Powered By Blogger

Wednesday, September 12, 2012

Kenapa Itu? Dan Kenapa Ini? #2

   Akhirnya sampai jugak soalan panas yang budak2 selalu tanya kat aku sekali lagi. hahahha... anyway, haih. X guna. Akhirnya aku x boleh melawan fikrah, Aku manusia bukan tuhan nak melanggar hukum alam apalagi nak regulate. Aku tetap... akhirnya menyayangi seorang perempuan. Now it's official. Tapi, ada sikit kelainan, which leads to these questions:

   ''WTF?! Budak kecik?! Budak kecik kau sayang Black??!!''

   ''Aik? ROCKER Metal ganas cam lu cair Black? hish... ni kes teruk ni!''

   Dan die sendiri cakap:
   ''Kenapa la budak kecik x cukup umur yang gedik dan x matang cam aku kau sayang?''

   Ops...! ''GOD D*MN IT! GEDIK?!!''

   Ok, itu lah die soalan2 nya. uuuhhh... Mungkin ini karma. Tapi sebelum aku mula citer, lemme mention that aku cuma kawan dengan die. Beza kawan yang spesel. X hingin aku nak main kapel2 lagi. Apalagi budak kecik. So skang kenapa dengan budak kecik(die fom 2) yang x cukup umur dan menggedik- gedik jugak aku sayang?

   Well, macam biasa, aku x kan buat sesuatu tanpa ada sebab. Dan bila melibatkan cinta, apa lagi budak kecik yang x cukup umur, semestinya melibatkan sesuatu yang x mungkin dapat dijelaskan dengan penjelasan 1 minit. Citer gini. Mula aku pn anggap die ni cam perempuan gedik biasa, yang belum matang. Aku jumpa die kat kem pengawas, satu kumpulan dengan die. Tapi time tu aku layan cam budak pmpuan biasa a. Then aku balik die add aku fesbuk(kot). Cam biasa a, bak kata member aku Aiza, ''Ala budak kecik, mesti a suka like2''. Ya time 1st die add aku aku terkejut, aik? 50 notifikasi? aku tengok semua status aku die like. Aku pikir time tu, ala budak kecik, x penting pn.

   Then die pn start a komen2 apa sume. Tapi that's not enough to melt my metal heart. You need something special. Satu hari, aku post kat fesbuk: Apa barang fesbuk, meh sini tweet. Pastu die komen mintak tweet aku. Then start a tweet2. Macam biasa, tweeter membuatkan personaliti orang bocor dengan mudah. Aku tengok tweet aku, oh, budak ni menarik. Pastu start a tweet2. Mok cam biasa, nampak je camtu, ''heheheh... mana lu punya D weh? dah buang laut ke?'' Aiseymen. Malaon ni memang kuat stalk. Aku cakap a, ''kang die balik dari emaresem gua layan a die,''. Aku time tu masih lagi mengharapkan perempuan yang x mungkin. 

   Then satu hari time gua tengah tweet dengan, well, aku pn lupa nak bagitau nama die, uhhh.... aahhhh... ah. Let just call her, 'Madchen', Bahasa Jerman untuk 'Budak Perempuan'. Kalau 'Frau', die menggedik. So satu hari aku tersilap tanya soalan maut kat Madchen, ''heh! menggelabah a kau, apa je yang kau paham pasal aku.'' Die balas, ''kau ni x lah g**** sebenarnya, kau x layak sebagai 'Metalheart'. kau 'Metalheart' sebab kau ******** kan?''. Terus aku off. Mok pn cam biasa, nampak je camtu mula a skillnya. pfft. cakap die,''lu tengok tu apa Madchen cakap, lu x layak jadi Metalheart.''. Sejak tu aku sangkut dengan die.

   Aku sangkut sebab bukan Mok kacau aku ke apa, tapi sebab, aku tau, perempuan yang cakap camtu kat aku bukan perempuan biasa. Aku tau, perempuan biasa kalau dengan aku akan lari dan menyampah, sebab ayat aku x gentle. Aku walaupun mana2 perempuan, aku layan cam lelaki. Tapu Madchen, ya. Cuma perempuan tertentu boleh baca aku, contohnya Min dengan Nad. Perempuan yang... ok, x perlu aku cakap macamana die boleh paham aku. Die boleh nampak siapa Metalheart sebenarnya. Then, aku kalau nak diikutkan aku x mau bercinta, pada masa yang sama aku benci crush2 ni. Bak kata fish, ''x lelaki a brader crush2 ni''.

