Kalau Meleis dengar lagu aku, contoh, kalau gua tengah feeling layan lagu Always- Bon Jovi, 

   ''woi malaon, lu ni dah a jiwang, pastu memekak pulak tu, music dah a x update. bek lu dengar lagu Justin Bieber''

   *BBBBRRRRRRREEEEEECCCCCKKKKKKKKK!!!!!

   Watafak. ok gua boleh paham kalau aku nyanyi kuat2 pasal gua boleh slow kan sikit volume, tapi kalau lu dah kutuk music x update ke x sedap atau  suggest gua lagu Justin Bebo, gua panas. Kenapa gua perlu menjadi bandwagon? Musim One Direction kena dengar lagu one direction, kalau Najwan Latip keluar lagu Perpisahan Burung Biru, kena layan lagu tu, sampai habis musim. Gitu? bagak x de pendirian. Serious. Kalau terus menerus lu dengar music dengan cara camtu, lu memang x de life. Lu dengar lagu tu pasal nak cool je pasal tengah musim. Lu x dengar lagu tu dari sudut seni. Bagi gua, seni tu pembentuk jiwa manusia. Seni tu timeless. Lu pernag terfikir kenapa artis zaman sekarang x tahan lama? sebab dorang main ikut kata producer, bukan dorang main music pasal dorang cinta seni. Dorang main sebab asal ada penonton, dorang main, x macam budak2 Punk ke Metal dulu2. ROCKER2 ni selalu gaduh dengan producer pasal x puas hati dengan producer. Anyway tu hak peribadi untuk pilih kita suka music apa.

   Ada satu hari tu, Gua time tu tengah syok layan lagu One- MetallicA, cam bese a, bila tengah rebellious, gua akan layan lagu tu, sekali gus badan gua pn berbahasa sekali. Tetibe ada lak member gua mat surau ni yang perangai memang serbanistas, tegur gua. 

   ''ente ni kenapa dengor la'gu syaitoon ni? haroomm dengor lagu syaitoon ni! HAROOMM!!''

   ''brader, lu ni stereo a. lu cakap ni macam lu paham je die punye lirik citer pasal apa.''

   Anyway, dengan ene-ente die yang gua jawab gua-lu, muka die terus jadi merah. pfft. Pastu die mula la cakap bnde2 pelik2 yang gayanya serupa dengan Ustaz Azhar Idrus buat ceramah haroomm die. Gua cakap a, lu kalau semua lagu nak kata syaitoon lu tengok dulu lirik citer apa. Klau lagu dah ada lirik bunyi ''oh God help me'' tu lu nak kata syaitoon? please. Check dulu sebelum judge. Ni kalau aku dah nyanyi lagu Thank You For Loving Me pn dah kata syaitoon, x pikir lu punye Maher Zain pulak. Sah2 alunan die tu ada unsur2 ROCK. pfft. Gua terus pack blah. Malas nak bertengkar. Kang panas pulak. Buat perangai setan pulak jap lagi. Seterusnya pn aku benci. Hari tu gua bukak lagu Can't Let You Go- Rainbow. Opening die guna organ. Lagu ala-ala gospel.

   Then ada pulak Meleis dengan Serbanistas tegur aku;

   Meleis: Eh lu ni, dpd lu dengar lagu gereja ni baik lu dengar zikir

   Serbanistas: Ente! haroomm dengar lagu gereja ni. Ini semua agenda Kristian-Yahudi-Freemason untuk menyesatkan kita! HAROOMM!!

   Gua balas: Oh, kita x tau pulak ada sunnah Jesus kata kena main organ bila nak sembahyang.

   Terus gua blah dengan muka mereka yang merah padam. Meleis tu menyumpah seranah penyembah jesus, mana kala serbanistas tu pulak menyalahkan penyembah Yahweh dengan Freemashit. pfft. Music is art dude. Art is humanity. No art, No civilization. Cuba open minded sikit untuk terima something. Dalam hal ni gua salahkan satu je. Mastika. Majalah yang dah berdekad-dekad memundurkan masyarakat Melayu dengan cerita2 misteri serta fitnah2 terhadap ROCKERS. Serious, lu boleh tau dari mana malaon tu dapat info pasal lagu ROCK dengan tengok komen die. Kalau ada komen syaitoon, sah Mastika. Kefakaran sungguh. Ah suka hati a. Yang rosak bangsa Melayu. Gua bangsa MANUSIA, kalau nak ngaku bangsa apa paling2 pn Austronesian, kalau x Nusantara. Anyway, 

MUSIC IS LIFE!!

Tuesday, May 22, 2012

Perkataan yang Meleis Dengar Bikin Emo

   Ada sesuatu yang gua perasan sejak2 ni, bukan baru lagi tapi dah lama. Mungkin sejak aku biasa kawan dengan Melayu kot. Ada beberapa perkataan yang aku nampak Meleis emo bila dengar. Dan baca je lah list kat bawah, malas nak citer lebih.

1. Yahudi/Israel
Reaksi Meleis: Bodo Yahudi Laknatullah bunuh palestin!! Mampos kau Mark Zuckerberg!!
Komen aku: lah, yang kau nak laknat2 kan si Yahudi tu buat apa? kau tau tak bape ramai nabi dan rasul yang wajib kau kenal ialah Yahudi? Tu belum citer yang x wajib diketahui lagi. Habis tu kau nak kata Nabi Musa tu laknatullah? gitu? Kitab suci yang kau kena tau termasuk Torah jugak kan? habis bende2 tu sume laknataullah? anyway surau ke masjid pn selalu stereotype kalau citer Yahudi, ada beza antara Yahudi, Israel dan ZIONIS...

2. Communist
Reaksi Meleis: Woi! lu tau x komunis ni pengganas?! dorang sume bunuh atok nenek kau tau dulu!
Komen aku: Brader, lu kenal Karl Marx x? ke Communist Manifesto ke? paling x pn Soviet Union?

3. Sex
Reaksi Meleis: Ui! kau ni x malu ke?!!
Komen aku: kau tau beza antara sexual intercourse dengan sex x?

4. Alkohol
Reaksi Meleis: Kau tau x? pewangi sekarang ada unsur alkohol. ni sume agenda yahudi dan freemason untuk memesongkan umat islam.
Komen aku: kau belajar kat kelas sains tapi x tau beza alkohol arak dengan alkohol esther. pfft. belajar takat nak dapat A je la ni yea?

5. Freemason/Iluminati
Reaksi Meleis: Mereka ada dimana mana sahaja untuk menipu kita!
Komen aku: kau takut sapa? Allah ke Freemashit?

Dan inilah die, perkataan2 yang bikin emo dalam kalangan Meleis. Kalau ada tambah la lagi. And face the TRUTH.