Powered By Blogger
Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Dilema Proletriat

  Di medan ini, tiada apa ku lihat,
Tiada senyuman, jauh sekali kebahagiaan, 
Maka bintang ia pun tidaklah sejauhnya,
Hanya sekumpulan manusia,
Yang menghabiskan hidupnya untuk bekerja,

Bekerja! Bekerja! Bekerja!
Tiada selain itu dapat diungkapkan,
Adapun inilah dia manusia ini,
Hanya bekerja untuk menyara hidup,
Ditemani mesin pengeluaran,
Demi menjana pembuatan.

Demi apakah mereka bekerja?
Demi apakah segala pengeluaran ini?
Demi apakah segala ekonomi ini?
Maka ianya jawapan si Tuan Punya,
Adapun segala nasib,
Dialah yang mengawal segalanya.

Demi apakah si Tuan Punya mengawal ekonomi?
Demi apakah si proletriat ini bekerja?
Tiada selain ia: duit,
Hanya sementara ia membawa kebahagiaan,
Adapun ia dicintai si Tuan Punya,
Kerna duit, menjana kebahagiaan, walau sementara.

Hatta, tiada mampu si Tuan Punya,
Untuk mengerah tenaga menjana duit dengan,
Empat keratnya tiada cukup untuk nafsunya,
Maka datanglah ia sekumpulan manusia,
Bekerja untuk si Tuan Punya,
Maka jadilah mereka: Proletriat.

Mereka, sekumpulan Proletriat,
Tiadalah selain hidup mereka, hanya bekerja,
Tiada layanan bagi mereka,
Hanya arahan menjadi bualan!
Tiadalah mereka kebebasan, hanya diperhambakan!

Bekerja! Bekerja! Bekerja!
Tiada mengira masa,
Malam siang petang pagi,
Bukan lagi ia rutin,
Adapun inilah hidup mereka: Bekerja.

Demi cinta si Tuan Punya terhadap duit,
Ditindaslah mereka proletriat,
Digunakanlah si Tuan Punya kuasa kuantiti,
10 menjadi 100, 100 menjadi 1000,
Dimana falsafah kapitalism berkuasa.

Tiadalah ia untuk kepada Proletriat,
Dedikasi hidup mereka terhadap bekerja,
Demi pengeluaran untuk ekonomi,
Hanya kepada si Tuan Punya hak itu dipunyai,
Akan pulangan demikian.

Tiada tertahan akan tindasan ini,
Bangkitlah ia Proletriat nan beribu,
Menuntut hak menentang si Tuan Punya,
Tiada mengira bangsa agama dan umur,
Bersatulah mereka si proletriat.

Satu demi satu, tumbanglah tuan-tuan itu,
Jatuh air muka dek kebangkitan Proletriat,
Dimana prinsip kapitalism menjadi pembunuh ia sendiri,
Beribu Proletriat bekerja demi mereka,
Beribu jugala Proletriat menentang mereka.

Diangkatlah ia maruah Proletriat,
Menuntut hak mereka sebagai manusia,
Bukanlah mereka keldai untuk dieksploitasikan,
Walaupun hamba ada masa untuk bersama dengan keluarga,
Bangkitlah mereka memberontak terhadap si Tuan Punya.

Tukul diangkat tajak dihunus,
Satu demi satu gugur si Tuan Punya,
Hatta tiadalah mereka terlawan dek kuantiti Proletriat,
Kini mereka bukan untuk mengaut keuntungan,
Tetapi untuk membahagikan keuntungan.

Kebangkitan ini, bukan sekadar kebangkitan,
Tumbangnya si Tuan Punya, bukanlah rugi,
Dilihat keganasan di balik kanan, membawa kebahagiaan di balik kiri,
Demi kebebasan Proletriat dibahagilah ia untuk dikongsi bersama,
Ayuh Proletriat, Bersatu!!

Sunday, September 30, 2012

Gaia






   Peh. Hari tu aku tengok a citer Passage to Malaysia kat Discovery TLC channel 707(byond ke apa sama je). Citer pasal Borneo. Then dengan hos die Denise Keller pergi kat Lost World of Sabah a, Sandakan, Gua Mulu kat Sarawak. Ini mengingatkan aku masa zaman aku sekolah rendah lagi masa aku masih seorang budak kecik yang bodoh dan innocent. Hahah. Aku ingat lagi dulu masa aku darjah 3.