   So the only option I got is, to show that I'd cry for her. Ya, aku tau die jenis macamana. Sejak tu aku start, x kisah a kalau die perasan ke tak, ala, lagipun aku dah tahun last. Anyway, aku start declare dengan perbuatan. Aku biarkan die tau dengan sendiri. Dan, ok, x perlulah aku kata lebih. Aku x minat dengan bende ni. Aku nak chow. Babai. Und Mädchen, ich liebe dich, kann ich nicht sehen, du weinst... Ich danke Ihnen für mich zu lieben!




Friday, August 24, 2012

Beza Budak Kelas 'Bawah' Dengan 'Atas' Part 2

   So kalau kau tanya aku aku dok kelas apa kat sekolah, aku mengaki aku budak sains, Kelas Sains 2. Aku bukan budak seni pn. Kadang2, aku menyesal aku amek sains. Tapi, itulah. Mula aku nak masuk seni. Tapi, direject oleh keluarga. Sebab katanya seni ni susah nak hidup nanti. Pastu nak lari kelas lain x boleh. Masuk universiti cuma yang berkaitan dengan seni je. Pastu nak keje susah... pfft. Tu la die life in the fast lane, dalam dunia kapitalism yang korup dan pure, kita x bekerja sebab cinta ataupun rezeki 100/100, tapi sebab duit, pangkat dll. Ok enough citer yang aku belum mengalami lagi, sambung citer budak sekolah.

   Then beza budak seni dengan sains. Ok kita amek dari perspektif cinta. Ya kasih sayang tu sfat natural manusia. Budak seni x kan cakap secara terus, dan sains pula vice versa. Dan list kat bawah ni ialah ianya.

Budak Sains:
  
  • Cuma percaya apa yang die nampak
  • Percaya pada nombor dan fakta buku bila berdebat
  • Xsuka amek risiko bila buat sesuatu kerana mengetahui fakta buku
  • Walaupun saintis buat eksperimen, tapi cam bese a, budak sekolah x matang enough untuk memberanikan diri
  • Die terlalu jujur dan straight 
  • Kadang2 cakap x amek hati orang
  • Die pandai mengambil pengalaman orang lain dan amek sebagai pengajaran

Budak Seni:

  • Dia ada instinct yang kuat
  • Die percaya kepada kebolehan sendiri
  • Die sangat optimistik
  • Suka amek risiko
  • Akan bagitau satu dunia tentang kesayangan die
  • Ayat die sangat metaphoric 
  • Jujur tapi x tunjukkan secara nyata
  • Gentle
 
   Then bak kata cikgu BM aku, Cikgu Hasbi kata orang seni ni pandai amek hati perempuan. Die gentle dan x terlalu straight tapi bukan tak jujur. Bagi aku la kan, orang seni ni lagi liberal dan x terikat dengan satu benda. Dalam perspektif kerjaya, aku bagi contoh. Enjenier kerja bila boss die suruh, dan die cuma buat apa yang boss die suruh je. Tapi artis, maksud aku bukan pelakon a, tapi producer serta penulis skrip, dorang sebenarnya pelaku sebuah cerita, dorang boleh buat ikut suka hati cerita apa. Dan dornag boleh buat mahakarya yang hebat cam citer Maria Ozawa. Sedangkan saintis2 x camtu. Tapi bese a sains dengan seni dua bidang yang berbeza tapi saling memerlukan. Sains, kalau kau terlalu kejarkan kemajuan kau akan melanggar hukum alam. Contohnya kalau ada orang yang buat chimera(google sendiri) die dah terlebih sains. Dan seni tujuannya ialah untuk mengembalikan sifat perikemanusiaan, contohnya penyanyi menghiburkan hati orang.

   Tapi kalau terlebih seni kita akan jadi x maju, dan akan berfikiran sempit. Aku benci bila ada orang kata seni ni mengarut. Pastu bias dengan budak2 seni. Then x pasal2 industri seni kat Malaysia jadi sakai. Ceh ni Mahathir punya pasal a ni. Seni dengan sains patutnya 50/50, bukan 40/60. X pasal2 pemikirang ni jadi nightmare bagi rakyat yang berminat dengan seni. Kalau nak berseni kena amek risiko. Ok enough citer politik. Dan budak2 sains semuanya ulat buku. Pastu keje nak enjenier je. Dan dorang x bape pandai nak social. Seriously aku prefer budak seni, sebab memang hati aku seni to its core. Aku mudah pitam bila tengok nombor. pfft. 

''Dahtu pasal kau gatal sangat masuk kelas sains?''

''Pasal aku x mau amek risiko.''

   Ya, SPM menentukan tempat kau untuk hidup. Dan kelas sains membolehkan aku amek banyak course. Aku dah set, aku nak jadi seniman, kalau x askar, kalau x bussinesman, kalau x designer. So thanks for reading, setakat ni je lah typing aku untuk kali ni. I bid you all adieu. Chow!
 

