Powered By Blogger

Tuesday, June 18, 2013

Nilai Kemanusiaan

   Aku pernah dengar, orang selalu kata, ''Lelaki cuma diuji bila die dah ada segalanya. Harta, Takhta, Wanita. Itu bukan nilai kejayaan lelaki, tapi ujian.'' Macam biasa, bila dah dikurniakan otak yang pandai cepat je aku proses dan aku paham. Tapikan, walaupun aku paham, kenapa aku masih buat jugak anyway? Maksud aku kenapa bila aku dah ada semuanya, aku still serabut? Persoalannya, adakah aku betul2 paham apa maksud quote tadi?

   Right now aku boleh a dalam hierarki social aku sume aku ada. Keluarga, kawan dan perempuan. Aku still ingat masa aku masih lagi xde kawan. Dunia aku kosong. Rasanya macam kau dah buat macam2 untuk hilangkan rasa bosan. Tapi sedar2 je 10 aktiviti aku buat tu aku cuma spend x sampai 1 jam pn. Aku rasa teramat bosan. Rasa cam nak bunuh diri. Tapi the best thing is keje kau jadi bagus, kau tumpukan 100/100 tumpuan kau kat keje. Jadinya itu kelebihan orang sunyi. 

   Then bila dah masuk sekolah menengah, aku mula belajar apa itu persahabatan. Ok persahabatan mungkin cuma wujud dalam manga je. Tapi bagi aku, persahabatan ialah sesuatu yang perlu. Xde manusia yang nak hidup sorang. Bila aku dah dapat kawan ni, hidup aku berubah. Kalau dulu xde life, sekarang ada a orang ajak kau buat sesuatu. Buat 10 aktiviti tau2 je dah 10 jam. Rasanya dah x sunyi lagi. Nak bercakap pn seronok. Sedikit demi sedikit, seolah2 perasaan kemanusiaan tu bertambah.

   Aku belajar macamana nak senyum, apalagi ketawa. Buat sesuatu pn bersemangat. Rasanya cam... Aku x dapat nak sebut dalam perkataan. Tapi die seronok. Kau boleh buat apa je yang kau nak a camtu a rasa die. Fast forward kepada zaman dimana akhirnya aku memahami maksud kewujudan perempuan... Yes. Hidup aku berubah lagi sekali. Bila dah ada perempuan ni, seriously aku x pernah rasa perasaan ni. Die bukan sesuatu yang aku boleh describe. Yang aku tau, pleasure. Seolah2 ada semangat baru yang sentiasa mendorong aku. Kalau dengan member ialah untuk kita buat apa je yang kita nak, makanya perempuan ialah sentiasa memberi sokongan kepada kita.

   X kira apa yang aku buat, die mesti akan sokong. Kalau salah, die tegur. Kalau betul die encourage lagi supaya lagi betul. Best of all, aku boleh menangis tanpa rasa apa2. Maksud aku kalau aku dah giler stress aku ada orang untuk aku keluarkan airmata. Die punya terharu tu, aku x dapat nak gambarkan. Seolah2 kalau dunia sume rejek aku, tapi die still x berputus asa dengan aku. Die still bagi semangat. Masa semua orang x boleh nak tolong aku die still there buat apa yang termampu. Yes. Itulah setakat mana kasih sayang Annisa kat aku. Kalau aku call die, die tanya pasal aku. Walaupun cam membebel(kinda annoying). Tapi bersifat keibuan. Yes.

   Perempuan bukan je Ibu kita, tapi kawan kita jugak. Everything. That's why, hidup aku x sempurna kalau xde perempuan(not nescesarily kekasih). Tapi memang, dalam hidup aku, aku rasa Annisa sangat penting. Yes. That's why die ialah kekasih aku. Bila aku marah, die cuba tenangkan aku(dengan cara yang amat comel, of course), kalau aku tengah frust, die buat bende yang kebudak2kan(cuba kau tengok gelagat bayi a), then kalau ada masanya aku x tahan dengan apa yang aku hadapi, aku x boleh kawal emosi aku.

   Aku x tau kenapa, tapi kalau kat depan Annisa, aku mudah tunjukkan my true color. Kau boleh a kata die ialah breakpoint kepada ego aku. At some point, aku akan menangis. Seolah2 cuma die sorang ialah tempat aku menangis. Bila aku menangis, die pujuk aku, die lapkan airmata aku. Aku x tau kenapa. Tapi die seolah2 terus melupakan segala bende x elok aku buat kat die, walaupun baru beberapa minit yang lepas. Aku terharu. Aku x tau camne lagi nak ucapkan terima kasih. Nilainya terlalu tinggi.

   Then aku start rasa merendah diri. Bila die dah curahkan segala kasih saang kat aku, aku rasa bersalah. Sebab aku rasa apa yang aku curahkan kat die x setimpal dengan apa yang die bagi kat aku. Aku rasa aku dah macam hilang perasaan kemanusiaan. Caring sangat ke aku ni? Adakah kau perlukan lagi apa yang aku perlu bagi? Ataupun memang aku x pernah buat bende tu? Aku terasa diri aku ni macam kejam. Seolah2 aku macam x buat tanggungjawab aku snediri. Bukan ke aku ni lelaki. Kenapa aku x buat apa yang aku patutnya perlu buat? Mungkin inilah die yang dimaksudkan dengan bila lelaki dah ada semuanya itulah masanya die diuji.

   Aku rasa aku paham akhirnya. Mungkin bila dah ada semuanya, itulah masanya tanggungjawab lelaki makin bertambah. Contohnya kalau aku ada diri aku je, diri aku je aku perlu please, dengan diri aku je aku ada masalah, apa sume a. Tapi bila ada semuanya, once aku buat salah kat dornag, habis. Apalagi, semuanya sekali aku kena tanggung. Jadi ini mungkin salah satu daripada apa yang dimaksudkan dengan quotenya. Anyway, perjalanan aku masih panjang. Aku masih muda. Ini mungkin cuma satu bab dalam diri aku. Dan berguna untuk masa depan. Dan, perjalanan harus diteruskan!

*Annisa, terima kasih sebba sentiasa cuba untuk pleased aku. Aku mintak maaf kalau selama ni aku mintak kau lebih2. Aku cuma x nampak. Aku harap aku boleh buat sesuatu pulak untuk kau. Dengan, aku harap kau boleh buatkan aku seorang lelaki sejati. 

**''Kau kena accept diri Annisa macamana kurang pn die. Kau patut belajar bersyukur dengan apa yang die ada dan terima die no matter what''- Aishah

***Annisa, aku harap lepas ni kita akan sama2 lalu kat jalan yang kita nak dengan hadapi semua with full courage. 

No comments:

Post a Comment