   Tengokkan ni membuat kan aku teringat zaman kanak2 aku yang bodoh dulu. Hahah. Time tu aku environmentalist lagi. Dek kerana lagu yang popular time tu, lagu Gaia. Zainal Abidin yang nyanyi. Somehow lagu tu terus masuk telinga right to my neuron. Biasa a budak2. Mengaji dah semudah Alif Ba Ta apa lagi lagu kan. Terus zaappp!! masuk! Then aku terus terpengaruh dengan lagu tu. Terus aku jadi environmentalist sepenuh masa. Lagi2 time tu masa aku darjah 4 ada jerebu paling besar dalam dekad lepas. Memang hangin a aku.





   Haih. Camni lah lebih kurang time tu punya jerebu, cuma lagi teruk, almost zero visiblity. Boleh dikatakan time tu semua orang kalau nak keluar rumah wajib pakai mask. Gila apa. Tu pasal la sedikit sebanyak mempengaruhi aku punya kesihatan. Nah kau tu pasal mata aku merah. Sebaik x kena katarak. Punya lah pung pang pung pang aku kutuk2 Indon pasal jerebu tu. Habis jerebu je aku habis kan masa lepak2 kat kebun orang. Panjat pokok. Haha.. sama2 member semua sekepala memang sedap a.



   Bila member sume sama buat projek memang senang a keje aku. Dulu kitorang memang menggelabah. Aku ingat lagi dulu a ada apek bakar sampah kat kebun die. Tetibe entah sapa yang bagi idea kitorang boleh pulak padam api tu. hahahahahah... sebaik apek tu x de kat situ time tu. Mesra alam x bertempat. Paling menggelabah aku a, serious bajet giler. Dek sebab terpengaruh dengan novel Tombiruo dengan lagu Gaia aku bercita-cita nak duduk kat hutan Keningau bila besar nanti. Menggelabah sungguh. Hahahahha... umo 9 tahun dah baca novel 500mukasurat. Bagak gempak.


   Then entah aku tengok kat tv apa entah, citer pasal Sabah. Citer die lebih kurang a dengan Passage to Malaysia yang citer pasal Borneo tu. TV1 kot. Then aku bercita2 nak buat rumah kat dalam hutan, rumah kayu cam pondok kat US tu, pastu mula a menggelabah x mau ada paip air, guna air sungai, rumah pulak takat natural air vent, pastu eletrik guna solar. Pfft. Tetibe kat garaj ada Evo 7. hahahahhaha... kekasih kedua aku semestinya a kereta. Then aku menggelabah giler bila tengok tv ke orang cakap pasal pencemaran. Punya a pung pang pung pang. Tapi habuk.


   So sebagai budak kecik yang menggelabah aku dengan menggelabah nya nak jadi tombiruo. haha. Serious. Aku pikir aku dah banyak kali masuk kem pengakap dengan lencana bertampal sana-sini kira boleh survive a? haha. Sebenarnya survival ni bergantung pada keinginan. Kalau keinginan nak hidup tinggi, hidup a. Beza survivorman hidup bukan untuk consume, tapi atas dasar keperluan. Makan bila perlu eh eh. masuk lak topik lain. Dan tempat impian aku, kat The Lost World of Sabah. Time tu itulah tanah suci aku, sebelum bertukar kepada litar Sepang sekarang ni. Kononnya kat situ aman, jauh dari dunia luar, x de peperangan. Tengok a kau bila dah besar dah x pikir pn pasal tu. haha.  

   Anyway, tu sume cuma sebahagian dari sejarah hidup aku. Dan cam biasa a, kalau namanya Aku, mana ada nya nak suka kan tengok zaman kanak2 aku? hahaha... menggelabah sungguh(sampai sekarang pn) zaman kanak2 aku. Kalau aku ada mesin masa aku nak je belasah aku yang dulu. Fuh. Rasanya aku dah kering nak tulis apa. So paham2 je a, anyway, CHOW.