Beza Budak Kelas 'Bawah' dengan 'Atas' Part 1

   Semua dah maklum, sekolah ni tempat belajar. Dan kat sekolah kita bukan layan buku je sebenarnya in fact sekolah mengajar kota cara nak hidup kat dunia yang kejam serta x berperikemanusiaan ni. Tapi bergantung la kepada cara kau sekolah. Dan cara kita bersekolah juga berbeza jika kita ni 'kelas atas' atau 'kelas bawah'. Selalu budak kelas 'atas' ni mesti bajet dan bias dengan budak kelas 'bawah'. Anyway kat bawah ni ialah list beza antara dua 'darjat' ni.

Budak Kelas 'Atas':
  • Pandai, tapi kat buku sekolah je a
  • Social rendah kalau kelas atas betul2 atas
  • Berlagak kalau die kelas science stream
  • Kalau belajar macam x de life
  • Target periksa cuma nak dapat A tapi x nampak kenapa nak A
  • Suka tanya soalan bocor
  • Cuma nampak kat sekolah je tapi x pernah nampak kat luar
  • Keje nak jadi engenier je, macam x de bnde lain nak jadi
  • Kalau buat karangan idea sume celup internet dan buku sekolah
  • Bosan, x banyak cakap, surau, x social
  • Kadang2 life cuma kat buku sekolah sampai Pope pn x tau mende
  • Bila lalu kat depan kelas dorang rasa cam lalu kat kampung zombie
  • Cikgu yang ajar dorang sume x sporting dan belagak
  • Pengawas, pengerusi kelab ke bagai mesti dok kat sini, bosan sungguh 
  • Cikgu sume bagi pangkat besar kat dorang
   Secara jujurnya, ini ukuran kasar untuk menunjukkan sikap tipikal budak kelas atas. Anyway x semua pn camtu. Sesetengah sporting tapi kebanyakannya camni. Contoh paling bagus ialah ketua pengawas sekolah aku. Ah peduli apa kalau aku x menjaga status quo KP sek aku sebab matlamat aku cuma nak bagi gambaran bahawa janganlah korang ada KP yang cam ni. Ok. Aku pn pelik, kenapa cikgu bias sangat dengan budak kelas 'bawah' ni. Kenapa cikgu pilih ketua orang yang NERD, Pandai tapi kat buku je, X Social, Bias, dan orang yang dapat banyak A?

   Memang x dinafikan kita perlukan ketua yang pandai tapi kenapa judge kehebatan orang dengan markah periksa? tu bangang namanya. What we need is someone who have been in combat and have strong leadership, not someone who have brain of a dictionary who never leave his desk. Kalau takat muka jambu mulut manis tapi leadership haram, baik campak laut je. Dulu unit disiplin sek aku time bagus. Sekarang dah jadi diktator. Diktator yang buta. Aku ingat lagi time tu aku fom 2. Time tu KP kitorang memang gempak. Anehnya die kelas sains 2, which is kelas 'bawah' untuk aliran sains.

   Then die budak PKBM. Kalau dengar PKBM kau paham la kan apa maksud aku. Leadership dengan setia kawan tu memang x lari a. Dan geng2 die sume pn budak unit beruniform, hah! kau tau a kalau kontinjen sekolah jadi pengawas. Memang rule the school a. Cikgu disiplin kitorang dulu pandai. Mula demo, tanya budak2 siapa yang layak. Then guru berdisiplin approve die punye leadership, terus approve. Tapi sekarang bangang. Then tahun 2010 terus jatuh sedikit demi sedikit unit pengawas. Tahun tu perkauman. Pasal calon paling hebat Cainis. Dah a hensem, pandai, koko pn hebat, sukan lagi x yah citer, and best of all, semua orang sayang die serta die merendah diri. Itu baru ciri2 pemimpin hebat yang educated.

   Opposite dengan KP '09 yang kalau nak dibandingkan macam Komando dengan Bussinesman. Tapi sayang, die x terpilih pasal die bukan 'muslim'. Pfft. Then jadi pulak ketua yang ok tapi kinda dingin. Orang susah sikit nak dekat dengan die. Then ketua ikut tingkatan pulak sume memang kelas 'pandai' yang lemak. Memang jatuh a moral kitorang yang pengawas komando ni. 2011, dah tak boleh buat apa. 2012? terus runtuh. Sebab? leadership cam bodo. Kitorang patutnya ada sorang mamat ni, yang memang budak hot tapi die jenis x layan(pasal x sama taraf) tapi modest dan kawan dengan semua orang, berkarisma serta full package, tapi GB pilih yang nerd. Sebab yang hot tu ada gagal pekse sekali. Bodo die pilih bajet cam die je yang jadi pengawas macam die je yang lepak dengan kitorang.

   Aku sebagai pengawas komando seolah2 hilang kerja dengan bertanggungjawabnya cuba mengembalikan zaman kegemilangan tahun 2009, time 'Rejimen Aman' rule. Aku self-claimed sebagai KP, yakninya Ketua Pemberontak instead of Pengawas. Aku buat mesyuarat haram dan buat sesuatu yang cikgu x suruh. So sekarang kau nampak tu beza budak kelas 'atas' dengan 'bawah', dalam perspektif pengawas. Bagi aku budak atasan yang keje nak jadi enjenier ni layak jadi achai. Yela, enjenier keje die ikut cakap boss die je. Budak kelas 'bawahan' dalam mata 'enjenier2 muda' ni yakninya kelas seni, budak kelas bodo dibantainya. sialan. Bagi aku budak seni a patut rule. Sebabnya? budak seni lagi berperikemanusiaan serta lagi social. 

   Budak Kelas 'Bawah':


  • Pandai bersocial
  • Pandai berdikari
  • Ramah
  • Suka tolong cikgu
  • Menghormati guru
  • Suka meluangkan masa dengan cikgu 
  • Pandai dalam bidang2 kehidupan
  • Ada bakat yang hebat(bersukan, photographing, main muzik dan yang sewaktu)
  • Kat luar ada life
  • Pandai cari duit
  • Sporting
  • Xsuka baca buku sekolah tapi suka baca buku fakta dan kehidupan(novel ler....)
  • Cikgu2 yang ngaja kelas dorang sume suka kat dorang
   Dan kat sini nampak la die jurang perbezaan yang macam x de penghujung. Ya memang a budak2 gengster kelas bawah tapi cuba kau fikir, budak2 gengster kelas bawah sebab dornag ada life lain nak hidup. bukan buku je. Anyway beza antara budak sains dengan budak arts ni paling famous, Budak sains berlagak budak seni x. Tapi x sume a. Ada yang baik. But mostly so. Aku start menyampah masuk kelas 1st ni sejak fom 1. Aku masa tu bese a kawan budak atasan je. Perangai pn atasan. Aku ketua kelas. Dan aku juga x social. Then satu hari cikgu sume merajuk, siap boikot dengan kelas aku. Alasannya, ya sangat logik. Budak kelas kitorang berlagak. Bajet dah pergi tusyen kitorang dah pandai x yah buat keje yang cikgu bagi. pfft. Itulah yang aku maksudkan dengan menghormati cikgu. Kau bukan takat lalu depan cikgu pastu, 'Selamat pagi/petang Cikgu'. Orang yang x pernah keluar sekolah je camtu. Kau perlu tunjukkan yang kau menghormati maruah cikgu jugak.

  Then aku yang ketua kelas jugak kena. Tapi Cikgu Nurul, Cikgu betul. Memang betul cakap Cikgu saya ni berlagak nak mampos. Akhirnya bila saya lepak dengan budak kelas bawah saya paham apa yang cikgu maksudkan... Anyway, itulah die, masalah budak kelas atas yang paling ketara. Berlagak dengan cikgu. Kalau terserempak dengan cikgu takat tegur je, budak kelas 'bawah' x camtu, dorang buat lawak tanya khabar lagi. Then sejak tu aku terus cari segala makna nya duduk kelas 'bawah' ni... Seterusnya bersambung part 2.

Thursday, August 23, 2012

Datang Sahabat Tiadalah Samsara

Adapun aku di sini,
Maka di atas kudrat ku sendiri,
Adapun tiadalah aku mampu mengangkat kakiku,
 Inikan pula ingin berdiri.

Adapun aku di sini,
Maka tiadalah ku sedari di mana aku berdamping,
Adapun tanah, udara atau kekosongan tiada ku pasti,
Inikan bumi dipijak tiada ku pasti.

Adapun aku di sini,
Maka tiada lah langit berbintang,
Adapun ia tiadalah cahaya,
Inikan denai ranjau tiada ku lihat.

Adapun aku di sini,
Maka ia ranjau menusuk jiwa,
Adapun tiada luka hatta terjelas sengsara,
Inikan aku tersiksa di dalam sepi.

Adapun aku di sini,
Maka kesunyian menghijab siang,
Adapun ia maka butalah cahayanya,
Inikan tiada pedoman ilham dibatas.

..........

Adapun engkau di sini,
Maka hangat lah bara ia,
Adapun malap kian membara lah ia,
Inikan ia membawa cahaya.