  


Wednesday, August 22, 2012

Bukit Kajang Yang Aku Kenal Part 1

   Sejak hari pertama aku duduk kat Kajang, tahun 2009 dulu, aku dah x boleh duduk diam. Biasa a budak lelaki. Aku teringat dulu masa aku kat Telok Panglima Garang, keliling sume kebun orang. Then bila petang(aku memang x into sangat sports ni) bosan ajak member2 buat projek dalam kebun. Aku rasa projek aku yang paling gila ialah, buat bom. Molotov. Peh. Aku ingat lagi dulu, kitorang ponteng sekolah agama. Time tu dah sedia dah semua bahan. Member aku bawak mercun, aku bawak petrol dengan sorang lagi bawak botol kaca. Mercun Thunderclap+petrol= kebun orang terbakar. Ah sudah. Anyway sejak pindah Kajang ni, aku dah x de kawan a yang cukup berani buat camtu. Jadi a aku lone ranger.

ni taman tempat aku duduk, yakninya Kajang Prima.
   Then hari pertama aku kat rumah baru, aku bosan. Aku jalan2 then ternampak kat bukit tu(orang nampak semak-samun je) ada cam laluan(padahal laluan anjing nak cari mate). Aku dengan perasaan ingin tahu nya terus mengikut denai tu. Habis je denai tu, ada satu jalan. Aku pun pelik. Aku cari penghujung jalan tu. Jalan tarmac tu membawa aku ke tangki air atas bukit. Oho... sekarang aku tau, di sebalik kehijauan belantara hutan tropika yang x berapa nak tebal tu rupanya bertamadun jugak... Time aku nak turun tetibe aku nampak ada Cina jogging kat situ. Aha... dan penduduk setempat menggunakannya untuk berekreasi. Bagus mendekatkan diri dengan Alam semulajadi. Boleh lari kejap dari ke bosanan bandar.
x sangka aku kat Kajang ni boleh cari lagi tempat yang redup camni.
   Aku selalu nya jogging kat sini. Then kalau lepas balik sekolah tu aku malas nak balik rumah aku lepak sini kejap. Amek angin kejap. Paling best pasal boleh dapat view seluruh Kajang kalau g kat lereng die. Kalau x de jerebu boleh nampak KLCC. 
aerial view of Taman Jasmin
   x de port lepak yang lagi best daripada tempat yang kau boleh nampak semua yang wujud dekat kawasan kau. Anyway bila aku lepak sini aku rasa bebas. Seolah-olah cam burung. Ha... tetibe teringat impian member aku, Dini, kata nya nak terbang cam citer Doraemon. haha. 
Taman Jasmin dengan Bukit Mewah. Time ni jerebu jadi x bape jelas sangat
   Then bila dah bosan sangat lepak sorang kat bukit, aku ajak member2. Hari buat shooting untuk gambar kelas aku. Peh dorang kalau nampak kamera macam budak2. 
dari kiri: Fish, Firy, Black, Syahmi, Yaya, Faz
   Yang menangkap gambar ni Mok, dan itu moto die. Anehnya sejak bila pulak aku suka letak muka aku dalam kamera orang? pfft. 
halfway to the top
   ok sambung citer bukit. Secara jujurnya kau pn x tau nama bukit ni apa. tapi aku rasa kalau aku namakan Bukit Kajang ok jugak. Pasal kat bawah rumah aku tu ada tol nama 'Plaza Tol Bukit Kajang'. So aku rasa tol tu dinamakan sempena nama bukit yang enjenier die tarah kot.  
    Tapi aku sentiasa kasihan mengenangi nasib yang selalu menimpa bukit ni. Botol arak bersepah2. Then orang curi moto sorok kat sini. X cukup, bulan puasa, boleh pulak ada kapel, naik kereta, awek budak sekolah balak dah habis, lepak kat sini. Tu aku belum citer, bukit ni jadi port orang bukak puasa.

   Dalam semak ni la selalu orang buat projek. minum arak a ape a. Anyway, aku x pasti a dah ada orang buat projek dalam semak ke belum. shit.
   Untuk kali ni, akan bersambung part 2. Dimana ada lagi banyak citer untuk ditulis.