Adapun engkau si sini,
Maka bersinarlah 7 petala langit,
Adapun ia membawa kehangatan,
Inikan akhirnya datanglah ia.
Adapun engkau di sini,
Maka adapun tiadalah beranjau ia denai,
Adapun denai tiadalah sukar,
Inikan ranjau masih kelihatan.

Adapun engkau di sini,
Maka terbitlah cahaya,
Adapun kesepian datanglah ia ilham,
Inikan engkau datang membawa harapan.

Adapun engkau di sini sahabat,
Maka tiadalah aku takut,
Adapun kegelapan tiada ku kecut,
Inikan pula ranjau tiada ku gentar.

..........

Maka engkau sahabat,
Tiada aku dapat membalasnya,
Adapun budi engkau tabur,
Hatta engkaulah ilham.

Maka engkau sahabat,
Tiada lagi penderitaan aku merasai,
Adapun engkau di sisi memberi semangat,
Hatta kedatanganmu tiada dapat ku balas.

Maka engkau sahabat,
Tiada lagi aku sengsara dalam sepi,
Adapun engkau menyambut tanganku,
Hatta tiada lah aku terjatuh di jurang itu.

Maka engkau sahabat,
Tiadalah engkau meminta budi ku,
Adapun sahabat jasamu tiada dapat ku tanding,
Hatta tiadalah lain nan penting selainmu.

Maka engkau sahabat,
Tiadalah aku ingin meminta dampingmu,
Adapun Itulah sahabat sejati,
Hatta kekubur hanya penamat pengembaraan...

Aku Anak Johor

   IC aku 950706-01-****. Kau tengok no kat tengah tu dah jelas aku anak negeri mana. Bagi yang tak tau, ya... Itu lah die negeri Johor tempat aku lahir. Lagi tepat kat Hospital Sultanah Aminah. Anyway aku x de la lama pn duduk Johor, 6 bulan je. haha. Selebihnya dihabiskan kat Selangor. Walaupun 6 bulan je pn tapi aku selalu jugak dengan keluarga turun Johor. Then aku bila aku kat Johor feels like home. Ceh ayat menggelabah. Kampung Ayah dengan Mak aku kat Pontian. Then x hairan a kalau selalu turun JB. 
Skyline of JB
   Walaupun JB ni antara bandar yang paling maju kat Malaysia tapi x lah sesibuk cam KL. Dan aku rasa kat JB lagi terancang pembangunan die. Anyway, bila citer pasal kenegerian ni, bende pertama yang orang mesti mention mesti slang kan? Ya lagi2 Kelantan. Orang senang je nak recognize Kelantanese pasal dorang kat negeri mana pn lidah sama je. Kalau yang lebih 5 tahun tu x nampak sangat a. Ok Ok. Kelantanese bangga dengan 'kawe'2 dorang. Utara pulak 'hang'2 dengan Peghok pekat dengan dorang punya 'teman'2. X lupa orang Negeri Sembilan pn ada slang yang pekat giler yakninya 'den'. Then bila orang tanya aku dari Johor yakni nya jawapan yang aku dapat ialah; eleh, Johor mana ada slang.
200 keping lagi!
   Memang a x nampak slang die, pasal slang Johor ialah slang yang digunakan sebagai asas pembentukan Bahasa Melayu yang sekarang kau cakap. Saya jadi 'Saye'. Kita jadi 'Kite'. Dipendekkan citer nya slang Johor ni un'baku'nized version of standard Malay a. Then kedua bila cakap pasal kenegerian, yahahaha... makanan! Secara jujurnya, sejak aku mula mengkaji sejarah Johor baru aku perasan, oh, selama ni aku dibesarkan dengan masakan Johor. Patut a aku suka nasi ambeng, briyani, satay, otak2, mi bandung, mi rebus, bakso, telur pindang argh! x terfikir aku. Well, dipendekkan citernya kalau kau bagi aku 100 cucuk(cucuk?) otak2, nescaya aku mintak lagi 100. hahaha... Ah x lupa, rasa yang aku dah lama mengidam, sungguh aku rindu gila, yakni nya Laksa Johor. hm... serious hipster. Orang sume familiar dengan laksa Penang, tapi lidah aku tetap prefer Johor punya.

Johorean mana yang x terliur tengok ni!

   Nak buat camne, bumi Selangor dipijak x semestinya langit Johor lesap. Memang aku dah dibesarkan dengan budaya Johor. Mungkin sebab kebanyakan budaya dari Johor dah adopted jadi identiti rasmi Malaysia, ramai yang x berapa perasan akan kebudayaan nya. Slang Johor paling ketara, dan Satay jadi makanan rasmi Kajang. pfft. Anyway, Feeling lain bila turun JB. Aku suka dengan pembangunan kat sana. Boleh dikatakan efisyen a. Oh ya x lupa politik kat Johor paling stabil. Dalam hal ni BN x berapa terlibat sangat a sebab sah2 Johor BN mesti menang kan? Then Sultan Johor yang paling cool. Sultan sekarang, Sultan Ibrahim sangat sporting, termasuk ayahanda dia, Sultan Iskandar yang mangkat tahun 2010.

mana lagi nak cari pemimpin cam Sultan Iskandar?

   X lupa TMJ, Tunku Ismail juga sama cool. Dorang punya car collection duh... bisa membuat lelaki sejati menangis ingin memiliki nya. Aku malas nak list kan kang ada yang jeles buat taik pulak kat Sultan Johor. Berani a dorang buat camtu. Sekali aku dengar memang aku kasi pelepuk a. Apa yang boleh aku katakan, taste dorang, American! ahahhahahah... kami rakyat Johor pn sama suka American. Then dorang kaya x bukan sebab rakyat baik hati, tapi dorang cari duit sendiri, nak tau lebih tengok J-Corp. malas nak citer kang kena tiaw lagi. Aku rasa Sultan Johor punya kerabat a paling manly. Sume military. Dan adiknya TMJ, jadi polis. Kerabat Sultan Johor ni modest a boleh kata, kembara mahkota, dan lain2. Sultan Johor pn sayang rakyat die, Ramadhan hari tu baru je die bagi keampunan kat rakyat Johor yang merempat kat penjara Kajang.

Masjid yang agak cool pasal dok atas bukit

   Baru tahun ni jugak, aku kalau nak diikutkan nak join sama, dekat depan istana, rakyat ramai2, x kira etnik bangsa agama, angkat sumpah setia kat Sultan Johor. Tu aku rasa baik aku dok Johor. Dan aku paling panas kalau ada orang buat citer gebang pasal Sultan Johor. Kalau jeles cari a harta sendiri, x yah sebar citer buruk. Dan kat Johor, x de main hamba denga Sultan, cuma 'saya'. Pemimpin camni a yang kita nakkan. Pemimpin yang sayangkan rakyat. Ok anyway, Johor pn tempat tuner2 Malaysia buat kereta gempak2. Mungkin Sunway lagi popular jadi tempat orang main kereta, tapi Johor pn sama hebat nya. Tengok je a Drifting kat sana. Antara garaj yang hebat, Kazama Autoworks. nak tau google. Fuh... paling gempak ada kat JB orang nak jual Z33 RB26. Tu baru gempak! Dan dengan wujudnya Mutiara Motor dengan partnernya, RE- Amemiya, pemilik rotary ada peluang untuk tunjuk hebat kat master.
nak lagi pergi genting?
 
   ya... Only in Johor and first time in Malaysia! hahaha wujudnya Legoland kat Johor pn bermakna dah x yah g Singapore untuk berseronok. Kira menunjukkan a yang kat Nusantara ni bukan Singapore, Thailand dengan Indonesia yang best untuk melancong. Anyway, sebelum ni ada projek nak buat Disneyland tapi x jadi pasal isu2 yizlumik. Kan bagus kalau camni kira menunjukkan kat Malaysia ni x de la x laku sampai x de franchise. Dan Johor jugak dipilih pasal port bagus. hahahahahah... entah bila aku ada peluang nak pergi sini. Then kat JB, lepak Danga Bay, pn sedap jugak. Kalau nak hutan, boleh pergi kat Mersing ataupun Gunung Ledang. Dan Johor ni, antara negeri Melayu yang kaya dengan History. Dan history Johor ni seronok untuk baca sebab tanpa Johor Malaysia bukannya Malaysia yang kita kenal sekarang.
   Anyway, there's too much to love bout Johor. Aku malas nak citer lebih. Sebab Google lagi hebat dalam menerang kannnya. So until next post, cheers!


  

Wednesday, August 22, 2012

Down To Memory Lane: SMK Telok Panglima Garang

   

   2009, bermulalah satu episod baru dalam hidup aku. Episod yang mengubah hidup aku hampir 100/100. Mostly because kalau kat Telok aku membesar, kat Kajang pulak aku matang. Aku mula mengenali yang kehidupan bukan hanya sekadar perjalanan yang sehala, tapi mempunyai banyak signboard yang menuju ke arah identiti sendiri. Maka aku sangat bersyukur sebab akhirnya aku jumpa juga hikmahnya yang selama ni aku sendiri x mau pindah. Dan begitu jugak sekolah. Sebelum ni aku sekolah-sweet-sekolah kat SMK Telok Panglima Garang. 

   Sekarang aku sekolah kat SMK Taman Jasmin 2, sekolah yang paling x sofistikated pernah aku jumpa. haha aku pn x tau kenapa aku nak sekolah kat sini. Asalnya ayah aku offer sekolah High School. oh bagus. X de perempuan! hahaha hilang masalah. Then entah camne, sebab aku malas nak naik bas membazir duit, aku pilih Jasmin je. x sampai 200m pn dari rumah aku. Masa baru mula2 masuk, peh. Bagak feminin nama. Ceh kalau dulu aku nampak bnde kaler pink mesti aku avoid. Tapi akhirnya aku terima jugak. Di mana aku mengalami transformasi dari lelaki yang x kan berlengah-lengah untuk meletakkan peluru 5.56mm kat perempuan guna AK-47 kepada lelaki yang x boleh tengok perempuan menangis. Ceh. Puih la kau Black. Gebang je lebih. Ok anyway Jasmin dah jinakkan seorang warga Panglima Garang. pfft. 

   Secara ringkasnya aku ada different life at SMKTPG than SMKTJ2. Hidup aku kat Telok liar sikit dari Kajang. Mungkin sebab time tu aku ada ramai kawan kot. Cakap je mana rumah member2 aku sume aku pernah lepak. Tapi belum sampai Batu 10 bahagian dalam lagi a. Kalau Sijangkang x habis round lagi. Then aku paling suka bila raya. Serious kasi sehari x habis raya. Kalau boleh semua rumah aku boleh raya. haha. Sampai ketua kampung punya rumah kat belakang Shell tu pun aku raya jugak. Ah! baru aku ingat. Ni memang kenangan manis. Aku memang x boleh lupa a. Dulu ada a cikgu Kajian Tempatan, masa tu sekolah rendah, cikgu bagi assenmen. Suruh cari citer pasal Penghulu Telok Panglima Garang. Then kitorang satu geng set a. Fuh... Penghulu pn memang sporting. Kitorang x de pn date dengan die. Tapi bila kitorang datang die terus layan. Then kitorang pn jadi a wartawan yang x bertauliah yang sangat mentah. Nah kau geng kitorang paling gempak folio die hahahahaha...

   Bila kat sekolah menangah, aku rasa geng kitorang paling unik. Kitorang buat masalah tapi x menyusahkan orang lain. Anehnya masalah cam kitorang port lepak kat, uuhhh.. surau. heheheh... Time rehat, semua orang lepak kantin, kitorang, hehehehe... bersatu dengan alam semulajadi. Ada satu pokok besar kat sana. Then kitorang panjat jadi port lepak. Hahaha. Setiap orang dalam geng aku dah reserved dahan tu aku punya dahan tu kau punya. Then satu hari tu kantoi dengan guru besar, En. Nordin Saad nama die, nampak je terus kejar kitorang. Kitorang pn apa lagi cabut a. Mak aih. Lama bye die kejar kitorang. Then bila kitorang sorok kat Pusat Sumber baru die hilang. Esoknya kitorang tengok die berjaga kat area situ. Tau ada orang lepak situ. Kitorang pn beralih markas. Yakninya surau. Aku rasa tu la port yang paling selamat. Mana taknya. surau= baik= suci. hahahaha... 

    Then bila datang lambat, hah. tu paling strict. Aku ingat lagi dulu time aku fom 2, masa tu baru balik solat jumaat a, sesi petang. Cikgu Aspa lepak depan pak guard. Kitorang pulak memang dah tau die mesti kat situ. Then sebelum masuk dah siap2 pasang strategi nak masuk sekolah. HAHAHA... Ah ada satu lagi. Yang ni memang bikin panas. Hari tu aku datang lambat a. serious lambat giler. Then time tu kat pak guard kena tulis nama a cam biasa. Pastu kitorang pn lari a ikut belakang tempat lepak pak guard. hahaha... ingat dah selamat. tapi entah malaon mana sial sangat petik nama aku. Tu memang saja a nak tiaw aku. Aku masuk kelas je. Mula ok. tapi masa kedua, tetibe ada mamat sial panggil aku. Muka cam baik, tetibe bawak aku g bilik disiplin. pfft. Anyway dulu masa aku sekolah kat sana aku memang x pernah g perhimpunan tengahari. Sial dah a panas giler. Alternative? lepak gerai layan air kelapa dengan jambu. Sampai sekolah, ikut pintu pagar asrama, lepak surau. Terus jadi baik. 

   Tapi... macam biasa a. Nothing last forever, even cold november rain, bak kata Axl Rose. Akhirnya, aku pindah. Pindah kat sekolah yang 100/100 lain. Dan sekolah itu ialah sekolah Jasmin. Anyway, aku bukannya lelaki macam aku kat Telok dulu. Jasmin menjadi kan aku lelaki yang lain. Peh. Paling aneh, aku dipaksa menjadi pengawas. pff. Musuh kini jadi kawan. Apa kejadahnya aku jadi pengwas. Anyway perjalanan masih jauh lagi untuk aku, merentasi ranjau sambil masa berlalu membawa kenangan pergi...

Bukit Kajang Yang Aku Kenal Part 1

   Sejak hari pertama aku duduk kat Kajang, tahun 2009 dulu, aku dah x boleh duduk diam. Biasa a budak lelaki. Aku teringat dulu masa aku kat Telok Panglima Garang, keliling sume kebun orang. Then bila petang(aku memang x into sangat sports ni) bosan ajak member2 buat projek dalam kebun. Aku rasa projek aku yang paling gila ialah, buat bom. Molotov. Peh. Aku ingat lagi dulu, kitorang ponteng sekolah agama. Time tu dah sedia dah semua bahan. Member aku bawak mercun, aku bawak petrol dengan sorang lagi bawak botol kaca. Mercun Thunderclap+petrol= kebun orang terbakar. Ah sudah. Anyway sejak pindah Kajang ni, aku dah x de kawan a yang cukup berani buat camtu. Jadi a aku lone ranger.

ni taman tempat aku duduk, yakninya Kajang Prima.
   Then hari pertama aku kat rumah baru, aku bosan. Aku jalan2 then ternampak kat bukit tu(orang nampak semak-samun je) ada cam laluan(padahal laluan anjing nak cari mate). Aku dengan perasaan ingin tahu nya terus mengikut denai tu. Habis je denai tu, ada satu jalan. Aku pun pelik. Aku cari penghujung jalan tu. Jalan tarmac tu membawa aku ke tangki air atas bukit. Oho... sekarang aku tau, di sebalik kehijauan belantara hutan tropika yang x berapa nak tebal tu rupanya bertamadun jugak... Time aku nak turun tetibe aku nampak ada Cina jogging kat situ. Aha... dan penduduk setempat menggunakannya untuk berekreasi. Bagus mendekatkan diri dengan Alam semulajadi. Boleh lari kejap dari ke bosanan bandar.
x sangka aku kat Kajang ni boleh cari lagi tempat yang redup camni.
   Aku selalu nya jogging kat sini. Then kalau lepas balik sekolah tu aku malas nak balik rumah aku lepak sini kejap. Amek angin kejap. Paling best pasal boleh dapat view seluruh Kajang kalau g kat lereng die. Kalau x de jerebu boleh nampak KLCC. 
aerial view of Taman Jasmin
   x de port lepak yang lagi best daripada tempat yang kau boleh nampak semua yang wujud dekat kawasan kau. Anyway bila aku lepak sini aku rasa bebas. Seolah-olah cam burung. Ha... tetibe teringat impian member aku, Dini, kata nya nak terbang cam citer Doraemon. haha. 
Taman Jasmin dengan Bukit Mewah. Time ni jerebu jadi x bape jelas sangat
   Then bila dah bosan sangat lepak sorang kat bukit, aku ajak member2. Hari buat shooting untuk gambar kelas aku. Peh dorang kalau nampak kamera macam budak2. 
dari kiri: Fish, Firy, Black, Syahmi, Yaya, Faz
   Yang menangkap gambar ni Mok, dan itu moto die. Anehnya sejak bila pulak aku suka letak muka aku dalam kamera orang? pfft. 
halfway to the top
   ok sambung citer bukit. Secara jujurnya kau pn x tau nama bukit ni apa. tapi aku rasa kalau aku namakan Bukit Kajang ok jugak. Pasal kat bawah rumah aku tu ada tol nama 'Plaza Tol Bukit Kajang'. So aku rasa tol tu dinamakan sempena nama bukit yang enjenier die tarah kot.  
    Tapi aku sentiasa kasihan mengenangi nasib yang selalu menimpa bukit ni. Botol arak bersepah2. Then orang curi moto sorok kat sini. X cukup, bulan puasa, boleh pulak ada kapel, naik kereta, awek budak sekolah balak dah habis, lepak kat sini. Tu aku belum citer, bukit ni jadi port orang bukak puasa.

   Dalam semak ni la selalu orang buat projek. minum arak a ape a. Anyway, aku x pasti a dah ada orang buat projek dalam semak ke belum. shit.
   Untuk kali ni, akan bersambung part 2. Dimana ada lagi banyak citer untuk ditulis.